Madrasah Asyrafiah

Call Directions Contact the school

Madrasah Asyrafiah Untuk belajar Al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِالحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.Alhamdul...
11/08/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT. Dengan izin, rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah telah menghantar orang-orang yang baik, pemurah dan ikhlas untuk hadir membantu kami dalam menguruskan serta membangunkan Madrasah Asyrafiah.

Sesungguhnya kami yakin, hadirnya insan-insan yang baik di sisi kami bukanlah suatu kebetulan, tetapi semuanya dengan ketentuan dan izin Allah SWT. Ketika kami melangkah ke fasa baharu selepas menerima tanah wakaf daripada MUIP, Allah membuka p**a jalan dengan menghadirkan insan-insan yang sudi membantu dan bersama-sama menjayakan amanah besar ini.

🌸 Insya-Allah, langkah awal ini akan diteruskan dengan perancangan pembangunan Madrasah Asyrafiah, antaranya:

🕌 Surau/Masjid
🏠 Bangunan asrama pelajar
🍽️ Dewan makan
🚻 Tandas dan kemudahan pelajar
🏡 Rumah-rumah guru
📚 Serta kemudahan-kemudahan lain untuk keselesaan para pelajar dan guru.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa hadir membantu, khususnya Cikgu Kilat, Bos Azra, Dato' Aziz, serta semua sahabat, dermawan dan para penyumbang yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada Madrasah Asyrafiah.

Semoga setiap ringgit, tenaga, masa, idea dan usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, bahkan menjadi saham akhirat yang besar di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

«وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا»

«“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk diri kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah; itulah yang lebih baik dan lebih besar pahalanya.”
(Surah al-Muzzammil: 20)»

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

«مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ»

«“Sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”
(Riwayat Muslim)»

Dan sabda Baginda ﷺ tentang amalan yang terus mengalir:

«إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ»

«“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(Riwayat Muslim)»

🤲 Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menghantar insan-insan yang baik untuk membantu kami, maka Engkau berkati dan permudahkanlah setiap langkah pembangunan Madrasah Asyrafiah ini.

Ya Allah, permudahkanlah pembinaan surau, asrama, dewan makan, tandas, rumah guru dan seluruh kemudahan madrasah.

Ya Allah, balaslah segala kebaikan Cikgu Kilat, Bos Azra, Dato' Aziz dan seluruh para penyumbang dengan sebaik-baik ganjaran. Luaskanlah rezeki mereka, berkati kehidupan mereka, peliharalah keluarga mereka dan jadikanlah setiap sumbangan mereka sebagai pahala yang mengalir hingga ke alam barzakh.

اللهم بارك لهم في أموالهم وأعمارهم وأهليهم، واجزهم عنا خير الجزاء.

Amin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲🏻

🌿 MADRASAH ASYRAFIAH
Melangkah dengan wakaf, bergerak dengan doa, membina dengan ukhuwah, demi melahirkan generasi Al-Quran.

Alhamdulillah… Allah hantar orang baik-baik untuk bersama-sama kami. Semoga Allah terus menghantar lebih ramai insan yang baik untuk menyempurnakan amanah ini. 🤲🏻🌹

Assalamualaikum 📖 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJARMADRASAH ASYRAFIAH SEMANTAN, RAUB, PAHANG"Melahirkan Generasi Al-Quran ...
06/08/2026

Assalamualaikum

📖 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

MADRASAH ASYRAFIAH SEMANTAN, RAUB, PAHANG

"Melahirkan Generasi Al-Quran Berakhlak Mulia, Berilmu dan Bertaqwa."

1. ✅ Beragama Islam.

2. ✅ Lelaki berumur 7 hingga 17 tahun.

3. ✅ Boleh membaca Al-Quran atau mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajarinya.

4. ✅ Sihat tubuh badan serta bebas daripada penyakit berjangkit.

5. ✅ Bersedia mengikuti sistem pendidikan tahfiz, akademik dan tarbiah yang ditetapkan oleh pihak madrasah.

6. ✅ Berakhlak mulia, berdisiplin serta menghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

7. ✅ Mendapat keizinan serta sokongan penuh daripada ibu bapa atau penjaga.

8. ✅ Lulus sesi temuduga dan penilaian kemasukan yang dijalankan oleh pihak madrasah.

9. ✅ Bersedia mematuhi segala peraturan dan disiplin Madrasah Asyrafiah.

🌿 Motto Madrasah

"Membina Huffaz Rabbani, Pewaris Ulama dan Pemimpin Ummah Berteraskan Al-Quran dan Sunnah."

📲 Pendaftaran Kini Dibuka!
https://wa.me/60196883402?text=Assalamualaikum%2C+saya+berminat+untuk+menyertai+temuduga+kemasukan+pelajar+sesi+2026
Hubungi (WhatsApp): 019-6883402 (Mudir/Ustaz Alias)

"Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah anak-anak yang menuntut ilmu dan menjadikan Madrasah Asyrafiah sebagai medan melahirkan generasi huffaz yang soleh, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

📢 Kempen Wakaf Van Madrasah AsyrafiahAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Madrasah Asyrafiah sedang mengumpul dana...
16/03/2026

📢 Kempen Wakaf Van Madrasah Asyrafiah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Madrasah Asyrafiah sedang mengumpul dana bagi pembelian sebuah Van Toyota Hiace untuk kegunaan pengangkutan para pelajar ke kelas pengajian, program dakwah dan aktiviti madrasah.

🚐 Sasaran Dana: RM114,000
🎓 Tujuan: Kemudahan pengangkutan pelajar Madrasah Asyrafiah

Kami membuka peluang kepada semua sahabat, dermawan dan umat Islam untuk bersama-sama menyumbang dalam amal jariah ini.

💳 Sumbangan boleh dibuat melalui QR DuitNow Madrasah Asyrafiah
(Setiap sumbangan walau kecil amat bermakna)

📌 Sumbangan anda akan membantu:
• Pengangkutan pelajar ke madrasah
• Program pengajian agama
• Aktiviti dakwah dan kebajikan

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang berterusan.

🤲 Mohon bantu sebarkan kempen ini.

06/01/2026

Assalamualaikum
IKLAN TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2026 (LELAKI SAHAJA)
*YURAN BULANAN SERENDAH RM 200RINGGIT MALAYSIA KEMASUKAN TERHAD UNTUK 20orng sahaja*

📖 PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN & PENGAJIAN KITAB (WAJIB - BASIC)

serta

Madrasah asyrafiah membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian Islam berteraskan Hafazan al-Quran dan Pengajian Kitab kurikulum wajib negeri Pahang bagi Sesi Kemasukan Tahun 2026.

📚 PROGRAM DITAWARKAN

1. Program Hafazan al-Quran & Pengajian Kitab (Basic)

Pengajian merangkumi:

Hafazan al-Quran

Fiqh

Tauhid

Akhlak

Jawi

Bahasa Arab

🎓 SYARAT KEMASUKAN

Program Hafazan & Kitab (Basic):
📌 Umur antara 11 – 21 tahun

Syarat Umum:

Boleh membaca al-Quran dengan baik (asas tajwid)

Boleh Membaca Jawi

Mempunyai minat mendalam dalam bidang tahfiz dan ilmu kitab

Berdisiplin, berakhlak baik dan sanggup tinggal di asrama (jika disediakan)

Lulus temuduga kemasukan

🗓️ MAKLUMAT TEMUDUGA

📍 Tempat: Madrasah asyrafiah ,pt2972 Kampung kucing durian, Semantan 27600,Pahang
🗓️ Tempoh Temuduga: Disember 2025
📅 Temu janji boleh dibuat terlebih dahulu melalui nombor yang tertera di bawah
👕 Pakaian: Menutup aurat dan kemas (jubah digalakkan)

📄 DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Salinan MyKad / Sijil Lahir

2. Salinan keputusan peperiksaan terakhir

3. Rekod Akhlak dari sekolah lama (WAJIB)

4. Borang permohonan (akan diberikan semasa pendaftaran)

☎️ MAKLUMAT & PENDAFTARAN

Untuk maklumat lanjut dan temujanji, sila hubungi melalui WhatsApp:
📞 https://wa.me/60196883402?text=Assalamualaikum%2C+saya+berminat+untuk+menyertai+temuduga+kemasukan+pelajar+sesi+2026.

> “Melahirkan generasi Huffaz berilmu, beramal dan berakhlak mulia.”
✨ Ilmu, Amal dan Taqwa Asas Kejayaan Dunia & Akhirat ✨

13/06/2025

🕌 1 Sumbangan Kecil Anda Hari Ini, Jadi Saham Akhirat Sampai Bila-Bila! Jom Bantu Baik pulih madrasah ini!
Bayangkan setiap huruf Al-Quran yang dibaca, setiap sujud yang dilakukan, dan setiap ilmu yang diajarkan di madrasah ini — anda turut mendapat pahala berterusan, walau jasad sudah tiada di dunia.
Tapi sekarang ni, madrasah kami perlu baik pulih dari segi :
🔸 membaiki tandas
🔸 ruang memasak
🔸 dan nak membina lagi beberapa tandas
DAN LAIN-LAIN LAGI
Kami perlukan bantuan anda.
Tak banyak, cuma RM10, RM20, atau sekadar yang mampu — tapi impaknya luar biasa besar di sisi Allah
🤲 “Siapa yang membina rumah Allah di dunia, Allah akan bina untuknya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
📌 Setiap sen anda, pahala berpanjangan.
Jom jadi sebahagian daripada pembinaan ini.
Kita bantu mereka hari ini — agar kita dibantu di akhirat nanti.
✅ Klik untuk menyumbang:
www.wassap.my/60196883402/nakinfaq

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI SELEPAS RAYA HAJI! KEKOSONGAN TERHAD UNTUK 15 ORANG PELAJAR LELAKI SAHAJA  ..... MADRASA...
13/06/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI SELEPAS RAYA HAJI! KEKOSONGAN TERHAD UNTUK 15 ORANG PELAJAR LELAKI SAHAJA ..... MADRASAH TAHFIZ UMMUL QUTUB LIL BAHA (M.T.Q.L.B), RAUB PAHANG SESI 2025 TELAH DI BUKA!
Pihak M.T.U.Q.L.B mengalu-alukan kemasukan anda yang berkelayakan ke M.T.U.Q.L.B bagi sesi 2024 -2025
Yuran Serendah RM 200 ringgit Malaysia sahaja perbualan
📍Syarat Kelayakan:
✅Berumur di antara 9-25 tahun
✅Lulus perujian/lulus sesi temuduga
✅Boleh membaca al-Quran dengan baik
✅Minat yang mendalam terhadap ilmu al-Quran
✅Mempunyai akhlak @ sahsiah yang baik
✅Pandai mengurus diri, mampu berdikari
✅Terbuka kepada LELAKI SAHAJA

======================
Hubungi:
Ustaz Alias mudir dan tenaga pengajar .
www.wasap.my/60196883402/berminat+utk+masukkan+anak+ketahfiz
Ustaz tizmizi penasihat
www.wasap.my/60198062712
"AL-QURAN DIJUNJUNG, HUFFAZ TERULUNG"


M.T.U.Q.L.B.Suntuk

Hari NI "Ya Allah, di hari Jumaat yang berkah ini.. Jadikan hari ini hari yang membukakan pintu rezeki dan kemudahan,,Pi...
11/06/2025

Hari NI
"Ya Allah, di hari Jumaat yang berkah ini.. Jadikan hari ini hari yang membukakan pintu rezeki dan kemudahan,,
Pintu kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah serta lindungilah kami dan keluarga dari segala penyakit dan marabahaya.."
Sebelum Saudara mulakan rutin harian Jumaat, ambil masa sejenak dan infakkanlah sedikit hartamu kepada
MADRASAH TAHFIZ UMMUL QUTUB LIL BAHA SEMANTAN
556244101623
MAYBANK
Yakin lah bahawa ganjaran dari Allah SWT itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka serta daripada pelbagai pintu dan arah.
Apa pun Terima kasih pada Saudara yang Sentiasa Membantu Pihak Madrasah Demi kerana Agama Allah swt.'

SEDEKAH JUMAAT PENARIK REZEKI BERGANDAHari jumaat adalah hari yang sangat mulia, penghulu segala hari. Maka dianjurkan p...
08/11/2024

SEDEKAH JUMAAT PENARIK REZEKI BERGANDA

Hari jumaat adalah hari yang sangat mulia, penghulu segala hari. Maka dianjurkan pada hari jumaat ini untuk memperbanyakkan berselawat, berdoa dan bersedekah.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari selainnya. Bandingan sedekah pada hari itu dengan hari-hari selainnya dalam seminggu, seperti bandingan sedekah di bulan Ramadhan dengan seluruh bulan selainnya.” (Ibn al-Qayyim, Zadul Ma’ad)

Sumbangan ikhlas, infaq atau Wakaf anda boleh disalurkan terus ke :-

BANK RAKYAT
11-0205246-4
UMMULQUTUB LILBAHA RESOURCES
Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan tuan/puan kepada kami. Moga Allah mengganjari sebaik-baik pahala walau sebesar zarah terhadap pengorbanan harta tuan/puan.

Jazakumullahu khairan.






#

*PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI PERCUTIAN SEKOLAH YANG AKAN TIBA TAK LAMA LAGI..... MADRASAH TAHFIZ UMMUL QUTUB LIL BAH...
08/11/2024

*PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI PERCUTIAN SEKOLAH YANG AKAN TIBA TAK LAMA LAGI..... MADRASAH TAHFIZ UMMUL QUTUB LIL BAHA (M.T.Q.L.B), RAUB PAHANG SESI 2025 TELAH DI BUKA*

Pihak M.T.U.Q.L.B mengalu-alukan kemasukan anda yang berkelayakan ke M.T.U.Q.L.B bagi sesi 2024 -2025

📍Syarat Kelayakan:
• Berumur di antara 9-25 tahun
• Lulus perujian/lulus sesi temuduga
• Boleh membaca al-Quran dengan baik
• Minat yang mendalam terhadap ilmu al-Quran
• Mempunyai akhlak @ sahsiah yang baik
• Pandai mengurus diri, mampu berdikari
• Terbuka kepada LELAKI SAHAJA

======================
Hubungi:
Ustaz Alias mudir dan tenaga pengajar .
tel.https://www.wasap.my/60196883402/berminat untuk masukkan anaak2 ketahfiz
Ustaz tizmizi penasihat
Tel.https://www.wasap.my/60198062712/
"AL-QURAN DIJUNJUNG, HUFFAZ TERULUNG"



M.T.U.Q.L.B.S

Address

Kundang Patah, Semantan
Raub
27400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 23:00

Telephone

+60196883402

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Asyrafiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Asyrafiah:

Shortcuts

Share

Category