22/07/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐?
Beberapa cara untuk melatih kelancaran membaca, kaedah latih tubi yang berkesan perlu bersifat berulang, menyeronokkan dan sesuai dengan tahap murid.
Berikut adalah beberapa kaedah latih tubi yang terbukti berkesan :
1. Kaedah Baca dan Salin
- Murid membaca petikan pendek dan menyalinnya semula.
- Membantu dari segi sebutan, ingatan visual dan tulisan.
2. Kaedah SeBaTu (Sebut, Baca dan Tulis)
- Murid menyebut suku kata (contoh: ba, bi, bu), membaca perkataan, dan menulis semula.
- Menggabungkan kemahiran bunyi suku kata dan tulisan dalam satu sesi.
3. Teknik DEKON (Deklamasi dan Lakonan)
- Murid membaca teks secara lantang dengan intonasi dan gaya lakonan.
- Meningkatkan kelancaran, penghayatan dan keyakinan membaca.
4. Permainan Suku Kata
- Aktiviti mencantum suku kata untuk membentuk perkataan.
- Contoh: Kad โbaโ + โtaโ = โbataโ.
- Menarik dan interaktif, sesuai untuk sesi latih tubi santai.
5. Latih Tubi Digital
- Gunakan sebarang aplikasi digital, aplikasi membaca atau video interaktif.
- Menyediakan variasi dan visual menarik untuk murid.
Seronokkan?