SK Tungou, Ranau

SK Tungou, Ranau Sekolah kecil di luar pekan Ranau yang bersempadan dengan daerah Tambunan. Terletak di Kg. Tungou di bahagian selatan Ranau.

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™SK Tungou mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.S...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™

SK Tungou mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Sempena sambutan ini, SK Tungou turut mengadakan beberapa aktiviti dan pertandingan untuk menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam kalangan murid.

✨ β€œMADANI Dihayati, UMMAH Diberkati” ✨

Semoga sambutan ini membawa keberkatan dan menyuburkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🀍

SK TUNGOU MELAKAR KEJAYAAN DI FESTIVAL INSANIAH 2026BEAUFORT, 22 Ogos 2026 – Alhamdulillah, pasukan SK Tungou, Ranau men...
24/08/2026

SK TUNGOU MELAKAR KEJAYAAN DI FESTIVAL INSANIAH 2026

BEAUFORT, 22 Ogos 2026 – Alhamdulillah, pasukan SK Tungou, Ranau mencipta kejayaan membanggakan dalam Festival Insaniah Asrama Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di SMK Weston, Beaufort pada 21 hingga 23 Ogos 2026.

Tiga penyertaan SK Tungou berjaya podium kesemuanya :
πŸ† Hafazan Lelaki (SR) – Naib Johan
πŸ† Hafazan Perempuan (SR) – Naib Johan
πŸ… Kuiz Ilmuan Cilik – Tempat Ke-4

Usai pertandingan, rombongan meneruskan perjalanan ke Sipitang dan seterusnya mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang, Tenom sebelum bertolak pulang ke Ranau.

Lebih daripada sebuah pertandingan, perjalanan ini menjadi pengalaman yang menyatukan kejayaan, ilmu dan kenangan buat murid serta guru pengiring.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan guru yang telah mengharumkan nama SK Tungou.

πŸ’š SK Tungou Ceria Gemilang, Melangkah ke Hadapan.
🌟 SK Tungou ke Arah Sekolah Neka Bitara.

TAHNIAH & SELAMAT BERTANDING! Warga SK Tungou mengucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada tiga orang wakil sekolah...
20/08/2026

TAHNIAH & SELAMAT BERTANDING!

Warga SK Tungou mengucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada tiga orang wakil sekolah dalam:

πŸ† KEJOHANAN PENTAQUE
PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

πŸ‘¦ Mohd Zaki bin Jamry
πŸ‘§ Siti Syarneh Aidah binti Juhairin
πŸ‘¦ Muhammad Ridwan bin Roslee

πŸ“… 22 Ogos 2026
πŸ“ Tuaran, Sabah

Teruskan semangat, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik! πŸ’ͺπŸ”₯

SK Tungou Ceria Gemilang,
Melangkah ke Hadapan!

🌟 SK Tungou ke Arah Sekolah Neka Bitara 🌟TAHNIAH & SELAMAT BERTANDING! πŸ†Warga SK Tungou mengucapkan tahniah dan selamat ...
20/08/2026

🌟 SK Tungou ke Arah Sekolah Neka Bitara 🌟

TAHNIAH & SELAMAT BERTANDING! πŸ†

Warga SK Tungou mengucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada peserta :
πŸ“š Kuiz Ilmuan Cilik
β€’ Ahmad Ammar Ar Rayyan bin Jainudin
β€’ Akif Izuddin bin Ardi
β€’ Muhammad Rusyaidy bin Rody
πŸ“– Hafazan (P)
β€’ Adwa Qisya binti Hasrin
πŸ“– Hafazan (L)
β€’ Izzat Adwa bin Muhidin

Festival Insaniah Asrama Malaysia
Peringkat Negeri Sabah 2026

πŸ“… 21–23 Ogos 2026
πŸ“ Beaufort, Sabah

SK Tungou Ceria Gemilang, Melangkah ke Hadapan.

TAHNIAH DAN SYABAS, SK TUNGOU! 20 Ogos 2026 -  Satu pencapaian yang amat membanggakan buat SK Tungou apabila sekolah ter...
20/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, SK TUNGOU!

20 Ogos 2026 - Satu pencapaian yang amat membanggakan buat SK Tungou apabila sekolah terus menyerlah dalam aspek kepimpinan, akademik, pendidikan al-Quran dan pemulihan khas. Pencapaian PBD Cemerlang, Sekolah Model al-Quran, Pemulihan serta pencapaian KPI JPN membuktikan bahawa usaha yang konsisten mampu menghasilkan kejayaan yang bermakna.

Lebih membanggakan, Encik Mohd Hafiz Stephen Abdullah, Guru Besar SK Tungou, menerima Anugerah Kepimpinan Instruksional Sekolah Rendah, sebagai penghargaan terhadap kepimpinan beliau dalam menerajui sekolah.

Tahniah juga kepada Cikgu Siti Milia @ Emmy binti Giak dan Encik Mohd Effendee bin Ibrahim atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sumbangan dan dedikasi warga pendidik menjadi sebahagian daripada kekuatan yang menggerakkan kejayaan sekolah.

Setiap anugerah membawa cerita tentang usaha, kesungguhan dan kebersamaan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat warga SK Tungou untuk melangkah lebih jauh.

SK Tungou Ceria Gemilang, Melangkah ke Hadapan! πŸ†βœ¨

Semoga berjaya St. Benedict, Ranau. Ayuh!  beri sokongan 🌹
14/08/2026

Semoga berjaya St. Benedict, Ranau. Ayuh! beri sokongan 🌹

🏸 SYABAS DAN TAHNIAH! NAIB JOHAN BADMINTON PERINGKAT NEGERI SABAHKOTA KINABALU, 9 Ogos 2026 – Syabas dan tahniah diucapk...
09/08/2026

🏸 SYABAS DAN TAHNIAH! NAIB JOHAN BADMINTON PERINGKAT NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 9 Ogos 2026 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puteri Effa Armeza binti Musilin dan Wafa Wardah binti Abdullah atas kejayaan meraih Naib Johan Badminton sempena Karnival Seni dan Sukan Asrama Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026.

Kejohanan yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2026 di Kota Kinabalu, Sabah. Kedua-dua murid beraksi dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan dalam memberikan saingan terbaik.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan SK Tungou, malah membuktikan bahawa usaha gigih, latihan berterusan dan semangat tidak mudah berputus asa mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan.

Tahniah kepada Puteri Effa Armeza dan Wafa Wardah, serta penghargaan kepada guru pembimbing, jurulatih, pihak sekolah dan semua yang telah memberikan sokongan sepanjang penyertaan mereka.

SK Tungou Ceria Gemilang, Melangkah ke Hadapan.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada SK Tungou Ranau atas pengiktirafan Sekolah Inspirasi di bawah Program Prakarsa Penin...
08/08/2026

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada SK Tungou Ranau atas pengiktirafan Sekolah Inspirasi di bawah Program Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah di bawah Reformasi Sekolah RPM 2026-2035.

Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Ranau (PPD Ranau) kerana telah memberi kepercayaan dan peluang atas pengiktirafan Sekolah Inspirasi ini.

Sejajar dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035, SK Tungou akan terus komited memperkukuh mutu pendidikan, melahirkan Insan Sejahtera secara holistik, membentuk murid cemerlang akademik dengan sahsiah yang tinggi dan membina keupayaan untuk berdaya saing di peringkat global.


Pihak sekolah mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan regu Badminton SK Tungou yang akan mewakili PPD Ranau ke Kar...
01/08/2026

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan regu Badminton SK Tungou yang akan mewakili PPD Ranau ke Karnival Seni dan Sukan Kategori Badminton Asrama Harian Malaysia Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.

Selamat bertanding adik Wafa dan Puteri 🌹.
SK Tungou Ceria Gemilang, Melangkah ke Hadapan.

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID SUKSES 5.0 PERINGKAT ZON SABAH | 22 JULAI 2026 | ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALUSetiap ...
26/07/2026

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID SUKSES 5.0 PERINGKAT ZON SABAH | 22 JULAI 2026 | ADTEC JTM KAMPUS KOTA KINABALU

Setiap cita-cita bermula dengan sebuah impian.

Hari ini murid-murid berpeluang meneroka dunia kerjaya melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat dalam Karnival Pendidikan Kerjaya.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk mereka terus belajar, berusaha dan berani mengejar impian.

Terokai Minat, Kenali Diri, Cipta Masa Depan Gemilang.

.0

Address

SK Tungou, Peti Surat 93
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:20
Tuesday 07:30 - 13:20
Wednesday 07:30 - 13:20
Thursday 07:30 - 13:20
Friday 07:30 - 11:50

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tungou, Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Tungou, Ranau:

Shortcuts

Share