Kafa Sk Putrajaya 17-1

Kafa Sk Putrajaya 17-1

Share

�Pengajian Fardu Ain & Al-Quran
�Fokus Sahsiah & Ilmu Wahyu
� Info Rasmi & Aktiviti Sekolah

01/06/2026

✨ PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SESI 2027✨

📆 Tarikh Permohonan dibuka: 1 Jun hingga 30 Jun 2026

📝 Cara Pendaftaran: Secara atas talian
📱Imbas Kod QR yang telah dikongsikan.

📍Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 6 tahun (lahir pada 2 Jan 2021 - 1 Jan 2022) atau
- Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 - 1 Jan 2021)
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan

Tempat adalah terhad.
📍First come basis.


Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 16/03/2026

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN & KHATAM AL-QURAN SKPP 17 (1)

ISNIN (16 Mac 2026) – Alhamdulillah, Majlis Penutup Ihya Ramadan dan Khatam Al-Quran warga SKPP 17 (1) telah berjalan dengan lancar hari ini.

Majlis diserikan dengan acara perarakan masuk serta upacara Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh barisan guru SKPP 17 (1) dan ustaz-ustaz KAFA. Acara diteruskan dengan persembahan murid serta penyampaian hadiah pertandingan bagi peringkat sekolah dan KAFA.

Terima kasih kepada semua guru dan murid atas disiplin serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga segala pengisian sepanjang bulan Ramadan ini membawa keberkatan buat seluruh warga SKPP 17 (1). 🤲

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 05/03/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2026 KAFA SKPP 17 (1)

KHAMIS (5 Mac 2026) – Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 2026 bagi warga KAFA SK Putrajaya Presint 17 (1) telah berlangsung dengan jayanya petang tadi bertempat di dataran sekolah.

Majlis ini merupakan tirai pembuka bagi rangkaian aktiviti kerohanian yang telah dirancang sepanjang bulan mulia ini untuk menyuburkan amalan ibadah dalam kalangan murid-murid.

🌸 Tadarus Al-Quran Harian: Murid-murid akan dibimbing untuk membaca Al-Quran secara berkumpulan di dalam kelas setiap petang sebelum pulang bagi menghidupkan budaya cinta Al-Quran.

🌸 Pembangunan Sahsiah: Pelbagai pengisian seperti Tazkirah Nuzul Al-Quran dan Pertandingan Pesan Ramadhan turut dianjurkan bagi membentuk akhlak murid yang berdisiplin dan pemurah.

🌸 Majlis Khatam Al-Quran: Sebagai kemuncak program, Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya’ Ramadhan akan dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran atas pengisian sepanjang bulan Ramadhan.

Semoga segala pengisian ini menjadi ladang pahala dan memberikan impak positif kepada rohani anak-anak didik KAFA SKPP 17 (1) dalam mengejar keberkatan bulan Ramadhan yang mulia. 🤲✨

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 28/02/2026

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPKK TAHUN 2025 KAFA SKPP 17 (1)

JUMAAT (27 Feb 2026) – Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Keputusan UPKK Tahun 2025 bagi warga KAFA SK Putrajaya Presint 17 (1) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan SKPP 17 (1).

Majlis ini telah menyaksikan debar dan kegembiraan murid-murid saat menerima keputusan masing-masing setelah sekian lama berusaha.

🌸 Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima keputusan. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh dan kesabaran kalian sepanjang pengajian.

🌸 Sekalung penghargaan buat semua Ustaz & Ustazah, terutamanya tenaga pengajar kelas UPKK, yang telah memberikan bimbingan terbaik sehingga majlis hari ini dapat dijalankan dengan penuh kesyukuran.

🌸 Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas komitmen serta sokongan padu yang diberikan demi kejayaan anak-anak didik kita.

Semoga keputusan ini menjadi batu loncatan untuk anak-anak didik KAFA SKPP 17 (1) terus memacu kecemerlangan di dunia dan akhirat. 🤲✨

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 23/02/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-2 KAFA SKPP 17 (1)

ISNIN (23 Feb 2026) – Alhamdulillah, perhimpunan mingguan telah berjalan lancar hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Danial, nyanyian lagu rasmi, serta alunan Asmaul Husna.

Antara pengisian utama:
• Laporan Guru Bertugas: Ustazah Liliyana (Minggu 1) & Ustazah Nashrah (Minggu 2).

• Pesanan Mingguan: Ustazah Siti Nurul Izati (Guru Disiplin).

Terima kasih kepada semua guru dan murid atas disiplin yang diberikan. Semoga minggu ini diberkati buat semua warga KAFA SKPP 17 (1). 🤲💐

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 23/02/2026

PROGRAM SOLAT ZOHOR BERJEMAAH SEPANJANG BULAN RAMADAN

ISNIN (23 Feb 2026) – Alhamdulillah, bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang bakal tiba, pihak KAFA akan melaksanakan Program Solat Zohor Berjemaah secara berperingkat di dataran.

Program ini melibatkan semua murid mengikut jadual yang telah ditetapkan:

• Hari Isnin: Murid Tahun 3 & 4 (1.30 – 2.00 petang)
• Hari Selasa: Murid Tahun 1 & 2 (1.30 – 2.00 petang)
• Hari Khamis: Murid Tahun 5 & 6 (1.30 – 2.00 petang)

Semoga usaha kecil ini mendidik jiwa anak-anak didik KAFA SKPP 17 (1) untuk terus istiqamah dalam menunaikan solat. 🤲

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 09/02/2026

PERHIMPUNAN MINGGUAN KAFA SKPP 17 (1)

ISNIN (9 Feb 2026) – Alhamdulillah, perhimpunan mingguan warga KAFA telah berjalan dengan lancar hari ini.

Majlis diisi dengan nyanyian lagu rasmi serta penyampaian amanat daripada Ketua Guru dan Guru Bertugas.

Terima kasih kepada semua guru dan murid atas disiplin serta kerjasama yang diberikan.

Semoga minggu ini penuh keberkatan buat anak-anak didik KAFASKPP 17 (1). 🤲

Photos from Kafa Sk Putrajaya 17-1's post 30/01/2026

MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL BUAT ALLAHYARHAM GURU BESAR SKPP 17 (1)

JUMAAT (30 Jan 2026)– Satu majlis bacaan Yassin telah diadakan dengan penuh hiba bagi mengenang kepulangan Allahyarham Cikgu Sulaiman bin Rizlan, Guru Besar SK Putrajaya Presint 17 (1) yang telah kembali ke rahmatullah.
Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsung majlis bacaan Yassin & Tahlil buat Allahyarham di Dataran KAFA.

Kehadiran seluruh warga KAFA SK Putrajaya Presint 17 (1) membuktikan betapa besarnya kasih kami buat Allahyarham. Kami berdoa agar Allah SWT menerima segala amal bakti beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini dan memberikan ketabahan buat keluarga yang ditinggalkan.

Segala jasa, keringat, dan bimbingan yang telah dicurahkan oleh Allahyarham dalam mendidik anak bangsa di sekolah ini akan sentiasa terpahat di sanubari. Terima kasih Cikgu atas segala-galanya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah. 🤲

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


1, Jalan P17 C, Presint 17
Putrajaya
62150