Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Directions Website

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Laman Facebook Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus

www.nslibrary.gov.my

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan atau PPANS adalah sebuah agensi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sembilan yang fungsinya utamanya adalah mengurus pusat sumber maklumat (perpustakaan) di seluruh Negeri Sembilan. PPANS ditubuhkan mengikut Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Bil. 6 dan tahun 1974 dikuatkuasakan pada tahun 1978. PPANS diurus tadbir oleh sebuah Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus seperti yang termaktub di dalam Enakmen.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan or PPANS is an agency of the Negeri Sembilan Government Statutory Body whose main function is to manage information resource centers (libraries) throughout Negeri Sembilan. PPANS was established in accordance with the Negeri Sembilan Public Library Corporation Enactment No. 6 and 1974 enforced in 1978. PPANS is governed by a Board Member chaired by the State Secretary of Negeri Sembilan Darul Khusus as stipulated in the Enactment.

14/10/2026

SOROTAN KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA KE-26 TAHUN 2026

PENYERTAAN PPANS DALAM MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA BIL. 4/202613 Oktober 2026 - YBr...
14/10/2026

PENYERTAAN PPANS DALAM MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA BIL. 4/2026

13 Oktober 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS telah menghadiri Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia Bil. 4/2026 bertempat di Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah, Pahang. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kali ini bersempena penganjuran Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 Tahun 2026.

​Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) serta dihadiri oleh barisan Pengarah Perpustakaan Awam dari seluruh negara.

​Kehadiran PPANS dalam platform strategik ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara negeri demi merangka inovasi perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik.

TAHNIAH TEAM BADMINTON PPANSPINGAT GANGSA MILIK KITA! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Badminton Perbada...
14/10/2026

TAHNIAH TEAM BADMINTON PPANS
PINGAT GANGSA MILIK KITA!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Badminton Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan merangkul pingat gangsa dalam perlawanan badminton sempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PPANS dalam bidang sukan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah, Team Badminton PPANS! Teruskan kecemerlangan!

TAHNIAH TEAM PING PONG PPANSPINGAT EMAS MILIK KITA! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Ping Pong Perbadana...
14/10/2026

TAHNIAH TEAM PING PONG PPANS
PINGAT EMAS MILIK KITA!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Ping Pong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan merangkul pingat emas dalam perlawanan ping pong sempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PPANS dalam bidang sukan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah, Team Ping Pong PPANS! Teruskan kecemerlangan!

TAHNIAH TEAM FUTSAL PPANSPINGAT EMAS MILIK KITA! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan futsal Perbadanan Perp...
14/10/2026

TAHNIAH TEAM FUTSAL PPANS
PINGAT EMAS MILIK KITA!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan futsal Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan merangkul pingat emas dalam perlawanan futsal sempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PPANS dalam bidang sukan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah, Team Futsal PPANS! Teruskan kecemerlangan!

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MERANGKUL PINGAT PERAK BOWLING VIP! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Hamdan bi...
14/10/2026

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MERANGKUL PINGAT PERAK BOWLING VIP!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan merangkul pingat perak dalam acara Bowling VIP perlawanan bersama barisan pengarah perpustakaan dari seluruh Malaysia sempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-26.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen tinggi dalam menjayakan acara yang dipertandingkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin atas pencapaian yang membanggakan ini!

LAWATAN ILMIAH DELEGASI PENSYARAH IAIN SYAIKH ABDURRAHMAN SIDDIK BANGKA BELITUNG, INDONESIA KE PPANS13 Oktober 2026 (Sel...
13/10/2026

LAWATAN ILMIAH DELEGASI PENSYARAH IAIN SYAIKH ABDURRAHMAN SIDDIK BANGKA BELITUNG, INDONESIA KE PPANS

13 Oktober 2026 (Selasa)

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima lawatan ilmiah daripada delegasi pensyarah Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Syaikh Abdurrahman Siddik Bangka Belitung, Indonesia.

Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Rusydi Sulaiman, Guru Besar dalam Kepakaran Bidang Pengkajian Islam, IAIN Syaikh Abdurrahman Siddik Bangka Belitung merangkap Pembina FDKI Mengaji bersama-sama 2 orang delegasi beliau. Lawatan ini turut diiringi oleh Yang Berbahagia Dr. Khazri bin Osman, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Dihormati Encik Mohd Rizwan bin Muhamad Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian dan Perkhidmatan Pelanggan PPANS dan beberapa orang pegawai PPANS yang lain.

Antara pengisian lawatan termasuk sesi pengenalan PPANS, perkongsian idea serta pertukaran pandangan berkaitan bidang kepakaran masing-masing di samping lawatan ke ruang-ruang perpustakaan bagi melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PPANS kepada masyarakat.

Lawatan ilmiah ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan akademik dan jaringan kerjasama antara institusi selain membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang kepustakawanan, pendidikan dan pengajian Islam. Pertemuan ini turut berpotensi meneroka peluang kolaborasi strategik pada masa hadapan, khususnya dalam usaha memperkasa budaya ilmu, penyebaran maklumat dan pembangunan masyarakat berpengetahuan merentasi sempadan Malaysia–Indonesia.

PPANS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian delegasi IAIN Syaikh Abdurrahman Siddik Bangka Belitung dan wakil Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan lawatan ilmiah ini. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta kerjasama ilmu yang berterusan antara kedua-dua negara.

PENYERTAAN PPANS DALAM KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA KE-26 TAHUN 2026Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 Tah...
13/10/2026

PENYERTAAN PPANS DALAM KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA KE-26 TAHUN 2026

Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 Tahun 2026 telah berlangsung di Kuantan, Pahang bermula 9 hingga 13 Oktober 2026. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) yang diketuai YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS tidak ketinggalan untuk menyertai konvensyen tersebut yang menghimpunkan warga perpustakaan dari seluruh Malaysia dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama antara perpustakaan awam di seluruh negara.

Konvensyen dimulakan dengan Majlis Perasmian Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 yang berlangsung di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Pada hari kedua, konvensyen diteruskan dengan pelbagai acara sukan dan pertandingan antaranya pertandingan e-sport, dart, congkak, karom serta batu seremban.

Hari ketiga konvensyen p**a dimeriahkan dengan aktiviti LIBCON Fun Run sejauh 5 km dan program Team Building yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, membina semangat berpasukan serta mengukuhkan kerjasama antara peserta. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya Shoot Bola Jaring, Penalti Bola, Gegelung Kon, Bocoih Air, Acu Terbang, Kembang Kempis dan Saudagar Kelapa.

Selain itu, pertandingan sukan seperti badminton, ping pong, sepak raga dan futsal turut menjadi antara pengisian konvensyen yang menyemarakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan peserta.

Konvensyen kemudiannya melabuhkan tirai dengan Majlis Penutupan Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 Tahun 2026, sekali gus menandakan berakhirnya program yang penuh dengan pelbagai aktiviti, pengalaman dan kenangan bermakna kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas kejayaan meraih 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa sepanjang penyertaan dalam konvensyen ini. Pencapaian tersebut merupakan hasil komitmen, usaha gigih dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh kontinjen PPANS.

PPANS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang selaku tuan rumah Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Ke-26 Tahun 2026 atas kejayaan menganjurkan konvensyen ini dengan jayanya. Penganjuran ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk warga perpustakaan berinteraksi dan mengeratkan silaturahim, malah turut memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan kesukanan dalam kalangan warga perpustakaan dari seluruh Malaysia.

10/10/2026 (Ahad) l 10.30 pagi Santai Bersama Keluarga: Warnai Hari Bersama Mr Crocodile 💚Alhamdulillah, aktiviti mewarn...
11/10/2026

10/10/2026 (Ahad) l 10.30 pagi Santai Bersama Keluarga: Warnai Hari Bersama Mr Crocodile 💚

Alhamdulillah, aktiviti mewarna Mr Crocodile telah berlangsung dengan meriah di Smart Library, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

Gelagat anak-anak yang tekun mewarna dengan penuh kreativiti menghasilkan pelbagai karya yang menarik dan berwarna-warni. Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat seni, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui masa berkualiti yang diluangkan bersama.

Terima kasih kepada semua keluarga yang turut serta memeriahkan aktiviti pada hari ini. Semoga bertemu lagi dalam aktiviti menarik yang akan datang! 🖍️🌈

Perpustakaan, Destinasi Ilmu dan Keluarga. 💚

Address

Persiaran S2 B2, Seremban 2, Seremban
Rasah
70300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:15 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share