NADI Felda Lembah Klau

NADI Felda Lembah Klau Ditutup pada hari cuti umum

Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
22/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

๐Ÿ—“๏ธ 29 Ogos 2026
โฐ 8.00 โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช


Apa yang kita kongsi di media sosial boleh menjadi tontonan ramai dan kekal lebih lama daripada yang kita sangka.Sebelum...
21/08/2026

Apa yang kita kongsi di media sosial boleh menjadi tontonan ramai dan kekal lebih lama daripada yang kita sangka.

Sebelum tekan โ€œShareโ€, berhenti seketika dan tanya diri:
๐Ÿ”Ž Perlu ke saya kongsi?
๐Ÿ”’ Ada maklumat peribadi?
๐Ÿค” Boleh beri kesan kepada saya atau orang lain?

Berhenti โ€œoversharingโ€. Kongsi dengan bijak.

Jaga privasi. Jaga diri. Jaga keselamatan di Internet. ๐Ÿ›ก๏ธ

18/08/2026
09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim โ€œPay Laterโ€ dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

08/08/2026

Inisiatif pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran menerusi โ€˜Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mahirโ€™ membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja membantu keluarga mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah, tetapi juga membuka peluang pendapatan serta memperkasakan usahawan tempatan yang dibimbing oleh NADI.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2592053

๐Ÿ“ข Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!Bagi memb...
08/08/2026

๐Ÿ“ข Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) โ€“ Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

๐Ÿ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
๐Ÿ•’ 3.00 Petang
๐Ÿ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

๐Ÿ’ฌ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



๐Ÿ“ข PEMBAYARAN BIL KINI LEBIH MUDAH DI NADI!Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kini komuniti boleh membuat pembayaran pel...
01/08/2026

๐Ÿ“ข PEMBAYARAN BIL KINI LEBIH MUDAH DI NADI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini komuniti boleh membuat pembayaran pelbagai bil secara online di NADI dengan mudah melalui POS Online. Tidak perlu bersusah payah ke tempat lain!

Antara bil yang boleh dibayar:
๐Ÿ’ก Bil Elektrik
๐Ÿ’ง Bil Air
๐Ÿ“ฑ Bil Telefon
๐Ÿ“บ Astro dan lain-lain

โœ… Cepat
โœ… Mudah
โœ… Selamat

๐Ÿ“ Datang sahaja ke NADI untuk menggunakan servis pembayaran bil ini.

KELAS MAHIR JAHIT INTAKE 4Minggu 3 - Jahitan Kreatif
31/07/2026

KELAS MAHIR JAHIT INTAKE 4
Minggu 3 - Jahitan Kreatif



๐Ÿ›ก๏ธ ๐๐€๐๐†๐†๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ !๐Ÿš€Minat dalam teknologi dan keselamatan siber? Inilah peluang anda untuk menyertai ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ...
29/07/2026

๐Ÿ›ก๏ธ ๐๐€๐๐†๐†๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ !๐Ÿš€

Minat dalam teknologi dan keselamatan siber? Inilah peluang anda untuk menyertai ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐ข๐ซ๐š ๐‚๐ฒ๐›๐ž๐ซ โ€“ sebuah program penuh dengan ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง, ๐œ๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข yang akan membentuk generasi celik keselamatan siber.

๐Ÿ’ก ๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐ง๐๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก?
โœ… Peluang menimba ilmu secara langsung bersama ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ซ
โœ… Menyertai misi komuniti bagi menyebarkan kesedaran keselamatan digital
โœ… Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam dunia siber
โœ… Menjadi sebahagian daripada misi melahirkan ๐ ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ ๐ˆ๐“ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ข๐ฃ๐š๐ค ๐๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ซ
๐Ÿ“ Terbuka kepada belia berumur ๐Ÿ๐Ÿ– ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ค๐ž ๐š๐ญ๐š๐ฌ yang merupakan ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐๐€๐ƒ๐ˆ.

๐‰๐จ๐ฆ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐ข๐ซ๐š ๐‚๐ฒ๐›๐ž๐ซ ๐๐š๐ง ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐š๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ซ! ๐Ÿ’ป๐Ÿ›ก๏ธ

Address

Balairaya Felda Lembah Klau
Raub
27630

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Lembah Klau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share