03/03/2025
https://www.facebook.com/share/15xsu8BKSX/
๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐๐ฐ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ ๐คฒ๐ฟ
Lebon Botong merupakan antara watak yang amat penting bagi perkembangan Pengislaman saudara baru di Negeri Sabah.
Lebon Botong yang dahulunya tidak beragama (pagan) telah terbuka hati untuk memeluk Islam dengan membawa nama Mohd Nazri Abdullah, walau pernah amat membenci kepada Islam.
Setelah Syahadah memeluk Islam, Nazri aktif dalam mengembangkan agama Islam di Sabah hingga menubuhkan secara bersama Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah (MRTMS) untuk membantu saudara baru dan mengembangkan syiar Islam di Negeri Sabah.
Ikuti episod yang menceritakan tentang kisah Mohd Nazri Abdullah Atau Lebon Botong bersama Elmy Wati Sualin, Rozzie Majin, Mohd Faiz Hadimin, Mohammad Faizul, Teffiny Christie Teunik dan Nurul Hafirah Erica Ho Eric Martin Ho Chee Min yang dibawakan khas oleh RTM dari Kampung Lohan, Ranau, Sabah ke ruang siaran anda.
Episod 3 bertajuk Syahadah Lebon Botong, Program Dokumentari Syahadah tahun 2025 ini diarahkan oleh Azry Ahmad Mustafa Hadi, menemui penonton pada 4 Mac (Selasa), pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang di saluran TV1 dan juga menerusi platform RTMKlik https://rtmklik.rtm.gov.my
terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV (UMDTV) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).
๐บ๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐
๐๐ ๐จ๐-๐ด๐๐๐๐๐๐