SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA, School, KM 27 Jalan Lipis, Raub.

Official page for SK Sega: - mengumpulkan bekas-bekas murid yang pernah belajar di SK Sega serta guru-guru yang pernah dan sedang berbakti di sekolah ini di bawah satu platform ramah mesra.

PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINITTarikh: 23 April 2026Hari: KhamisMasa: 11.00 pagi-11.10 pagiTema: "Membaca ...
25/04/2026

PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Tarikh: 23 April 2026
Hari: Khamis
Masa: 11.00 pagi-11.10 pagi
Tema: "Membaca Menggembirakan" "Membaca Membina Bangsa"
Tempat: Lokasi masing-masing.


23/04/2026
MAHRAJAN AL-QURAN NASYID DAN KHAT SEKOLAH- SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAERAH RAUB 2026 (MQNKSS)TARIKH: 21-2...
23/04/2026

MAHRAJAN AL-QURAN NASYID DAN KHAT SEKOLAH- SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAERAH RAUB 2026 (MQNKSS)

TARIKH: 21-23 APRIL 2026
ACARA :
✅️ TILAWAH AL -QURAN L/P
✅️ HAFAZAN L/P
✅️ KHAT L/P
✅️ QIRAATUL AKHBAR L/P
✅ ️NASYID

PENCAPAIAN:
📍TEMPAT KE 3 TILAWAH AL-QURAN (P)
- NUR SHAFIYYA RAINA BINTI SAFARUDIN

📍TEMPAT KE 3 HAFAZAN (P)
- DHIA HANA SOFIA BINTI ABDUL HADI

📍TEMPAT KE 5 NASYID
-KUMPULAN SOUTUL IMTIYAAZ

Alhmadulillah, TAHNIAH kepada semua peserta SESEGAR yang menyertai dan memenangi acara yang dipertandingkan. Kalah menang adat bertanding in shaa Allah, tahun hadapan cuba lagi bagi yang kurang berjaya.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung terurama kepada jurulatih, guru2 pembimbing serta ibubapa yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak serta sumbangan kewangan.

Semoga anak-anak SESEGAR lebih bersemangat pada masa akan datang untuk mengharumkan nama sekolah.

↪️PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESEGAR

MAJLIS SAMBUTAN RIANG RIA AIDILFITRI TAHUN 2026JUMAAT17 APRIL 2026Majlis ini diadakan bagi melahirkan rasa syukur atas k...
17/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN RIANG RIA AIDILFITRI TAHUN 2026

JUMAAT
17 APRIL 2026

Majlis ini diadakan bagi melahirkan rasa syukur atas kejayaan menunaikan ibadah puasa, di samping mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. ✨

✨ Ucapan Hari Raya Aidilfitri dari Guru Besar SK Sega, Encik Dzulkarnain Bin Suboh✨
22/03/2026

✨ Ucapan Hari Raya Aidilfitri dari Guru Besar SK Sega, Encik Dzulkarnain Bin Suboh✨

18/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨

Warga SK Sega merakamkan ucapan Taqabbalallahu minna wa minkum kepada seluruh ibu bapa, murid, guru serta komuniti setempat yang sentiasa menyokong dan bersama-sama menjayakan setiap program serta aktiviti sekolah.

Semoga kehadiran Syawal ini menjadi ruang untuk kita mempererat silaturahim, meneguhkan semangat kebersamaan, serta memupuk nilai hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, SK Sega turut memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, serta mendoakan agar semua terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H — Maaf Zahir dan Batin
Daripada seluruh warga SK Sega

📚✨ KUIZ NUZUL AL-QURAN ✨📚Assalamualaikum dan Salam Ramadan 🌙Perhatian kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Sega!Jom uji...
07/03/2026

📚✨ KUIZ NUZUL AL-QURAN ✨📚
Assalamualaikum dan Salam Ramadan 🌙

Perhatian kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Sega!

Jom uji pengetahuan anda tentang Nuzul Al-Quran dengan menyertai kuiz ini!

📌 Caranya mudah:
Arahan :
1. Klik link https://cikguleez.my.canva.site/copy-of-laman-web-interaktif-pameran-nuzul-quran-kanak-kanak

2. ⁠Baca info yang disediakan (klik butang di bahagian atas)

3. ⁠Masukkan maklumat yang diminta (Nama penuh dan Kelas) kemudian klik "Kuiz". Jawab sekali sahaja untuk seorang murid.

4. ⁠Jawab semua soalan yang diberikan.

5. ⁠Screen shot keputusan yang mempunyai markah dan hantar pd Ustazah Husna https://wa.me/60137013294

Jom sertai dan ajak rakan-rakan untuk turut sama menjawab!

✨ Hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya menjawab dengan tepat dan pantas!

Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Sumber SK Sega.

AssalamualaikumSalam Ramadan dan Salam Nuzul Al Quran 🌙17 Ramadan 1447HSabtu 7 Mac 2026Nuzul Al-Quran merupakan peristiw...
07/03/2026

Assalamualaikum
Salam Ramadan dan Salam Nuzul Al Quran 🌙
17 Ramadan 1447H
Sabtu 7 Mac 2026

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira pada 17 Ramadan. Peristiwa ini menjadi permulaan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan panduan hidup kepada seluruh umat manusia.
Semoga kita semua sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 📖✨

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025ISNIN2 MAC 2026KAFA SK SegaAlhamdulillah, keputusan UPKK 2025 pada tahun ini mencatat...
02/03/2026

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025

ISNIN
2 MAC 2026
KAFA SK Sega

Alhamdulillah, keputusan UPKK 2025 pada tahun ini mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan.

Daerah Raub telah melakar kejayaan dengan menduduki tempat kedua terbaik di Negeri Pahang. SK Sega turut berjaya menduduki tempat ke-13 daripada lebih 30 buah sekolah di daerah ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Auni Zhafirah binti Azman dan Nur Raqilla binti Saiful Bahrin atas pencapaian cemerlang memperoleh 9A.

Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada semua murid atas keputusan yang membanggakan serta komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa atas sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak sekolah.

Segala usaha dan kerjasama yang diberikan amat bermakna. ❤️

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah. InsyaAllah. 🤲🏼

PELUNCURAN PROGRAM BIJAK SIFIR 2026ISNIN2 MAC 2026Anjuran Panitia Matematik SK SegaProgram ini mensasarkan semua murid T...
02/03/2026

PELUNCURAN PROGRAM BIJAK SIFIR 2026

ISNIN
2 MAC 2026
Anjuran Panitia Matematik SK Sega

Program ini mensasarkan semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 sebagai kumpulan utama, memandangkan penguasaan sifir adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai sejak awal persekolahan.

Walaubagaimanapun, penekanan khusus akan diberikan kepada murid Tahap 2 kerana mereka lebih terlibat dengan soalan penyelesaian masalah yang kompleks.

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2026ISNIN9 FEBRUARI 2026Anjuran Pusat Sumber dan Panitia BahasaProgram ini dilaksanakan bagi me...
14/02/2026

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2026

ISNIN
9 FEBRUARI 2026
Anjuran Pusat Sumber dan Panitia Bahasa

Program ini dilaksanakan bagi menyemai budaya membaca dan meningkatkan minat murid terhadap ilmu pengetahuan melalui pelaksanaan Program NILAM secara berterusan di sekolah.

Unit Media SK Sega

✨ HENTIKAN BULI, HAPUSKAN GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH! ✨Di SK Sega, kami percaya bahawa setiap murid berhak belajar dala...
11/02/2026

✨ HENTIKAN BULI, HAPUSKAN GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH! ✨
Di SK Sega, kami percaya bahawa setiap murid berhak belajar dalam suasana selamat, dihormati dan disayangi. 💛

👦👧 Murid-murid kami bersatu hati menyatakan:
“Kami Benci Buli! ”

Marilah kita sebagai warga sekolah — guru, murid dan ibu bapa — bersama-sama:
✔️ Memupuk budaya hormat
✔️ Memberi sokongan kepada rakan
✔️ Melaporkan perbuatan salah
✔️ Mewujudkan sekolah bebas gangguan

🌟 Sekolah Selamat, Murid Ceria, Masa Depan Terjaga 🌟

Pesanan daripada:
UNIT HEM SK SEGA

Address

KM 27 Jalan Lipis
Raub
27660

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093657309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category