Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub

Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub. Matlamat kami adalah mengembangkan lagi pusaka bangsa

13/08/2026

40 TAHUN PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HANAFI AHMAD

Pengasas Silat Cekak

“Empat dekad berlalu, namun jasa dan perjuangan tetap menjadi warisan.”

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tanggal 13 Ogos 1986 menjadi satu tarikh yang terpahat dalam lipatan sejarah Silat Cekak apabila perginya seorang tokoh yang telah mencurahkan seluruh jiwa dan baktinya dalam mengangkat martabat seni persilatan Melayu.

Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, Pengasas Silat Cekak, bukan sekadar meninggalkan sebuah seni persilatan, tetapi turut meninggalkan warisan ilmu, adab, disiplin dan jati diri yang terus menjadi pedoman kepada generasi pewaris sehingga ke hari ini.

Empat puluh tahun berlalu, namun legasi perjuangan Almarhum terus hidup dan berkembang. Setiap langkah, setiap gerak dan setiap ilmu yang diwariskan menjadi bukti bahawa sesuatu perjuangan yang dibina dengan keikhlasan tidak akan pernah terhenti oleh zaman.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, mengampunkan segala dosa dan kesilapannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Almarhum bersama para solihin.

Jasamu dikenang.
Ilmumu diwariskan.
Perjuanganmu diteruskan.
Warisanmu dipertahankan.

Al-Fatihah.





Selamat Ulang Tahun YM Guru
03/08/2026

Selamat Ulang Tahun YM Guru

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

Dengan penuh rasa hormat, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Mulia Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Sesungguhnya, kepimpinan, pengorbanan dan jasa Yang Mulia dalam memelihara, memperkukuh serta memartabatkan warisan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah menjadi sumber inspirasi dan pedoman kepada seluruh warga Pusaka Hanafi. Dengan kebijaksanaan, ketegasan dan kasih sayang seorang guru, Yang Mulia terus membimbing kami agar sentiasa menjunjung tinggi nilai ilmu, adab, amanah dan perjuangan.

Bersempena ulang tahun kelahiran ini, kami menadah tangan memohon ke hadrat Allah SWT agar Yang Mulia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang penuh keberkatan, kekuatan jasmani dan rohani serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah memimpin dan mengembangkan perjuangan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya kepada Yang Mulia serta mengurniakan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.


PENGAMBILAN AHLI BARU!!PENGAMBILAN AHLI BARU!!PENGAMBILAN AHLI BARU!!"Belajarlah silat, bukan untuk berlagak kuat, tapi ...
02/08/2026

PENGAMBILAN AHLI BARU!!
PENGAMBILAN AHLI BARU!!
PENGAMBILAN AHLI BARU!!

"Belajarlah silat, bukan untuk berlagak kuat, tapi untuk menjaga maruah saat diuji hebat"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

PENGAMBILAN AHLI BARU
Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub

Kami dari Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub membuka peluang kepada Warga Raub Dan sekitarnya.

*Yang berumur 13 tahun ke atas*
*Pembelajaran yang Mudah dan ringkas*
*Silibus yang teratur Dan bersistem*

Maklumat latihan seperti di bawah:

🔷️ Pusat Latihan : Balairaya Taman Bukit Koman
🔷️ Hari latihan : Khamis malam Jumaat
🔷️ Waktu latihan : 9:30 malam

JIKA BERMINAT BOLEH WHATSAPP
www.wasap.my/60193970252/silatcekak
www.wasap.my/60193970252/silatcekak
www.wasap.my/60193970252/silatcekak

12/07/2026
12/07/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Abang Yang @ Zainul Abidin bin Haji Hanafi, yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 12 Julai 2026 bersamaan 26 Muharam 1448H, jam 6.22 pagi.

Allahyarham merupakan anak sulung kepada Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas Silat Cekak. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai, khususnya oleh keluarga besar Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia. Sebagai anak sulung kepada Almarhum Ustaz Hanafi, Allahyarham merupakan sebahagian daripada kesinambungan legasi keluarga yang sentiasa dekat dengan perjuangan memartabatkan warisan Silat Cekak.

Seluruh warga Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan, mengangkat darjatnya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta menempatkan roh Allahyarham bersama para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah buat Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam syurga Allah SWT.

Al-Fatihah.

10/06/2026
TB programTarikh : 7/6/2026Hari : AhadTempat : Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub Program BBQ pusat latihan Si...
10/06/2026

TB program
Tarikh : 7/6/2026
Hari : Ahad
Tempat : Pusat Latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub

Program BBQ pusat latihan Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub bersama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Uitm Raub.

Alhamdulillah 1 program telah dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli antara ahli pusaka hanafi Raub Dan ahli pusaka hanafi uitm raub.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program Kali ini walaupun tidak semua dapat bersama.
Semoga ikatan dan hubungan ini sentiasa erat walaupun dimana berada.
Kami mengharapkan agar program akan datang mendapat sambutan yang lebih ramai Dan lebih meriah.






15/05/2026

SELAMAT HARI GURU
Diucapkan khas buat YM Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi serta semua guru-guru di seluruh negara. Terima kasih atas segala curahan bakti dan bimbingan yang diberikan kepada kami.

'Guru Bitara Nadi Negara'

13/05/2026

Moh org raub

Address

Balairaya Taman Bukit Koman
Raub
27600

Opening Hours

Tuesday 21:00 - 23:00
Thursday 21:00 - 23:00

Telephone

+601114550015

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Cekak Pusaka Hanafi Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share