SRITI Samad Gul Rantau Panjang

Call Directions

SRITI Samad Gul Rantau Panjang SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM(SRITI) institusi pendidikan Islam peringkat rendah yang menyedi

[LATIHAN SUKAN SRITI SAMAD GUL] Sekitar suasana latihan sukan murid-murid SRITI Samad Gul sebagai persiapan menghadapi k...
17/09/2026

[LATIHAN SUKAN SRITI SAMAD GUL]

Sekitar suasana latihan sukan murid-murid SRITI Samad Gul sebagai persiapan menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung.

[TAHNIAH & SYABAS!]Tahniah diucapkan kepada murid-murid SRITI Samad Gul yang berjaya memenangi pertandingan sempena Akti...
14/09/2026

[TAHNIAH & SYABAS!]

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SRITI Samad Gul yang berjaya memenangi pertandingan sempena Aktiviti Bulan Kemerdekaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencuba dan mencapai kecemerlangan.

Suasana murid dan guru yang turut memeriahkan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SRITI Samad Gul dengan penuh keceriaan da...
14/09/2026

Suasana murid dan guru yang turut memeriahkan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SRITI Samad Gul dengan penuh keceriaan dan semangat patriotik.

Kebersamaan warga SRITI menjadikan sambutan lebih bermakna, sambil menyemai rasa cinta kepada tanah air dalam jiwa anak-anak SRITI Samad Gul.

Antara suasana sekitar persembahan murid yang penuh ceria dan semangat patriotik sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaa...
14/09/2026

Antara suasana sekitar persembahan murid yang penuh ceria dan semangat patriotik sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SRITI Samad Gul.

Tahniah anak-anak SRITI atas keberanian dan kesungguhan dalam mempersembahkan bakat masing-masing.

[MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE-69] Alhamdulillah, tirai Bulan Kemerdekaan Ke-69 di SRITI Samad Gul dilabuhkan deng...
13/09/2026

[MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE-69]

Alhamdulillah, tirai Bulan Kemerdekaan Ke-69 di SRITI Samad Gul dilabuhkan dengan penuh semangat patriotik dan kebersamaan.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan ini menjadi ruang untuk menyemai rasa cinta akan tanah air, memupuk semangat perpaduan serta menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa anak-anak SRITI, bersama pembentukan generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi yang berilmu, beradab serta teguh jati dirinya.

Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera. 🇲🇾

[UJIAN KEMASUKAN MURID BAHARU (UKMB) SESI 2027] Alhamdulillah, UKMB Sesi 2027 menjadi ruang untuk menilai kemahiran dan ...
12/09/2026

[UJIAN KEMASUKAN MURID BAHARU (UKMB) SESI 2027]

Alhamdulillah, UKMB Sesi 2027 menjadi ruang untuk menilai kemahiran dan potensi calon murid baharu yang hadir ke SRITI Samad Gul.

Penilaian merangkumi kemahiran 3M, bacaan surah lazim serta ujian bertulis dan ujian lisan, sebagai sebahagian daripada proses pemilihan kemasukan murid bagi sesi 2027.

Semoga Allah SWT memberikan kelancaran dan kebaikan buat semua calon. 🤲🏻

Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murabbi.

PERCUBAAN UPSRITI MURID TAHUN 5Hari ini telah bermula ujian percubaan UPSRITI bagi murid tahun 5.Moga dipermudahkan sega...
08/09/2026

PERCUBAAN UPSRITI MURID TAHUN 5

Hari ini telah bermula ujian percubaan UPSRITI bagi murid tahun 5.
Moga dipermudahkan segala urusan murid-murid tahun 5 untuk menjawab ujian percubaan ini.🤲🏼✨


[SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-69]SRITI Samad Gul mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-69 kepada ...
31/08/2026

[SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-69]

SRITI Samad Gul mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh warga sekolah serta rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan ini menjadi wadah untuk menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap tanah air serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan membentuk generasi yang berilmu, beradab, berakhlak dan bertanggungjawab dalam meneruskan pembangunan negara.

“Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera.” 🇲🇾

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan ke-69 daripada warga SRITI Samad Gul.

TAMRIN QIADI & BADAN BERUNIFORM (TAMQIN’26) SRITI SAMAD GUL 202625 – 27 Ogos 2026 | Selasa – Khamis📍 Peladang Setiu Agro...
25/08/2026

TAMRIN QIADI & BADAN BERUNIFORM (TAMQIN’26) SRITI SAMAD GUL 2026

25 – 27 Ogos 2026 | Selasa – Khamis
📍 Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu

Antara aktiviti yang bakal mengisi program ini ialah Night Trekking, Rafting, Flying Fox, Survival Program, Water Confident dan Explorace.

Semoga setiap aktiviti yang dilalui menjadi pengalaman bermakna buat para peserta, di samping dapat memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan keberanian.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Semoga TAMQIN’26 memberi manfaat, pengalaman serta kenangan yang baik kepada semua peserta.

[SIMULASI KEBAKARAN | SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG]Satu simulasi kebakaran telah dilaksanakan bagi memberi pengalaman ...
23/08/2026

[SIMULASI KEBAKARAN | SRITI SAMAD GUL RANTAU PANJANG]

Satu simulasi kebakaran telah dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada murid dan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Murid-murid berpeluang mempraktikkan proses keluar dari bangunan dengan teratur dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.

Semoga aktiviti ini dapat membentuk warga sekolah yang lebih peka, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

Address

KM12 Jalan RANTAU PANJANG
Rantau Panjang
17000

Telephone

+60103421766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Samad Gul Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category