18/02/2025
Minggu Transisi & Motivasi
Hari ke-2
1) Dimulai dengan perhimpunan pagi. Alunan Nasyid Asma Ulhusna, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang & lagu Pasti.
2) Amali solat sunat Dhuha, dipimpin oleh adik Anaqi bin Muhammad Ilyas pelajar 6 Tahun. Alhamdulilah, pelajar baru belajar pergerakan dalam solat dengan betul.
3) Membaca Doa Dhuha, Qunut Nazilah untuk saudara kita di Palestin dan doa-doa harian.
4) Mendengar & menyebut hadis pertama iaitu "Sebaik-baik amal" انما الأعمال بالنيات maksudnya "sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niat bagi pelajar baru. Bagi pelajar lama mengulang semula hafazan hadis pertama.
5) Menyebut & membuat gaya tangan bagi kaedah nurul-quran huruf ا ب ت ث
6) Mengoyak kertas; meningkatkan perkembangan moto halus iaitu pergerakan jari persediaan kemahiran menulis.
7) Membuat kolaj buah epal merah. Membina keyakinan diri, belajar menerima arahan dan membantu untuk fokus.
😎 Permainan; melangkah bentuk & warna yang sama. Membina kemahiran mengecam, keyakinan diri, membina pergerakan moto kasar iaitu pergerakan kaki dan membantu untuk mengalihkan perhatian daripada perasaan sedih dan gelisah.
9) Main mainan. Membina kemahiran bersosial bersama rakan sebaya, dan belajar berkongsi.