SK Tanjung Raja

SK Tanjung Raja Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja

PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 (DALAM TALIAN)Ta...
17/08/2026

PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 (DALAM TALIAN)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah mewakili SK Tanjung Raja dalam Karnival Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Daerah Raub 2026.

Senarai Peserta:
🌟 Nur Alya Qasreena (3 Cerdik) – Pertandingan Bercerita Tahap 1
🌟 Che Hasif A***n (5 Cerdik) – Pertandingan Bercerita Tahap 2
🌟 Ahmad Ammar Qayyum (5 Cerdik) – Pertandingan Pidato Aspirasi Madani
🌟 Zulfa Husna (6 Cerdik) – Pertandingan Deklamasi Sajak
🌟 Rumaisya Asyira (6 Cerdik) – Pertandingan Dendangan Syair

Jom jadi sihat πŸ’ͺ🏻
17/08/2026

Jom jadi sihat πŸ’ͺ🏻

🌾 Sihat Bermula dari Pinggan Anda! 🍚✨

Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat, dapat bantu menurunkan paras kolesterol, menyokong kesihatan usus & dapat mengurangkan risiko obesitiπŸ’š

Jadi, bila tiba masa memilih nasi, bijirin lain atau produk bijirin, jom pilih sumber berasaskan bijirin penuh! 🌾

πŸ’‘ Tip mudah: Pastikan separuh daripada jumlah sajian nasi, bijirin lain & produk bijirin yang diambil setiap hari adalah daripada sumber bijirin penuh.

Mulakan dari pinggan anda. Pilih lebih bijak, makan lebih sihat! πŸ₯—πŸŒΎ






Jom minum air kosong 😁
17/08/2026

Jom minum air kosong 😁

πŸ’§ CABARAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI πŸ’§

Tahukah anda? Kekal terhidrat bukan sahaja membantu menyegarkan badan, malah penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik setiap hari.

Jadikan amalan minum 8 gelas/ 2 liter air kosong sehari sebagai rutin harian. Ikuti jadual yang disyorkan dalam infografik ini dan capai sasaran 8 gelas/ 2 liter dengan lebih mudah! πŸ’™

✨ Mulakan hari dengan segelas air kosong.
✨ Minum secara konsisten sepanjang hari.
✨ Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan. Ayuh, sahut cabaran dan kekal sihat bersama! πŸ’¦






Majlis Pelancaran Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) SK Tanjung Raja Tahun 2026Pada 17 Ogos 2026...
17/08/2026

Majlis Pelancaran Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) SK Tanjung Raja Tahun 2026

Pada 17 Ogos 2026, SK Tanjung Raja telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) sebagai usaha meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang pencegahan buli serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Program ini turut menekankan nilai hormat, kasih sayang dan empati dalam kalangan murid serta memperkasakan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai ejen perubahan dalam usaha mencegah dan menangani gejala buli.

Semoga pelaksanaan program SAFE dapat membentuk murid yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan berani bersama-sama membanteras gejala buli.

Kita Hormat, Kita Sayang, Kita Bersatu.
Sekolah Selamat, Murid Hebat!





Pertandingan Mewarna (Prasekolah & Tahap 1) dan Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ...
17/08/2026

Pertandingan Mewarna (Prasekolah & Tahap 1) dan Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026

Tarikh: 11 Ogos 2026
Hari: Selasa

MAJLIS  PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TANJUNG RAJATAHUN 2026Tarikh: 10 OGOS 2026Hari: ISNINTempat: S...
17/08/2026

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TANJUNG RAJA
TAHUN 2026

Tarikh: 10 OGOS 2026
Hari: ISNIN
Tempat: SK TANJUNG RAJA

TAKLIMAT PENATARAN MODUL GERAK MADANI, TS25 DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3 DAN 4TARIKH: 6 OGOS 2026HARI: KHAMISMASA...
17/08/2026

TAKLIMAT PENATARAN MODUL GERAK MADANI, TS25 DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3 DAN 4

TARIKH: 6 OGOS 2026
HARI: KHAMIS
MASA: 2.30 - 4.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN TUN TEJA SK TANJUNG RAJA
SEKOLAH TERLIBAT: SK TANJUNG RAJA, SK KUALA D**G, SK SEMANTAN ULU DAN SK KUNDANG PATAH

11/08/2026

MAKLUMAN NAIK TARAF SISTEM ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS).










Majlis Penyerahan Baju Batik Pahang 1st SK Tanjung RajaTerima kasih Tok Wan πŸ‘πŸ»
07/08/2026

Majlis Penyerahan Baju Batik Pahang 1st

SK Tanjung Raja

Terima kasih Tok Wan πŸ‘πŸ»

Penyertaan Murid SK Tanjung Raja dalam Bengkel Mikrobotik Daerah Raub 2026 Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang m...
05/08/2026

Penyertaan Murid SK Tanjung Raja dalam Bengkel Mikrobotik Daerah Raub 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang murid SK Tanjung Raja yang telah menyertai Bengkel Mikrobotik Daerah Raub 2026 anjuran bersama SK Pamah Kulat dan USTP PPD Raub.

Murid yang terlibat ialah:

✨ Ahmad Ammar Qayyum
✨ Aiman Wafiy
✨ Nafisa Shaqueena
✨ Nurul Hannah

Program yang bertemakan β€œTeroka β€’ Cipta β€’ Inovasi” ini memberi peluang kepada murid meneroka dunia mikrobotik, meningkatkan kemahiran pengaturcaraan, kreativiti serta pemikiran inovatif dalam bidang teknologi.

Turut mengiringi murid sepanjang program ialah Puan Wan Noridah binti Wan Ali selaku guru pengiring.

Semoga pengalaman berharga ini dapat menyemai minat murid dalam bidang STEM serta menjadi pencetus kepada generasi yang kreatif dan berinovasi.

Address

SK Tanjung Raja
Raub
27400

Opening Hours

Monday 07:45 - 13:05
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjung Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category