Rumah Anak Yatim Kg. langsat Ranau

Rumah Anak Yatim Kg. langsat Ranau Page ini diwujudkan untuk mengumpulkan dana bagi membangunkan Sekolah Agama Rakyat Dan Rumah Anak Yatim Jannatul MURNI serta utk perkembangan semasa

14/05/2025
29/01/2025

Assalaamu alaikum.

Muslimin muslimat para pelabur saham akhirat,

Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah atau ringkasnya MRTMS kini memasuki tahun ke-13 beroperasi tanpa yuran bulanan dan tahunan kepada pelajar serta bergantung sepenuhnya dengan sumber tabung infaq selain sumbangan menerusi akaun MRTMS.

Bagi mendapatkan info selanjutnya tentang MRTMS, sila klik pautan yang disediakan di bawah

Untuk memudahkan para dermawan berinfaq secara atas talian, berikut kami kongsikan QR MRTMS.

Mari sama-sama berinfaq. Anda berinfaq, MRTMS terbantu. In syaa Allah, saham akhirat anda pasti berganda!

30/12/2024
19/12/2024
08/12/2024

PENAPIS AIR

Penapis air ini sangat besar peranannya bagi para penghuni kawasan Madrasah RTMS. Dengannya, penghuni madrasah mendapat bekalan air bersih untuk diminum.

Alhamdulillah, di Madrasah RTMS pihak pengurusan telah menyediakan 3 buah penapis air yang terletak di beberapa kawasan berbeza hasil sumbangan para penginfak.

Penapis air pertama terletak di dalam dapur utama Madrasah RTMS. Penapis air inilah yang paling awal dan paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS berbanding penapis air yang lain. Manakala penapis air kedua diletakkan di beranda surau berhampiran ruang solat para muslimin. Penapis ini sememangnya dikhaskan untuk kegunaan pelajar lelaki sahaja. Sementara penapis air ketiga p**a lokasinya di hadapan kediaman staf yang paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS iaitu, di ruang legar kediaman ustaz Faiz, berhampiran dengan kediaman pelajar muslimat dan ia khusus untuk pelajar wanita.

Begitulah pihak pengurusan menitikberatkan kebajikan para pelajar sehingga hal penapis air juga turut diberi perhatian. Sehingga kini pihak pengurusan masih menampung bayaran servis penapis-penapis air ini sekali gus mengganti peralatan yang perlu jika disyorkan oleh ahli servis. Begitu, agar ia terus dapat dimanfaatkan oleh para penghuni madrasah, in syaa Allah.

Pun, setiap kali air dari jabatan air dihentikan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan sebagainya, khidmat penapis air yang ada juga akan turut tergendala kerana pengeluaran airnya bergantung kepada tekanan air dari jabatan air daerah ini.

Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../

-Khaulah al-Azwar-

Address

Kampung Langsat , Peti Surat 764
Ranau
89308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak Yatim Kg. langsat Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Rumah Anak Yatim Kg. langsat Ranau:

Shortcuts

Share

Category