13/06/2026
🕋 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐀𝐁𝐀𝐇: 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐂𝐈𝐋𝐈𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 🕋
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Program Lambaian Kaabah: Simulasi Haji Cilik 2026 yang dianjurkan oleh Panitia Feqah SRITI Ibnu Falah Putrajaya.
Program ini memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai pengalaman melaksanakan ibadah haji secara praktikal melalui simulasi yang dijalankan. Murid-murid didedahkan dengan rukun dan wajib haji serta tatacara pelaksanaan ibadah haji dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan kefahaman, penghayatan serta kecintaan murid-murid terhadap salah satu rukun Islam yang agung ini.
Jazakumullahu khairan kepada semua guru, petugas dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
🕋 "Labbaikallahumma Labbaik..."
11/06/2026
🚑 PROGRAM MEDIK AMAL PERINGKAT WILAYAH 2026 🩺
Alhamdulillah,Program Medik Amal Peringkat Wilayah 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pendedahan rawatan awal yang patut dilakukan.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghadapi situasi kecemasan dengan lebih yakin, cekap dan berkesan. Melalui sesi teori dan amali, para peserta didedahkan dengan langkah-langkah rawatan awal yang boleh menyelamatkan nyawa sebelum bantuan perubatan profesional tiba.
Terima kasih kepada semua wakil Jabatan Amal yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan masyarakat.
10/06/2026
🕋 PROGRAM LAMBAIAN KAABAH
Simulasi Haji Cilik 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Panitia Feqah akan mengadakan Program Lambaian Kaabah (Simulasi Haji Cilik) seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat)
🏫 Tempat: Taman Laman Duta
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
🧥 Pakaian: Jubah Maroon
📋 Barang Yang Perlu Dibawa:
🔹 Botol air
🔹 Kain ihram / selimut putih (Banin)
🔹 Pin kain ihram (Banin)
🔹 Telekung lengkap (digalakkan berwarna putih) (Banat)
ℹ️ Perhatian:
✅ Tidak perlu membawa buku.
✅ Waktu persekolahan adalah seperti biasa.
Semoga program ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta meningkatkan kefahaman murid tentang ibadah haji.
🕋✨
10/06/2026
🌟 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐁𝐍𝐔 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 🌟
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan bermakna pada 9 Jun 2026 yang lalu.
Bertemakan “Guru Haraki: Pemangkin Kekuatan Jemaah”, sambutan ini menjadi wadah penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membimbing akhlak dan membentuk generasi pewaris ummah.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi meraikan jasa dan pengorbanan para guru yang sentiasa komited dalam mendidik anak-anak SRITI Ibnu Falah Putrajaya.
🌹 Terima kasih kepada semua guru atas kesungguhan, keikhlasan dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang menjalankan amanah pendidikan.
"Guru membangun jiwa, membentuk generasi, memacu peradaban."
Semoga segala usaha dan khidmat bakti para pendidik diberkati Allah SWT serta terus dikurniakan kekuatan dalam mendidik anak bangsa dan membina generasi rabbani.
✨ Selamat Hari Guru 2026 Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang Sepanjang Zaman.
05/06/2026
🌟 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌟
“Guru Haraki: Pemangkin Kekuatan Jemaah”
SRITI Ibnu Falah Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik, membimbing serta membentuk generasi pewaris ummah.
📚 Pendidik yang membangun jiwa, membentuk generasi, memacu peradaban.
🎉 Sambutan Hari Guru 2026
📅 9 Jun 2026 (Selasa)
🕢 7.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Dewan Ibnu Battuta
👔 Tema Pakaian: Ilmuan Islam
Marilah kita bersama-sama menghargai insan bergelar guru yang menjadi obor penerang dalam perjalanan ilmu dan kehidupan.
✨ Terima kasih, cikgu. Jasamu tiada tara, baktimu kekal selamanya.
04/06/2026
SELAMAT PENGANTIN BAHARU
Warga SRITI Ibnu Falah mengucapkan selamat pengantin baharu buat Ustazah Asmida dan pasangan yang telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.
بَارَكَ اللهُ لكما وَبَارَكَ عليكما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ
Semoga bait muslim yang dibina ini mendapat keredhaan Allah SWT dan berkekalan hingga ke Syurga. 💕
Selamat melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
27/05/2026
🌙✨𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇✨🌙
Seluruh warga pendidik & kakitangan
SRITI Ibnu Falah Putrajaya mengucapkan:
🕌 Selamat Hari Raya Aidiladha
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.
Firman Allah SWT:
﴿ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴾
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.”
(Surah al-Kautsar: 2)
💚 Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT.
25/05/2026
🌙 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐖𝐈𝐘𝐀𝐇 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 🌙
🗓️ 25 Mei 2026 (Isnin) — 8 Zulhijjah 1447H
🗓️ 26 Mei 2026 (Selasa) — 9 Zulhijjah 1447H
Hari-hari yang penuh keberkatan ini merupakan peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amal kebaikan 🤲✨
🌿 Hari Tarwiyah
Hari persiapan hati menuju Arafah dengan bekal taqwa, niat yang ikhlas dan hati yang bersih.
🌿 Hari Arafah
Hari yang sangat mulia, hari diampunkan dosa dan dimakbulkan doa.
Jom sama-sama rebut peluang 10 hari terawal Zulhijjah dengan:
📖 Memperbanyakkan tilawah al-Quran
🤲 Berdoa dan beristighfar
💚 Bersedekah dan melakukan amal kebajikan
🕌 Menjaga akhlak serta mengeratkan ukhuwah
“Tidak ada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari Arafah.”
(HR. Muslim)
24/05/2026
📢 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔
Warga SRITI Ibnu Falah mengucapkan Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 🌙✨
Semoga anda semua selamat dan setiasa dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
📅 Cuti: 23/5/2026 – 7/6/2026
🏫 Sekolah mula beroperasi semula pada 8/6/2026
22/05/2026
🌿𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍🌿
Hari ini menjadi saksi kepada sebuah pertemuan dan perpisahan yang penuh bermakna buat warga SRITI Ibnu Falah Putrajaya. 💐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
✨ Ustaz Ahmad Munzir bin Norman
✨ Puan Nurul Ashsyafiqa binti Ros Azizi
Sesungguhnya setiap usaha, penat lelah dan kebaikan yang dicurahkan amat bermakna buat seluruh warga sekolah. Kehadiran kalian meninggalkan seribu kenangan indah dan jasa yang akan sentiasa dikenang. 🤍
Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat serta terus cemerlang walau di mana jua berada.
Terima kasih atas segala khidmat dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang bersama keluarga besar SRITI Ibnu Falah Putrajaya. 🌷
Jazakumullahu khairan kathira.