05/05/2026
"Ayah, kenapa orang kata Money is Power?"
Soalan ni datang dari game yang dia main. Begitulah anak-anak kita, mereka kutip maklumat dari macam-macam sumber. Kalau kita tak 'tapis' dan 'tambah' nilai, mereka akan telan bulat-bulat apa yang dunia sajikan.
Saya s**a nak share perbualan kami dalam kereta.
🎙️ Sesi Deep Talk: Ayah & Anas
Ayah: "Anas rasa, apa guna duit?"
Anas: "Beli baranglah!"
Ayah: "Betul. Orang cakap Money is Power sebab duit boleh beli macam-macam. Makanan, baju, mainan, kereta... Tapi betul ke duit ni paling 'power'?"
Anas: "Mestilah Allah lagi power!" ( Jawapan standard anak soleh 😄 .. mungkin juga masih kuat membekas tadabbur surah Al-Ikhlas ).
Ayah: "Betul, tapi ada benda dalam diri kita yang lagi power dari duit. Tahu tak, orang kata duit itu power sebab ia bukan setakat boleh beli barang, tapi boleh 'beli orang'."
Ayah bagi contoh: "Katakan Orang A bagi RM1 Juta dekat Orang B, suruh dia berlakon jadi kambing. Orang B pun buat sebab nak duit tu."
Anas: "Ooo Anas tahu! Macam Orang A pukul Orang B, lepas tu dia bagi duit suruh Orang B menipu kata dia tak pukul. Orang B pun menipu sebab dapat duit!"
✨ Poin Kritikal: Bila Duit Jadi "Kalah"
Ayah terus bawa Anas berfikir lebih dalam:
"Sebenarnya, tak semua orang akan ambil duit tu dan buat apa yang disuruh. Masa itulah maksudnya duit dah kalah. So, duit tak ada lah power sangat, kan?"
Apa yang lebih power dari duit?
Duit Adalah Ujian: Ia alat. Boleh guna buat baik (sedekah, dakwah) atau buat jahat (judi, rasuah).
Iman Adalah Perisai: Kita orang Islam yakin ada dosa, pahala, syurga, dan neraka.
Inilah 'Superpower' Kita: Kerana IMAN, kita tak boleh dibeli dengan duit untuk buat jahat. Bila iman kuat, duit hilang kuasanya untuk kawal prinsip kita.
💡 Refleksi Untuk Ibu Bapa.
Mungkin di akhir perbualan anak kita nampak distracted atau dah mula nak main benda lain. Tak apa, jangan paksa. Cukup sekadar kita dah tanam benih berfikir dalam minda mereka.
Tugas kita bukan sekadar bagi mereka duit belanja, tapi ajar mereka supaya TIDAK DIKONTROL oleh duit bila dah besar nanti.
"Duit di tangan, Iman di hati."
Siapa pernah ada momen 'Deep Talk' macam ni dengan anak? Alhamdulillah.
02/05/2026
“KENAPA ORANG ISLAM TAK MENANG AYAH?”
Tengah memandu ke taman, tiba-tiba Anas tanya soalan random yang buat saya "excited" nak bersembang lebih dalam.
"Orang 'is**' tu ramai ke ayah? Kenapa sampai hari ni dia berani bunuh orang Islam?"
Saya jawab dengan tenang, "Tak Anas, diorang sikit je. Orang Islam jauh lagi ramai. Tapi... kita tak kuat."
MISI MENJADI MUKMIN YANG KUAT 💪
Kebetulan kami memang tengah sembang topik jadi Mukmin yang kuat sambil nak pergi bers**an.
"Anas, badan kena kuat, otak kena cerdas. Tapi semua kena buat kerana Allah. Baru dapat pahala."
"Macam mana badan kuat untuk Allah?" soal Anas.
"Bila badan sihat, nak solat lebih khusyuk. Nak pergi belajar pun cergas. Malah, kalau Anas main (bers**an) pun boleh dapat pahala, janji niat kerana Allah dan mula dengan Bismillah."
IBARAT 'BUIH' DI TAMAN.
Habis jogging, kami main bubble. Sambil buih-buih tu berterbangan, saya teringat pesan Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman.
"Anas, tengok bubble ni. Banyak tak?"
"Banyak sangat!"
"Tapi bila Anas tepuk, apa jadi?"
"Pecah! Tak tepuk pun dia pecah sendiri."
Saya tunduk dan pandang mata dia.
"Anas tau, Nabi Muhammad SAW pernah pesan dulu. Akan sampai satu masa, umat Islam ni ramai sangat, tapi mereka lemah macam buih di lautan."
"Kenapa jadi macam tu ayah?"
"Sebab dalam hati ada penyakit 'Al-Wahan'. Iaitu terlalu cintakan dunia dan takut mati. Jadi kita nampak ramai, tapi tak ada kekuatan sebab masing-masing jaga diri sendiri je."
JANGAN JADI KUAT SEORANG DIRI
"Sebab tu Anas kena kuat. Tapi Anas tak boleh kuat sorang-sorang. Kena ajak kawan-kawan jadi kuat dan baik sekali. Barulah kita jadi ramai yang berkualiti, bukan ramai yang kosong macam buih."
Moga-moga analogi bubble dan pesanan Nabi ni lekat dalam jiwa anak. Kita tak perlukan 'angka' semata-mata, kita perlukan 'kekuatan' yang berpaksikan iman.
28/04/2026
Anak bukan tak nak baca Quran, tapi dia sedang copy-paste kita.
Ramai ibu bapa mengeluh, bertanya bagaimana mahu memupuk minat dan rasa sayang anak kecil pada Al-Quran. Jawapannya sering kali bermula daripada diri kita sendiri.
Anak-anak ini ibarat kertas putih. Apa yang kita coretkan di atasnya, itulah yang akan kekal. Karakter dan tabiat mereka selalunya adalah hasil peniruan langsung atau "copy-paste" daripada apa yang mereka lihat kita lakukan setiap hari.
Jika kita mahu mereka mengagungkan Al-Quran, keutamaan paling besar adalah mereka perlu nampak kita sendiri mencintai kitab itu terlebih dahulu. Biarlah mereka membesar dengan melihat Al-Quran itu sentiasa terbuka di rumah, dibaca dengan tekun, dan dijadikan rujukan utama dalam kehidupan, bukannya sekadar hiasan di rak yang berhabuk.
Mulakan dengan rasa cinta, bukan bebanan
Pendidikan awal yang paling penting adalah mengenalkan mereka kepada siapa Pencipta Al-Quran itu.
Sebaik sahaja lidah anak mula pandai bercakap, tuntunlah mereka dengan kalimah Tauhid. Biarkan lafaz "Laa ilaha illallah" menjadi kalimat pertama yang tersemat kemas dalam hati mereka.
Tanamkan rasa cinta kepada Allah melalui cerita tentang nikmat-Nya—cerita tentang tubuh badan yang sihat, makanan yang sedap, dan alam yang indah. Apabila anak sudah kenal dan cinta pada Allah, mereka akan lebih mudah menghargai Al-Quran sebagai sebuah "surat cinta" daripada Pencipta mereka.
Gunakan pendekatan yang berperingkat
Jangan sesekali kita bebankan jiwa kecil mereka dengan teori yang rumit atau paksaan yang keras. Mulakan dengan surah-surah pendek. Biarkan mereka rasa seronok dan rasa berjaya setiap kali dapat menghafal waupun satu ayat.
Gunakan kekuatan bercerita. Kisah para Nabi, kisah Luqman al-Hakim, atau penghuni gua (Ashabul Kahfi) selalunya sangat menarik perhatian kanak-kanak. Melalui kisah-kisah ini, mereka akan sedar bahawa Al-Quran bukan sekadar bacaan ritual, tetapi panduan hidup yang nyata.
Al-Quran sebagai lampu suluh kehidupan
Kita boleh terangkan kepada anak bahawa hidup tanpa panduan ibarat berjalan dalam gelap tanpa lampu. Al-Quran adalah "manual" untuk berjaya.
Dengan membacanya, mereka akan membina satu "pengawas dalaman" (muraqabah) dalam diri. Walaupun tanpa pengawasan mata kita sebagai ibu bapa, mereka tahu mereka sentiasa dijaga dan dipantau oleh Allah.
Cari waktu-waktu emas
Rasulullah SAW selalu menggunakan momen santai untuk menyampaikan pesanan yang mendalam. Antara waktu terbaik adalah selepas solat atau sebelum mereka melelapkan mata.
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat mahal harganya. Gunakan masa itu untuk membisikkan kata-kata halus, bercerita tentang keagungan ayat Allah, dan tiuplah di ubun-ubun mereka sebagai doa. Biarkan mereka tidur dalam keadaan hati yang tenang dodoikan kalam-Nya.
Hadiah yang paling agung
Akhir sekali, berikan mereka motivasi. Beritahu mereka bahawa setiap ayat yang mereka baca bukan sahaja bermanfaat untuk diri mereka sendiri, tetapi ia adalah hadiah paling istimewa buat ibu bapa.
Janji Rasulullah itu benar; anak yang mencintai Al-Quran akan memakaikan mahkota cahaya buat orang tuanya di syurga nanti.
Mendidik anak bukan tentang seberapa cepat mereka khatam, tetapi tentang seberapa dalam Al-Quran itu meresap ke dalam jiwa mereka. Biarlah mereka melihat Al-Quran sebagai teman setia, bukannya satu bebanan.
Semoga nukilan ringkas ini bermanfaat untuk kita semua yang sedang berusaha mendidik amanah Allah ini.
27/04/2026
5 Salah Faham Tentang Tadabbur — Untuk Kita Yang Nak Dekat Dengan Al-Quran
Ramai ibu ayah sebenarnya ada keinginan nak lebih rapat dengan Al-Quran.
Nak baca, nak faham, nak ajar anak…
Tapi selalu terhenti di tengah jalan.
Bukan sebab tak mampu.
Tapi sebab beberapa salah faham yang kita tak sedar.
Jom kita betulkan, perlahan-lahan.
---
1. “Tadabbur tu susah…”
Kadang kita rasa Al-Quran ni terlalu tinggi untuk difahami.
Padahal Allah sendiri dah beritahu:
Al-Quran itu dimudahkan untuk diambil pelajaran (Surah Al-Qamar 54:17).
Maknanya, ia bukan hanya untuk orang pandai.
Ia untuk kita… termasuk kita yang sedang belajar.
---
2. “Ini kerja ustaz, bukan aku”
Kita selalu rasa kena tunggu jadi ‘pandai’ dulu.
Hakikatnya, Al-Quran diturunkan untuk semua manusia.
Allah sendiri tanya:
“Tidakkah mereka mentadabburi Al-Quran?” (47:24)
Soalan ni bukan untuk ulama sahaja.
Tapi untuk kita—ibu ayah, yang sedang membina keluarga.
---
3. “Aku baca dah cukup, janji pahala jalan”
Memang benar, setiap huruf ada ganjaran.
Tapi Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca.
Allah turunkan supaya kita fikir dan ambil pengajaran (38:29).
Anak-anak kita bukan hanya perlukan kita membaca,
tapi perlukan kita hidup dengan Al-Quran.
---
4. “Nanti dah pandai tafsir baru mula”
Ini antara yang selalu buat kita tangguh.
Sedangkan tadabbur boleh bermula dengan sangat sederhana:
baca satu ayat,
kemudian tanya diri…
“Apa Allah nak ajar aku hari ini?”
Tak perlu tunggu sempurna.
Yang penting, mula.
---
5. Lancar baca, tapi tak sampai ke hati
Kadang kita fokus betulkan sebutan,
tapi terlepas makna.
Sedangkan Al-Quran diturunkan untuk mengubah hidup,
bukan sekadar melancarkan bacaan.
Perubahan kecil dalam diri kita—
itulah tanda tadabbur mula hidup.
---
Penutup
Tadabbur bukan tentang jadi hebat.
Ia tentang jadi lebih dekat.
Lebih dekat dengan Al-Quran,
lebih dekat dengan Allah,
dan lebih jelas arah kita dalam membesarkan anak-anak.
Tak perlu tunggu pandai.
Tak perlu tunggu masa lapang.
Mula dengan satu ayat hari ini.
Satu ayat… tapi dihayati.
24/04/2026
🎙️ Radio Tadabbur: Kenapa Sedekah Buat Kita Happy?
"Ayah, kenapa bila kita sedekah, kita rasa gembira?"
Tiba-tiba Anas tanya soalan ni.
Saya diam sekejap. Betul ke semua orang rasa gembira bila bersedekah?
Hakikatnya, tak semua orang rasa benda yang sama. Tapi kalau anak kita mula rasa 'manis' memberi tu, Masya-Allah... itu satu fitrah yang sangat mahal untuk diraikan.
Saya tak terus jawab dengan teori. Saya ajak dia step back sekejap untuk ingat kembali dua situasi berbeza:
1. Situasi "Hilang" (Rasa Marah)
"Ingat tak dulu Anas pernah marah sangat bila ada kawan datang rumah, pastu dia ambil mainan Anas tanpa izin? Masa tu Anas rasa gembira tak?"
Anas geleng. Tak gembira.
2. Situasi "Memberi" (Rasa Bahagia)
"Tapi ingat tak masa Anas bagi mainan Anas dekat anak kawan Mommy hari tu? Masa tu Anas senyum sampai telinga kan? Anas rasa gembira sangat kan?"
Anas angguk. Ya, rasa gembira.
Apa bezanya?
Kedua-dua situasi itu ada satu persamaan: **Anas melepaskan mainan dia.** Mainan tu dah tak ada dalam tangan dia.
Tapi kenapa satu rasa marah, dan satu lagi rasa bahagia?
Inilah rahsia IKHLAS.
Bila kita buat sesuatu kerana kita sendiri yang MAHU buat—kerana kita nak kejar cinta Allah, nak Allah sayang kita, nak Allah jaga kita—kita akan rasa gembira walaupun harta kita berkurang.
The Power of Intention:
Bila diambil:Kita rasa kehilangan.
Bila memberi:Kita rasa "pelaburan" untuk akhirat.
Itulah keajaiban hati. Kita buat kerana Allah itu Maha Berkuasa, dan kita hanya mahukan Redha-Nya. Bila Allah redha, Dia campakkan rasa tenang dan gembira dalam hati kita.
Anas belajar sesuatu hari ini:
Harta yang kita simpan mungkin hilang, tapi harta yang kita sedekahkan itulah yang sebenarnya jadi milik kita selamanya.
08/04/2026
Macamana bentuk Tuhan?
Irfan: “Ibu… Allah tu ada rupa tak?”
Ibu: “Kenapa Irfan tanya macam tu?”
Irfan: “Sebab Irfan selalu bayangkan benda… jadi Allah macam mana?”
Ibu: “Irfan… semua benda yang kita boleh bayangkan… itu sebenarnya makhluk.”
Irfan: “Makhluk?”
Ibu: “Ya… kalau ada bentuk, warna, rupa… itu semua benda yang dicipta.”
Irfan: “Jadi… kalau ada bentuk… dia bukan Tuhan?”
Ibu: “Betul. Tuhan itu Pencipta… bukan yang dicipta.”
Irfan: “Jadi Allah tak ada bentuk?”
Ibu: “Allah wujud… tapi tak sama macam makhluk.
Sebab tu kita tak boleh bayangkan Dia.”
Irfan: “Kenapa tak boleh bayangkan?”
Ibu: “Sebab otak kita hanya boleh bayangkan benda yang pernah kita nampak… sedangkan Allah tak sama dengan apa pun.”
Irfan: “Oh… jadi kalau Irfan bayangkan sesuatu… itu bukan Allah?”
Ibu: “Ya… apa saja yang Irfan bayangkan… itu bukan Allah. Allah lebih hebat daripada semua itu.”
Ibu: “Sebab tu Allah ayat pertama allah suruh ‘Iqra’ — bacalah… kita kenal Dia dengan ilmu… bukan bayangan.”
Allah sebagai pencipta bercakap kepada makhluk untuk kita berfikir tentang penciptaan dia.
Kadang kita tak nampak…
tapi kita tetap yakin.
Macam angin…
tak nampak, tapi kita rasa.
Apatah lagi Allah…
yang mencipta segalanya.
07/04/2026
“Duit Raya”
Anak aku menangis teresak-esak masa raya sebab tak dapat duit raya.
Aku boleh je marah. Boleh je cakap “Malu tau buat perangai!”
Tapi aku berlutut. Sama tinggi dengan dia.
“Sofea sedih ye?”
Dia angguk, air mata membasahi p**i raya dia.
“Ibu nak tanya satu benda — kalau Sofea bagi kawan coklat, sebab apa?”
”…sebab Sofea sayang dia.”
“Bukan sebab dia paksa kan?”
Dia angguk perlahan.
“Sama macam duit raya, sayang. Orang bagi sebab hati mereka nak bagi. Bukan tanda mereka s**a atau tak s**a Sofea.”
Dia tengok aku. Muka masih merah.
“Tapi macam mana Sofea nak tahu orang sayang Sofea?”
Aku senyum. Pegang p**i dia.
“Tengok siapa yang duduk dengan Sofea masa Sofea menangis.”
Dia senyap dua saat. Pastu peluk aku sekuat-kuat dia boleh.
Ibu bapa — anak tantrum bukan sebab dia kurang ajar.
Dia tantrum sebab dia tak tahu nama perasaan dia sendiri.
Tugas kita bukan diam kan dia.
Tugas kita terjemahkan dunia untuk dia.Simpan post ni.
Raya tahun depan, we are ready. 🤍❤️
22/03/2026
JomCerita.Com nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Jom Raya!
14/03/2026
Aid: “Bapak... Aid tahu siapa Allah pada kita. Tapi, siapa sebenarnya kita pada Allah?”
Aku berhenti sekejap. Budak-budak ni, bila mereka bertanya, mereka bukan nak definisi. Mereka nak rasa kepunyaan (belonging).
Bapak: “Aid... tahu tak, dalam Al-Quran, ada masanya Allah panggil kita dengan panggilan yang sangat dekat, sangat mesra.”
Aid: “Allah panggil apa, bapak?”
Bapak: “Allah panggil: Wahai hamba-hamba-KU.”
Aid: “Hamba-Ku?”
Bapak: “Ya. Bukan setakat 'hamba', tapi 'Hamba-Ku'. Allah sebut dalam Surah Az-Zumar ayat 53: 'Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.'”
Aku pandang je mata Aid
Bapak: “Walaupun kita buat silap, walaupun kita tersesat jalan, Allah tetap panggil kita 'Hamba-Ku'. Dia tak buang kita. Sebab hati manusia ni, benda paling dia takut sekali adalah rasa tak dipunyai. Tapi Allah sentiasa ingatkan yang kita ni milik Dia.”
Aid: “Maksudnya Allah sentiasa ada dengan kita ke?”
Bapak: “Betul. Allah kata lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 186: 'Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.' Allah tu dekat sangat, Aid. Dekat sampai Dia dengar doa yang Aid cuma bisik dalam hati. Dia tahu risau yang Aid tak sebut pun pada bapak.”
Aid: “Tapi Allah perlukan kita ke bapak?”
Bapak: “Allah itu Al-Ghani. Dia tak perlukan sesiapa pun. Tapi, Dia tetap jemput kita untuk balik pada Dia. Nabi ﷺ pernah kata, Allah tu punya lah gembira bila hamba Dia bertaubat, lebih gembira daripada seorang pengembara yang jumpa balik untanya yang hilang d
i padang pasir.”
Aid nampak relek sikit, mungkin dia dah jumpa jawapan yang dia cari.
Bapak: “Jadi, siapa kita pada Allah? Kita adalah makhluk yang Dia cipta dengan penuh kasih sayang. Kita adalah orang yang Dia sentiasa maafkan. Dan kita adalah orang yang Dia sentiasa jemput untuk bercakap dengan Dia, lagi dan lagi.”
Sebab sampai bila-bila pun, Dia tetap panggil kita: “Wahai hamba-hamba-Ku.”
12/03/2026
Yusuf: “Bapak… kenapa Allah ciptakan rasa marah? Kan Allah tu Maha Penyayang? Kenapa tak buat kita rasa sayang je selalu?”
Aku tarik nafas panjang. Kena bagi jawapan yang masuk akal tapi santai untuk remaja/budak besar macam Yusuf ni.
Bapak: “Yusuf, cuba bayangkan kalau dalam dunia ni Allah cuma cipta benda yang lembut-lembut je. Takde cabaran, takde rasa geram, takde rasa nak marah. Agak-agak kita akan belajar tak apa itu maksud sabar?”
Yusuf diam sekejap, berfikir.
Bapak: “Macam warna juga. Kalau semua benda kat dunia ni warna hijau je, langit pun hijau, pokok pun hijau… Yusuf rasa langit tu akan nampak cantik lagi tak?”
Yusuf: “Mesti la tak. Nampak pelik bapak.”
Bapak: “Haa… macam tu la perasaan dalam hati kita. Ada warna yang lembut, ada yang tenang. Dan ada juga warna yang terang macam api—iaitu rasa marah. Dia datang tiba-tiba.”
Yusuf: “Tapi marah tu kan tak baik?”
Bapak: “Dalam Quran, Allah tak suruh kita pura-pura tak rasa marah. Tapi Allah puji orang yang 'menahan kemarahannya dan memaafkan orang lain'. Bukan maksudnya hati kita tak rasa marah langsung, tapi hati kita belajar untuk kawal api tu supaya tak membakar semua benda.”
Aku teringat pesan Nabi ﷺ, terus aku kongsi kat Yusuf.
Bapak: “Nabi pesan, orang yang kuat tu bukan orang yang menang bertumbuk, tapi orang yang boleh kawal diri masa dia tengah marah. Kalau rasa marah tu makin kuat, itu tandanya Syaitan tengah membisik. Sebab tu kita kena cepat-cepat minta perlindungan Allah.”
Yusuf pandang bapak dia, muka dia dah mula tenang sikit. Dia faham poin bapak dia.
Yusuf: “Ooo… maksudnya Allah bagi rasa marah ni supaya kita boleh belajar maafkan orang ke bapak?”
Bapak: “Betul. Mungkin marah tu bukan nak bagi kita pecah-belah, tapi nak bagi kita peluang untuk buat benda yang lagi cantik: iaitu memaafkan.”