Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, School, KM6 Jalan Lipis, Raub.

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Imran (SPM 2012). Semoga roh beliau dirahmati Allah dan di tempatkan di ka...
07/10/2023

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Imran (SPM 2012). Semoga roh beliau dirahmati Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Keputusan Kejohanan Bolasepak MSSD Raub U15Peringkat KumpulanSEMESTA (2) SMK Mahmud (0)SEMESTA (3) SMK Tg Kudin (0)SEMES...
22/07/2023

Keputusan Kejohanan Bolasepak MSSD Raub U15

Peringkat Kumpulan
SEMESTA (2) SMK Mahmud (0)
SEMESTA (3) SMK Tg Kudin (0)
SEMESTA (3) SMK Seri Raub (0)

Layak ke separuh akhir selaku Juara Kump B

Peringkat Separuh Akhir
SEMESTA (4) SMK Gali (0)

Keputusan perlawanan akhir:
SMK Seri Raub (0) SEMESTA (1)

Tahniah anak2 dan barisan jurulatih B15!

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir memberi sokongan dan sumbangan berbentuk makanan dan minuman kepada pasukan B15 SEMESTA.

Keputusan Kejohanan Bolasepak MSSD Raub U15Peringkat KumpulanSEMESTA (2) SMK Mahmud (0)SEMESTA (3) SMK Tg Kudin (0)SEMES...
20/07/2023

Keputusan Kejohanan Bolasepak MSSD Raub U15

Peringkat Kumpulan
SEMESTA (2) SMK Mahmud (0)
SEMESTA (3) SMK Tg Kudin (0)
SEMESTA (3) SMK Seri Raub (0)

Layak ke separuh akhir selaku Juara Kump B

Peringkat Separuh Akhir
SEMESTA (4) SMK Gali (0)

SEMESTA U15 layak ke perlawanan akhir pada hari esok Jumaat (21 Julai)

Venue perlawanan akhir:
SMK Seri Raub
Jam 815 pagi

Gambar di bawah adalah gambar pasukan Bolasepak bawah 15 tahun Semesta Bersama barisan kejurulatihan iaitu Sir Ikhwan,Sir Azriq & Cg Hafizaimie

09/07/2023
Terima kasih kami ucapkan buat Encik Zulfadzli bin Hasan di atas khidmat bakti beliau sepanjang 9 tahun di bumi SEMESTA....
03/07/2023

Terima kasih kami ucapkan buat Encik Zulfadzli bin Hasan di atas khidmat bakti beliau sepanjang 9 tahun di bumi SEMESTA. Beliau merupakan bekas warden dan seorang guru yang sangat aktif dan ceria. Sudah pasti pemergian beliau ke sekolah baru akan dirindui rakan sekerja dan anak-anak murid terutama anak didik beliau dalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris dan Tarian. Kami doakan kesejahteraan dan keberkatan buat Sir Joe yang kini tinggal di samping anak dan isteri. Terima kasih Sir Joe!

Warga SEMESTA merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Norhayati binti Zulkifli atas khidmat bakti beliau di sini. Beli...
03/07/2023

Warga SEMESTA merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Norhayati binti Zulkifli atas khidmat bakti beliau di sini. Beliau yang lebih mesra dipanggil 'Sensei' telah berkhidmat di bumi SEMESTA selama 12 tahun 10 bulan dan 3 hari. Sudah pastinya perpindahan beliau akan dirindui bukan sahaja dikalangan rakan sekerja malahan anak-anak murid SEMESTA. Beliau seorang yang sangat mudah membantu dan mesra dengan murid-murid di sini. Kami mendoakan semoga beliau dirahmati Allah dan terus maju jaya di sekolah baru. Terima kasih Sensei!

Kami warga SEMESTA merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mohd Nakhaie bin Abd Malik atau lebih mesra dengan panggi...
30/05/2023

Kami warga SEMESTA merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mohd Nakhaie bin Abd Malik atau lebih mesra dengan panggilan 'Sir Khai'. Meskipun hanya sempat menabur bakti di bumi SEMESTA selama 4 tahun 5 bulan dan 5 hari, beliau sempat mencipta beberapa detik bersejarah yang sudah pasti menjadi ingatan kami di sini.

Tahun pertama beliau di sini, beliau berjaya membawa pasukan ragbi lelaki bawah 15 tahun SEMESTA kembali mewakili Pahang ke Kejohanan Ragbi Piala Dato' Dr. Sulaiman Hj. Daud selepas 15 tahun tersisih daripada kejohanan tersebut.

Tahun 2022 menyaksikan kejutan apabila pasukan ragbi perempuan yang mula diasaskan beliau pada tahun 2019 berjaya menjadi pasukan ke-4 terbaik seluruh SBP. Sesungguhnya ini satu pencapaian yang sangat membanggakan meskipun dianggap sebagai pasukan kerdil dalam Kejohanan Ragbi Sentuh Perempuan SBP bawah 17 tahun.

Selain bidang sukan, beliau juga merupakan seorang warden yang sangat rapat dan mesra dengan pelajar. Ketika musim PdPR beliau telah menggerakkan inisiatif bermula dengan mengutus surat untuk bekalan Unifi Fibre dipasang di dalam sekolah. Kini SEMESTA sudah dilengkapi dengan port Unifi Fibre.

Terima kasih, cikgu. Semoga cikgu terus berjaya di tempat baharu.

Majlis Khatam Asas Perdana Seni Silat Sendeng Haji Hamid Negeri Pahang.27-28/5/2023Anjuran Pertubuhan Seni Silat Sendeng...
30/05/2023

Majlis Khatam Asas Perdana Seni Silat Sendeng Haji Hamid Negeri Pahang.

27-28/5/2023

Anjuran Pertubuhan Seni Silat Sendeng Tuan Haji Abdul Hamid Negeri Pahang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Raub.

Majlis ini disertai 19 orang pelajar SEMESTA dan diketuai guru penasihat Silat SEMESTA Encik Zulfadzli dan dibantu oleh Encik Ismanizam dan Encik Hermi Zakaria. Kesemua pelajar telah khatam asas pertama. Tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya.

Pihak SEMESTA mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Seni Silat Sendeng sekolah iaitu Tuan Haji Muhammad Nasir Bin Mohd Nahuri yang juga merupakan Yang Dipertua Seni Silat Sendeng Tuan Haji Abdul Hamid negeri Pahang.

Jumaat, 26 Mei 2023 merupakan hari terakhir persekolahan buat Cikgu Noor-Raini. Semalam buat kali terakhir beliau menget...
27/05/2023

Jumaat, 26 Mei 2023 merupakan hari terakhir persekolahan buat Cikgu Noor-Raini. Semalam buat kali terakhir beliau mengetip waktu tanda tamat waktu bekerja.

Selamat bersara kami ucapkan buat cikgu Noor-Raini Binti Sulaiman yang telah berkhidmat di bumi SEMESTA selama 31 tahun ...
27/05/2023

Selamat bersara kami ucapkan buat cikgu Noor-Raini Binti Sulaiman yang telah berkhidmat di bumi SEMESTA selama 31 tahun 4 bulan dan 17 hari. Tempoh perkhidmatan itu sudah cukup membuktikan bahawa beliau juga adalah ikon lagenda SEMESTA. Kami warga SEMESTA mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat beliau yang lebih mesra kami panggil 'Kak Ani'. Sesungguhnya tiada ucapan atau balasan yang setara dengan pengorbanan dan jasa, layak kami berikan untuk tempoh perkhidmatan sepanjang itu. Terima kasih cikgu!

Program Career Exploration bersama PERKESORabu17/5/2023
18/05/2023

Program Career Exploration bersama PERKESO

Rabu
17/5/2023

Salam Persaraan buat seorang lagi watak lagenda SEMESTA. Beliau akan mula bersara pada 1 Mei 2023. Beliau sudah berkhidm...
29/04/2023

Salam Persaraan buat seorang lagi watak lagenda SEMESTA. Beliau akan mula bersara pada 1 Mei 2023. Beliau sudah berkhidmat selama 32 tahun dan 5 bulan di SEMESTA, sesungguhnya sepanjang tempoh itu jasa dan sumbangan beliau pada SEMESTA tidak terhitung banyaknya. Kami warga SEMESTA mendoakan kerahmatan buat cikgu Ismail Bin Ibrahim. Terima kasih cikgu!

Address

KM6 Jalan Lipis
Raub
27600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah:

Shortcuts

Share

Category