Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi

  • Home
  • Malaysia
  • Raub
  • Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub merupakan sebuah kampus yang terletak di Mukim Gali di daerah Raub Bhd.

Kampus Raub merupakan sebuah kampus yang terletak di Mukim Gali di daerah Raub. Ianya didirikan melalui perancangan oleh pengurusan tertinggi UiTM bagi memberikan lebih banyak peluang pembelajaran terutama kepada kaum bumiputera. Kampus ini telah dibina secara Private Financial Initiative (PFI) oleh Syarikat konsesi Utusan Intelek Sdn. Keluasan kampus ini adalah 80 ekar dan keluasan yang digu

nakan untuk pembangunan adalah seluas 30.5 ekar. Pembinaan kampus ini telah bermula pada 1 November 2012. Kampus ini telah diserahkan sepenuhnya kepada UiTM Cawangan Pahang pada 13 November 2015. Dengan penerimaan tersebut, kampus Raub telah mula beroperasi pada 29 November 2015.

Assalamualaikum,Pada 16 & 17 November 2023, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu program CSR di Sungai Ruil, Camer...
22/11/2023

Assalamualaikum,

Pada 16 & 17 November 2023, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan satu program CSR di Sungai Ruil, Cameron Highland. Program ini diadakan bagi membantu mangsa tanah runtuh melibatkan 17 keluarga Orang Asal. Semua mangsa terlibat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sungai Ruil.

Turut hadir dalam program ini ialah Dr. Saharani Abdul Rashid (Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub) serta ahli rombongan lainnya.

Objektif program ini adalah untuk meletakkan UiTM untuk sentiasa dekat di hati masyarakat samada dalam aspek penyebaran ilmu mahupun aktiviti kesukarelawanan.

Usaha, Takwa, Mulia

🌟   Season 2 is back for UiTM Students! 🌟official and  are spreading goodness your way! Join us on the 29 November 2023 ...
22/11/2023

🌟 Season 2 is back for UiTM Students! 🌟
official and are spreading goodness your way! Join us on the 29 November 2023 at UiTM Kampus Raub for our roadshow with games, freebies, and hype! Grab one of the 500 unit goodies before they're gone!

Don't forget to submit your ideas at www.dogoodchallenge.my




Person in Charge
Dr. Mohamad Sahizam Musa
PJI-ICAN UiTM Pahang Branch, Campus Raub

17/11/2023

Assalamualaikum dan Salam UiTM Di Hatiku.

Penutupan Akaun Laman Sosial Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi & UiTM Raub

Untuk pemakluman, Akaun Laman Sosial Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi & UiTM Raub akan ditutup.

Penutupan Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi dilakukan agar berita,informasi serta hebahan media rasmi disalurkan menggunakan satu platform sahaja iaitu Laman Facebook Rasmi UiTM Cawangan Pahang.

Justeru itu , dimohon jasa baik staf/pelajar/orang awam untuk mengikuti informasi terkini berkaitan UiTM Cawangan Pahang melalui akaun dan media rasmi UiTM Cawangan Pahang seperti ketetapan berikut :

1. Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang - Media Rasmi (Page)
2. UiTM Cawangan Pahang (Account)

Sekian dimaklumkan.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Komunikasi Korporat
UiTM Cawangan Pahang

31/10/2023
Program Khidmat Masyarakat: Fostering Technovators of The Future Among Raub Secondary Schools21 – 22 Oktober 2023Unit Sa...
27/10/2023

Program Khidmat Masyarakat: Fostering Technovators of The Future Among Raub Secondary Schools
21 – 22 Oktober 2023

Unit Sains Komputer, Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil dengan kerjasama Pengajian Sains Pengkomputeran, KPPIM UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat, Fostering Technovators of the Future Among Raub Secondary Schools pada 21-22 Oktober 2023. Program ini melibatkan lima (5) buah sekolah menengah di daerah Raub yang dihadiri oleh 13 orang guru dan 50 orang pelajar. Sekolah-sekolah yang terpilih terdiri daripada (i) SMK Sega, (ii) SMK Gali, (iii) SMK Tengku Kudin, (iv) SMK Mahmud, dan (v) SMK Dato’ Shahbandar Hussain.
Program ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Telekom Malaysia (YTM) melalui Geran Impak Sosial YTM. Inisiatif YTM ini memberi pendedahan dan menanam minat para pelajar untuk belajar dan meneruskan pengajian dalam bidang STEM seterusnya memberi pendedahan kepada guru-guru tentang teknologi yang dapat digunakan untuk membantu pelajar dalam mendalami bidang STEM.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah:
i. Bengkel Pengenalan Arduino
ii. Bengkel Hands-On Arduino dan Pembangunan Projek Arduino
iii. Pembentangan dan Pertandingan Projek Arduino

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs Puan Ainol Shaharina Sahar (Pengarah Yayasan TM). Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri yang Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Pahang), YBhg Prof. Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin (Pengarah Pusat Asasi, UiTM Dengkil), YBrs Tuan Haji Ahmad Halimi Haji Harun (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, JPN Pahang), YBrs Dr. Saharani Abdul Rashid (Penolong Rektor, UiTM Raub) dan YBrs Ts Dr Syed Mohd Zahid Syed Zainal Arifin (Ketua Projek TechEd), Ts Mohd Norafizal Abdul Aziz (KPP KPPIM UiTM Pahang) serta YBrs Puan Zazaleena Zakariah dan YBrs Dr Juhaida Ismail selaku Pengarah Bersama Program Fostering Technovators for The Future Among Raub Secondary Schools, pegawai-pegawai YTM, Pegawai Pendidikan Daerah Raub, pengetua-pengetua sekolah, para pensyarah, para guru, para peserta, barisan jawatankuasa program dan mahasiswa UCPh Kampus Raub.

Kemuncak Majlis Perasmian Penutup telah menobatkan tiga buah sekolah sebagai pemenang bagi Pertandingan Projek Arduino iaitu SMK Tengku Kudin (Johan), SMK Gali (Naib Johan), SMK Dato’ Shahbandar Hussain (Tempat ke-3). Kategori projek terbaik p**a telah disandang oleh SMK Gali dengan projek bertajuk “Intelligent Laundry Basket”. Majlis penutup turut diserikan lagi dengan persembahan tarian sewang oleh pelajar Orang Asli, Menaleh Mai Hik dari SMK Tengku Kudin.

Penganjuran program seperti ini adalah bukti sokongan dan komitmen pihak organisasi swasta dan universiti dalam memupuk minat pelajar terhadap pendidikan STEM. Pihak penganjur berharap agar kolaborasi ini mengukuhkan jalinan antara pihak universiti, organisasi swasta dan komuniti setempat.




20/10/2023
12 Oktober 2023Program Sunnah Day & Iftar Jamai'ePada 12 Oktober 2023 pihak Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya menganjur...
13/10/2023

12 Oktober 2023
Program Sunnah Day & Iftar Jamai'e

Pada 12 Oktober 2023 pihak Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya menganjurkan Program Sunnah Day & Iftar Jamai'e bertempat di Pusat Islam UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.

Kesinambungan dari itu, program ini akan diadakan pada setiap hari Khamis sepanjang semester Oktober 2023 sehingga Februari 2024. Program ini dianjurkan bagi melazimi para pelajar untuk berpuasa sunat disamping mengamalkan sunnah Nabi dalam rutin kehidupan harian.

13/10/2023
13/10/2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Y.Bhg Prof,/Dr./Tuan/Puan/Cik,

JEMPUTAN KE FORUM TAUFAN AL-AQSA : PEDULIKAH KITA?

Untuk makluman, Unit Hal Ehwal Islam bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan kerjasama Aman Palestin akan mengadakan Forum Al-Aqsa : Pedulikah Kita? seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
Panel :
1⃣ Puan Syafinaz Yunus
(Duta Aman Palestin)
2⃣ Ustaz Ahmad Nu'man Mazlan
(Pengurus Aman Palestin Temerloh)

Moderator :
Puan Siti Nurul Hidayah Ishak (Ikon Wanita Pahang 2022)

Sehubungan dengan itu, dijemput kepada semua warga untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Segala kerjasama dan komitmen pihak Y.Bhg. Prof./Prof. Madya Dr./tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Selamat Bersara dan Terima Kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas jasa dan khidmat bakti sebaga...
11/10/2023

Selamat Bersara dan Terima Kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas jasa dan khidmat bakti sebagai Naib Canselor UiTM.

Ikhlas daripada seluruh Warga UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub




Seluruh Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengucapkan Selamat Bersara dan Terima Kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas jasa dan khidmat bakti sebagai Naib Canselor UiTM.

Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan kepada UiTM sepanjang 33 tahun perkhidmatan. Semoga YBhg. Prof. Datuk Dr. sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T

Ikhlas daripada seluruh Warga UiTM




Assalamualaikum, Sukacitanya pihak UiTM Raub mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Mala...
11/10/2023

Assalamualaikum,

Sukacitanya pihak UiTM Raub mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana pendaftarannya masih berkuatkuasa (sah) untuk memohon menjalankan perkhidmatan berikut:

1) Perniagaan kek dan roti
2) Perkhidmatan Gunting Rambut

Sila rujuk kenyataan Sebut Harga yang dilampirkan .Dokumen Meja Sebut Harga mula dipamer pada 09 Oktober 2023 (Isnin) di kaunter Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pahang, Kampus Raub pada waktu pejabat. Sekian Terima Kasih

Address

Raub
27600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Raub - Media Rasmi:

Shortcuts

Share

Category