Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub - Original

Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub - Original Memaparkan perkembangan semasa warga SMA Al Falah Batu Talam Raub Pahang

πŸ”° MENGENALI ABMS MS ISO 37001:2016Budaya integriti bermula daripada diri sendiri. ABMS membantu organisasi mencegah risi...
24/07/2026

πŸ”° MENGENALI ABMS MS ISO 37001:2016

Budaya integriti bermula daripada diri sendiri. ABMS membantu organisasi mencegah risiko rasuah, memperkukuh pematuhan serta membina persekitaran kerja yang telus, berakauntabiliti dan beretika.

Bersama kita amalkan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.

πŸ“Œ Sumber: JK Promosi MS ISO, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

πŸ“Έ Sekitar program yang sedang berlangsung di SMA Al-Falah Batu Talam.Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat, men...
18/07/2026

πŸ“Έ Sekitar program yang sedang berlangsung di SMA Al-Falah Batu Talam.

Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat, menambahkan kefahaman serta menjadi asbab keberkatan buat semua yang hadir. 🀲

πŸ“’ DAURAH BERSAMA SHEIKH SOLEH BIN MUHAMMAD AL-FAQIRπŸ—“οΈ 18 Julai 2026 (Sabtu)πŸ• 2.30 Petang – 5.00 PetangπŸ“ SMA Al-Falah, Ba...
18/07/2026

πŸ“’ DAURAH BERSAMA SHEIKH SOLEH BIN MUHAMMAD AL-FAQIR

πŸ—“οΈ 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ• 2.30 Petang – 5.00 Petang
πŸ“ SMA Al-Falah, Batu Talam, Raub

πŸŽ™οΈ Penceramah: Sheikh Soleh bin Muhammad Al-Faqir
πŸ—£οΈ Penterjemah: Ustaz Nandi Adi Saputra

🀲 Semoga program ini menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, menambahkan ilmu yang bermanfaat serta membawa keberkatan kepada seluruh warga SMA Al-Falah Batu Talam.

18/07/2026

DAURAH BERSAMA SHEIKH SOLEH BIN MUHAMMAD AL-FAQIR

πŸ“š PROGRAM STRAIGHT A’S SUBJEK BAHASA MELAYU (BM) 2026Alhamdulillah, penyertaan pelajar SMA Al-Falah Batu Talam dalam Pro...
12/07/2026

πŸ“š PROGRAM STRAIGHT A’S SUBJEK BAHASA MELAYU (BM) 2026

Alhamdulillah, penyertaan pelajar SMA Al-Falah Batu Talam dalam Program Straight A’s Subjek Bahasa Melayu (BM) 2026 telah selesai dengan jayanya.

Maklumat Program:

πŸ—“οΈ Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Maahad SAS
🀝 Anjuran: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
🎯 Objektif: Memberi pendedahan, teknik menjawab serta strategi kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu kepada calon SPM 2026.

Semoga segala ilmu, tips dan perkongsian yang diperoleh menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2026.

Semoga usaha hari ini menjadi kejayaan pada hari esok. 🌟

🌟 PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2026 πŸŒŸπŸ“… 10 Julai 2026 | JumaatProgram Mentor Mentee 2026 telah dilancarkan secara ras...
10/07/2026

🌟 PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2026 🌟

πŸ“… 10 Julai 2026 | Jumaat

Program Mentor Mentee 2026 telah dilancarkan secara rasmi sempena Perhimpunan Rasmi di Dataran Kejat, SMA Al-Falah Batu Talam.

Semoga program ini menjadi medium yang mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta membentuk sahsiah, kecemerlangan akademik dan kesejahteraan diri.

Bersama membimbing, bersama membina kejayaan.

πŸ“– SESI BACAAN AL-QURANSesi bacaan al-Quran telah diadakan semasa perhimpunan pagi Jumaat selepas Thobur Sobahi, dipimpin...
10/07/2026

πŸ“– SESI BACAAN AL-QURAN

Sesi bacaan al-Quran telah diadakan semasa perhimpunan pagi Jumaat selepas Thobur Sobahi, dipimpin oleh pelajar Tingkatan 4. Pelajar yang mempimpin bacaan Al-Quran akan dipilih oleh guru dan urutannya secara bergilir-gilir pada setiap minggu.

Semoga budaya mencintai al-Quran terus subur dalam kalangan warga SMA Al-Falah Batu Talam.

🌟 *SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026* 🌟Buat 39 orang calon SPM SMA Al-Falah Batu Talam, inilah medan untu...
06/07/2026

🌟 *SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026* 🌟

Buat 39 orang calon SPM SMA Al-Falah Batu Talam, inilah medan untuk membuktikan hasil segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dipanjatkan selama ini.

Jadikan peperiksaan percubaan ini sebagai langkah terbaik menuju kejayaan sebenar. Yakinlah bahawa setiap usaha yang disertai doa dan tawakal tidak akan pernah sia-sia.

_β€œSesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.”_
(Surah al-Insyirah: 6)

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kefahaman yang jelas, ingatan yang kuat serta dipermudahkan menjawab setiap soalan dengan cemerlang.

Teruskan berusaha, bertawakal dan jangan sesekali berputus asa. Kami percaya, kalian mampu menggapai kejayaan gemilang. πŸ’šπŸ€²

Ikhlas daripada:
_Warga SMA Al-Falah Batu Talam_

Mengenal pasti keperluan, merancang intervensi, membina kecemerlangan.Alhamdulillah, Program Learning Needs Analysis (LN...
02/07/2026

Mengenal pasti keperluan, merancang intervensi, membina kecemerlangan.

Alhamdulillah, Program Learning Needs Analysis (LNA) bersama YKPM dan IAB telah selesai dilaksanakan di SMA Al-Falah Batu Talam sebagai langkah memperkukuh pencapaian akademik murid Orang Asli Tingkatan 5.

🌿 TAUSIAH KHAS 🌿Bukan setiap hari kita diberi peluang duduk dalam majlis ilmu bersama seorang ilmuwan. Alhamdulillah ata...
30/06/2026

🌿 TAUSIAH KHAS 🌿

Bukan setiap hari kita diberi peluang duduk dalam majlis ilmu bersama seorang ilmuwan. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas kunjungan dan perkongsian ilmu yang penuh hikmah di bumi Al-Falah hari ini. Semoga menjadi bekalan yang terus mekar dalam hati setiap warga sekolah. 🌿

Address

Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam
Raub
27610

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

093697677

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub - Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub - Original:

Share