SK Pekan 1 Ranau

SK Pekan 1 Ranau Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau (2006) kini telah menjangkau usia lebih kurang 70 tahun. Tapak asal sekolah ini bukanlah pada tapak yang ada pada masa sekarang.

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 15.07.1936 oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Kabindong Bin Gawak yang pada waktu itu merupakan seorang Ketua Anak Negeri. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya dikenali sebagai Venecolar School yang dikendalikan oleh guru-guru yang dibayar gaji oleh ibu bapa murid. Tapak asal sekolah ini dibina lebih kurang 500 meter ke arah Timur Laut d

aripada tapak sekolah pada masa kini. Bangunan asal sekolah pada masa tersebut hanya merupakan sebuah bangunan buluh beratapkan rumbia. Bangunan itu didirikan setelah permohonan Encik Kabindong diluluskan. Pada tahun 1950, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak baru berhampiran dengan Hospital Daerah Ranau. Kedudukan tapak kedua ini lebih kurang 200 meter ke utara daripada tapak sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah tersebut bertahan selama 10 tahun dan dikenali sebagai Government Primary School. Pada tahun 1960, sekolah tersebut berpindah untuk kali ketiganya ke tapak sekolah sekarang. Pada awalnya, bangunan sekolah ini hanya terdiri daripada dua blok bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah berserta dua buah rumah guru. Bangunan ini berlantaikan simen, beratapkan zink dengan dindingnya daripada kayu dan batu-batan daripada sungai Liwagu. Pertambahan jumlah murid dari masa ke semasa telah memerlukan pertambahan bilik darjah. Pada tahun 1975, pihak syarikat Mamut Copper Mine telah menyumbangkan pembinaan sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua buah bilik darjah. Pada tahun 1986 di bawah program “Projek Kilat” Jabatan Pendidikan Sabah telah membina sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah untuk sekolah ini. Pada tahun 1992 sebuah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibangunkan di bawah program yang sama. Dua daripada empat buah bilik darjah tersebut telah dijadikan bilik guru dan bilik pentadbiran. Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru telah didirikan di bawah program “Projek Kecemerlangan” . Bangunan ini mengandungi empat buah kelas dan kos pembinaannya adalah daripada individu, ibu bapa dan pemimpin masyarakat. Pada tahun 1997, sebuah bangunan kayu telah didirikan dibawah program “sumbangsih”. Bangunan ini mengandungi dua buah kelas dan kos pembinaannya telah dibiayai oleh guru-guru dan kakitangan bukan mengajar di sekolah ini. Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau telah menjangkau usia 46 tahun berada di tapaknya sekarang dan 70 tahun sejak sejarah penubuhannya. Sekolah ini kini mengandungi sembilan buah bangunan dengan 13 buah bilik darjah termasuk sebuah surau, sebuah Pusat Sumber dan sebuah bilik gerakan. Pada masa kini sekolah ini mempunyai 641 orang pelajar. Sumbangan sekolah ini terhadap pendidikan negara amat bernilai dan telah melahirkan ramai murid yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR. Memandangkan kawasan sekolah ini amat terhad, satu kawasan tapak baru perlu dikenalpasti untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah murid yang meningkat setiap tahun.

Pasukan Bola Sepak Sk Pekan Ranau.. 🔥🔥🔥
09/10/2023

Pasukan Bola Sepak Sk Pekan Ranau.. 🔥🔥🔥

Semoga Tahun 2015 membawa kecemerlangan kpd adik2 semua..selamat kembali ke sekolah..
12/01/2015

Semoga Tahun 2015 membawa kecemerlangan kpd adik2 semua..selamat kembali ke sekolah..

07/09/2013

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kpd murid2 sk pekan ranau..
Usaha+Doa+Tawakal = Kejayaan...
Jgn gementar semasa menjawab soalan, banyakkan berDOA...
Semoga BERJAYA semuanya... :)

01/01/2013

Selamat Tahun Baru semua...esok mula sudah persekolahan kan..anak-anak murid semua suda ready brg utk blajar ka? buku,pen,pensel,beg,kasut?...untuk Guru-guru harap bersemangat di hari pertama persekolahan,Tahun Baru-Azam Baru.. :) Selamat Belajar dan Selamat Mengajar...

Yang tinggal jauh bolehlah balik awal hehe...Terima Kasih KPM
02/08/2012

Yang tinggal jauh bolehlah balik awal hehe...Terima Kasih KPM

31/07/2012

Selamat Berpuasa dan selamat menunaikan ibadah Tarawih kpd muslimin dan muslimat. Semoga amal kita tahun ini diterima dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin~

09/06/2012

Esok last cuti sekolah utk adik-adik..cuti bagaimana?? mesti belum puas kan hehe..walau bagaimanapun telah menjadi tugas adik-adik untuk belajar, jadi jgn malas-malas pg skolah nanti..barang keperluan sekolah sudah beli?? READY for SEMESTER 2 yg bakal menjelang..

25/05/2012

Selamat bercuti kpd murid-murid dan guru-guru SK pekan Ranau..murid-murid jgn telampau enjoy ok..ready utk menghadapi semester 2 persekolahan nanti..:D

16/05/2012

Selamat menyambut Hari Guru kpd semua cikgu SK Pekan Ranau khususnya, amnya kpd semua cikgu di Malaysia. Semoga terus berjuang mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna. Terima Kasih cikgu, jasa anda tetap dalam ingatan kami.

18/04/2012

Sekarang Sk Pekan 1 sudah ditukar menjadi Sk Pekan Ranau..tp rasanya nama SK Pekan 1 Ranau lebih BERGAYA kan hehe..Like Like Like...

17/04/2012

Address

Peti Surat 4
Ranau
89307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pekan 1 Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category