12/05/2026
Pertandingan Badminton bawah 12 Tahun peringkat Zon Ulu Sugut tela pun dilaksanakan pada fasa 1 Karnival Sukan Permainan Zon Ulu Sugut pada 7 dan 8 April 2026 lepas. Seperti kebiasaannya, sukan badminton ini juga merupakan antara penyumbang emas yang konsisten kepada pasukan Sk Kaingaran Ranau serta sering melahirkan pemain badminton berbakat hingga ke peringkat negeri. Dan pada edisi kali ini, sekali lagi pasukan badminton Sk Kaingaran tidak mengecewakan dengan membawa pulang dua emas dari acara perseorangan lelaki dan perempuan serta Perak dalam bergu lelaki. Seorang pemain perseorangan lelaki iaitu adik Calvine berjaya mengorak langkah hingga ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan❤️