Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau-JHEOA

Call Directions

Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau-JHEOA Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11)
Betau Secondary and Transformational School (BeSTS)

24/09/2026

Rangkuman sepanjang pertandingan Green Innovation Science Project (GISPro) 2026.

๐Ÿ† TAHNIAH SMK RPS BETAU! ๐ŸŒฟ๐ŸŽ‰Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK RPS Betau atas kejayaan merangkul Johan Kategori Inovas...
24/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH SMK RPS BETAU! ๐ŸŒฟ๐ŸŽ‰

Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK RPS Betau atas kejayaan merangkul Johan Kategori Inovasi Hijau Biologi dalam Pertandingan Green Innovation Science Project 2026 Peringkat Kebangsaan melalui inovasi Aroma Rimba BesTs! ๐ŸŒฑโœจ

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, inovasi dan usaha guru- guru dan murid- murid yang mampu menghasilkan sesuatu yang membanggakan.

Tahniah kepada pasukan KEJORA KIDS
Guru pembimbing: Pn. Umi Kalsom binti Abd Majid
Guru pengiring: En. Lokman Hakim bin Abdullah
Pelajar:-
1. Aenel a/l Karim
2. Muhd Aiman bin Abdullah
3. Cassseybella a/p Ramenra
4. Mazrizsya binti Mazlan

SMK RPS Betau โ€” Inovasi Hijau, Inspirasi Masa Depan! ๐Ÿ’š

SMK RPS Betau hari ini menerima kunjungan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Raub bersama SMK Satak (K11).Lawatan ini menja...
24/09/2026

SMK RPS Betau hari ini menerima kunjungan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Raub bersama SMK Satak (K11).

Lawatan ini menjadi platform perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta pengukuhan jaringan antara sekolah K11 dalam usaha memperkasa pendidikan dan kemenjadian murid.

Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian yang sangat bermakna. Semoga jalinan ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada semua. ๐ŸŒฑโœจ

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir Tuan Pengetua, En. Mat Daud bin Mamat! ๐ŸŽ‚Semoga sentiasa sihat, bahagia dan terus cemerlang memimpin...
21/09/2026

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir Tuan Pengetua, En. Mat Daud bin Mamat! ๐ŸŽ‚

Semoga sentiasa sihat, bahagia dan terus cemerlang memimpin SMK RPS Betau. ๐Ÿ’™

Ikhlas daripada seluruh warga SMK RPS Betauโ˜˜๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAKLUMAN CUTI HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDimaklumkan bahawa 16 September 2026 (Rabu) merupakan cuti sempena Hari Malaysia.Dalam ...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAKLUMAN CUTI HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dimaklumkan bahawa 16 September 2026 (Rabu) merupakan cuti sempena Hari Malaysia.

Dalam pada itu, kelas tambahan bagi murid tahun 4 berjalan seperti biasa. Harap maklum kepada ibu bapa bagi murid yang terlibat.

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua. Semoga semangat perpaduan terus subur dalam jiwa kita. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Terima kasih YB atas perkongsian yang begitu bermakna dan menyentuh hati โค๏ธWarga SMK RPS Betau turut bangga melihat anak...
13/09/2026

Terima kasih YB atas perkongsian yang begitu bermakna dan menyentuh hati โค๏ธ

Warga SMK RPS Betau turut bangga melihat anak-anak kami terus melangkah jauh. Semoga Cikgu Rhaslina terus berjaya dan suatu hari nanti kembali mendidik anak bangsa. ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“ข HEBAHAN SMK RPS BETAU28 Ogos 2026 (Jumaat) | 9.00 pagiPada hari tersebut, pihak sekolah akan mengadakan Pelaporan Pent...
25/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN SMK RPS BETAU

28 Ogos 2026 (Jumaat) | 9.00 pagi

Pada hari tersebut, pihak sekolah akan mengadakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5.

๐Ÿ“˜ Pelaporan PBD
๐Ÿ“ Kelas masing-masing
๐Ÿ‘ฅ Semua murid

๐ŸŽ“ Perjumpaan Ibu Bapa Tingkatan 5
๐Ÿ“ Pusat Sumber Sekolah
๐Ÿ“Œ Penyerahan slip PBD & perbincangan percubaan SPM

Kehadiran ibu bapa/penjaga amat dihargai. Semoga pertemuan ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama memahami perkembangan anak-anak dan merancang langkah seterusnya demi kejayaan mereka. ๐ŸŒฟโœจ

Tahniah Warga SMK RPS Betau! ๐ŸŽ‰Syabas dan tahniah kepada kontinjen SMK RPS Betau yang mewakili Daerah Lipis dalam Karniva...
23/07/2026

Tahniah Warga SMK RPS Betau! ๐ŸŽ‰

Syabas dan tahniah kepada kontinjen SMK RPS Betau yang mewakili Daerah Lipis dalam Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Pahang 2026 atas pencapaian yang membanggakan.

๐Ÿ† Saintis Muda โ€“ Naib Johan
๐Ÿ… Poem Recitation โ€“ Tempat Kelima

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid Orang Asli SMK RPS Betau memiliki bakat, potensi dan daya saing yang tinggi di peringkat negeri. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat, guru pembimbing, guru pengiring serta seluruh warga sekolah atas usaha dan komitmen yang cemerlang.

๐Ÿ“šโœจ KEM MENUJU JAYA SPM 2026 โœจ๐Ÿ“šPada 21/5/2026 hingga 24/5/2026, para pelajar SPM terus bersemangat menghadiri kelas tamba...
25/05/2026

๐Ÿ“šโœจ KEM MENUJU JAYA SPM 2026 โœจ๐Ÿ“š

Pada 21/5/2026 hingga 24/5/2026, para pelajar SPM terus bersemangat menghadiri kelas tambahan dalam program Kem Menuju Jaya demi memperkukuh ilmu dan membuat persediaan terbaik menghadapi peperiksaan SPM nanti. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Komitmen, disiplin dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar amat membanggakan. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi langkah menuju kejayaan yang cemerlang. ๐ŸŒŸ

โ€œTiada kejayaan tanpa usaha, tiada kecemerlangan tanpa pengorbanan.โ€

Semoga semua calon SPM terus istiqamah dan diberikan kejayaan yang gemilang. ๐Ÿ“–โœ๏ธ






๐ŸŽฌโœจ Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja SMK RPS Betau 2026 โœจ๐ŸŽฌPada 21/05/2026, warga SMK RPS Betau meraikan sambutan hari gu...
25/05/2026

๐ŸŽฌโœจ Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja SMK RPS Betau 2026 โœจ๐ŸŽฌ

Pada 21/05/2026, warga SMK RPS Betau meraikan sambutan hari guru dan hari pekerja peringkat sekolah dalam suasana penuh warna-warni.

Tahun ini SMK RPS Betau tampil ceria menerusi tema Movie Character! ๐ŸŒŸ Pelbagai karakter menarik, kreatif dan mencuit hati berjaya memeriahkan sambutan tahun ini sekaligus mengeratkan hubungan antara warga sekolah.

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ menjadi tema sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026 sebagai penghargaan buat para pendidik yang sentiasa mencurah ilmu, membimbing serta membentuk generasi masa depan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. โค๏ธ๐Ÿ“š

Turut diraikan sambutan Hari Pekerja dengan tema โ€œPekerja Kesuma Bangsaโ€, bagi menghargai jasa seluruh warga kerja sekolah yang sentiasa komited, bertungkus-lumus dan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan sekolah. ๐Ÿ’ผโœจ

Terima kasih buat semua guru dan staf SMK RPS Betau atas segala pengorbanan, jasa dan bakti yang tidak ternilai. Semoga terus cemerlang mendidik dan berkhidmat demi anak bangsa. ๐ŸŒน









Address

No 26 Pejabat Pos Sungai Koyan
Raub
27650

Telephone

+60196287119

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau-JHEOA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category