GIATMARA Raub

Directions Website

GIATMARA Raub GIATMARA Raub merupakan pusat latihan kemahiran TVET yang menawarkan kursus Automotif, Pendawaian Elektrik, Jahitan dan Bakeri. Jom sertai kami!

Ikuti halaman ini untuk maklumat pengambilan, aktiviti serta peluang membina kerjaya.

13/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ: ๐—š๐—œ๐—”๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก

Pencapaian kebolehpasaran 2025 sebanyak 99.79% melibatkan 9,355 graduan mencerminkan potensi latihan kemahiran dalam membuka peluang kerjaya, keusahawanan dan melanjutkan pengajian.

GIATMARA, sebagai institusi latihan kemahiran di bawah MARA, komited melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri melalui latihan berasaskan kompetensi, pendedahan teknologi semasa serta kerjasama dengan pihak industri.

Konsistensi dalam meningkatkan kualiti latihan, kompetensi tenaga pengajar dan kebolehpasaran pelatih menjadi asas penting bagi memastikan graduan bukan sahaja memiliki sijil kemahiran, malah mampu membina kerjaya dan menjana pendapatan.

GIATMARA, Kemahiran Menjamin Kehidupan.

09/10/2026

๐Ÿฉบ BINA KERJAYA DALAM DUNIA KESIHATAN!

Anda mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pembantu Klinik Swasta? Kini tiba masanya untuk kemahiran anda diiktiraf!

GIATMARA membuka peluang kepada pembantu klinik yang layak untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 secara PERCUMA! ๐ŸŽ“

โœจ MANFAAT KEPADA PESERTA โœ… Memperoleh SKM Tahap 2 โœ… Pengalaman kerja diiktiraf โœ… Meningkatkan kebolehpasaran โœ… Yuran percuma

๐Ÿฅ MANFAAT KEPADA KLINIK โœ… Staf lebih kompeten โœ… Standard kerja lebih seragam โœ… Peluang menaik taraf klinik sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA)

๐Ÿ“ฒ DAFTARKAN MINAT ANDA SEKARANG!

Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran minat. Jangan lepaskan peluang ini!

Tertakluk kepada syarat, pelantikan dan ketetapan program.

02/10/2026
30/09/2026

Permohonan UP_TVET Perdana 2027 dibuka mulai 1 Oktober hingga 16 November 2026. ๐ŸŽ“

Sebelum mula memohon, pastikan Profil Pemohon anda lengkap dan maklumat yang diberikan adalah tepat. Bila semua dah siap, bolehlah terus pilih program TVET yang sesuai dengan minat dan perancangan anda. โœจ

Jangan tunggu last minute โ€” rancang masa hadapan anda, satu langkah pada satu masa!

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐Ÿ’กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!

29/09/2026

MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PENTAS DUNIA !

TAHNIAH DAN SYABAS !

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Nadratulliyana Binti Ab Malek, wakil GIATMARA Malaysia, atas kejayaan meraih MEDAL FOR EXCELLENCE dalam bidang Fashion Technology di WorldSkills Competition Shanghai 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pingat kecemerlangan, tetapi menjadi lambang kegigihan, disiplin, ketekunan, kreativiti dan semangat juang luar biasa yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan menuju ke pentas kemahiran dunia.

Dari GIATMARA ke pentas antarabangsa, Nadratulliyana telah membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing, berdiri teguh dan mengukir nama di persada dunia melalui kemahiran dan TVET.

Satu pencapaian.
Satu kebanggaan.
Satu inspirasi untuk generasi TVET Malaysia.

Syabas Nadratulliyana! Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi di pentas dunia!

- Kemahiran Menjamin Kehidupan -







28 SEPTEMBER 2026 - Kursus Jangka Pendek Analyse Diagnosis Result bersama UiTM Raub Dan UiTM Jengka. Kursus ini memberi ...
29/09/2026

28 SEPTEMBER 2026 - Kursus Jangka Pendek Analyse Diagnosis Result bersama UiTM Raub Dan UiTM Jengka.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah menganalisis keputusan diagnosis menggunakan scan tool, khususnya dalam proses mengenal pasti dan memahami maklumat yang diperoleh.

18 SEPTEMBER 2026 - Sempena Sambutan Hari Malaysia, Badan Perwakilan Pelatih (BPP) GIATMARA Raub telah menganjurkan akti...
29/09/2026

18 SEPTEMBER 2026 - Sempena Sambutan Hari Malaysia, Badan Perwakilan Pelatih (BPP) GIATMARA Raub telah menganjurkan aktiviti hiking yang melibatkan Staf dan Pelatih GIATMARA Raub.

Aktiviti ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan antara staf dan pelatih serta menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan.

23/09/2026
17/09/2026

SELAMAT BERJUANG, NADRATULLIYANA!

Membawa nama Malaysia dan GIATMARA ke pentas dunia!

Peserta Malaysia dalam bidang Fashion Technology, Nadratulliyana Binti Ab Malek, bakal menggalas cabaran di WorldSkills Shanghai 2026 yang berlangsung pada 22โ€“27 September 2026 di Shanghai, China.

Setiap jahitan, setiap rekaan dan setiap kemahiran menjadi lambang usaha, dedikasi dan kecemerlangan anak TVET Malaysia.

Ayuh kita bersama-sama titipkan doa dan sokongan buat Nadratulliyana.

Selamat berjuang! Bawa nama Malaysia dengan penuh bangga!
Malaysia Boleh!





Address

Lot 31388, Jalan Taman Mewah
Raub
27600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category