Yayasan Pendidikan Malaysia

Yayasan Pendidikan Malaysia Ditubuhkan pada 31 Julai 2013 berdaftar di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. (No.

YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA merupakan yayasan tidak berasaskan keuntungan & NGO ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) Pendaftaran : PPAB - 33/2013) dengan memfokuskan kepada:

1. Bantuan kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik untu

k terus dibantu.

2. Mewujudkan satu sinergi bersepadu dikalangan agensi kerajaan. Syarikat korporat, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan dalam memperkasa bidang pendidikan. Transformasi pendidikan yang digarap oleh kerajaan merupakan satu tunjang hala tuju untuk membangunkan modal insan yang berasaskan pengetahuan
(K-Ekonomi).

3. Para pelajar terus menjadi "demand driven" dalam industri secara glokal dan global serta melahirkan graduan yang berkualiti bagi memenuhi tarif 'Graduate Employability'.

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448Hโ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik b...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™
12 Rabiulawal 1448H

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimuโ€ฆโ€
โ€” Surah Al-Ahzab: 21

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kita terus menyemai kasih kepada Rasulullah ๏ทบ, memperkukuhkan ukhuwah dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Baginda.

โš ๏ธ NOTIS PENTING: AMARAN PENYAMARAN MENGGUNAKAN NAMA YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA (YPM)Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) ...
20/07/2026

โš ๏ธ NOTIS PENTING: AMARAN PENYAMARAN MENGGUNAKAN NAMA YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA (YPM)

Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama, logo dan identiti YPM untuk menghubungi orang awam serta meminta wang atau sumbangan.

โŒ YPM TIDAK PERNAH membuat panggilan telefon bagi tujuan meminta wang, bayaran atau sumbangan daripada orang awam melalui nombor yang tidak sah.

Sekiranya anda menerima panggilan, mesej atau sebarang permintaan yang mencurigakan menggunakan nama YPM:

๐Ÿ”น Jangan membuat sebarang pembayaran.
๐Ÿ”น Jangan berkongsi maklumat peribadi atau maklumat perbankan.
๐Ÿ”น Sahkan terlebih dahulu dengan menghubungi saluran rasmi YPM.
๐Ÿ”น Laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya anda menjadi mangsa atau menerima panggilan yang mencurigakan.

YPM memandang serius penyalahgunaan nama dan logo organisasi ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

๐Ÿ”ง PROJECT VOLTA: Unlocking Young Potential ๐Ÿ”งโšกMembina masa depan bermula dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan yang tepat...
23/06/2026

๐Ÿ”ง PROJECT VOLTA: Unlocking Young Potential ๐Ÿ”งโšก

Membina masa depan bermula dengan ilmu, kemahiran dan pendedahan yang tepat. Melalui Project Volta, para pelajar berpeluang meneroka dunia teknologi, kejuruteraan, elektrik dan kemahiran digital secara interaktif bersama pakar industri dan tenaga pengajar universiti.

Program ini bukan sahaja memperkenalkan peluang kerjaya masa hadapan, malah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani bermimpi, berinovasi dan mencipta perubahan. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“š

Yayasan Pendidikan Malaysia komited dalam memperkasakan pendidikan TVET dan STEM bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

Meneroka Potensi, Menjana Masa Depan

05/05/2026

๐ŸŽ๏ธ *LEVEL UP YOUR GAME AT CIPTR1X 2026!* ๐ŸŽ๏ธ
Ready for a legendary May? Whether you're a pro or a total newbie, *CIPTR1X State Level* is the ultimate STEM adventure! Weโ€™re bringing the heat to Melaka, N9, and Johor. ๐Ÿš€๐Ÿ”ฅ

โœจ *NEWBIES, WE GOT YOU!*
๐Ÿ› ๏ธ *Chill Training:* No experience? No problem! We provide *Workshops* before the battle starts so you can sharpen your skills.

๐ŸŽ *Free Gear:* Just bring your hype! We provide the *Robotics, Drones, and Makers Kits.* * ๐Ÿ… *PAJSK Entitled:* Level up your school marks while building the future!

๐Ÿ† *THE ULTIMATE FLEX:*
๐Ÿค– *AI is Here:* Master *AI Prompt Engineering & AI Botz.*

๐Ÿš *Open Brand:* Bring your own gearโ€”any brand is welcome!

๐Ÿ’ก *Real Skills:* Turn "science class" into "science awesome" with hands-on engineering.

๐Ÿ“… *WHERE & WHEN?*
๐Ÿ“ *Melaka / N9 / Johor (North) (State Level)* : 12 May 2026 @ UniKL MICET
๐Ÿ“ *Johor (State Level):* 16-17 May 2026 @ UniKL MITEC

๐Ÿ”— *GRAB YOUR SPOT:* www.ciptrix.com

*Hit us up:*
๐Ÿ“ฑ+6012-4091553 (BM)
๐Ÿ“ฑ+6012-6001039 (ENG)
๐Ÿ“ฑ+6012-7901039 (CHINESE)

*Be STEM Ready. Be Life Ready. Be Future Ready.* ๐Ÿš€โœจ

๐ŸŽ“ Lepasan SPM? 3 kredit? 5 kredit? Straight Aโ€™s?Jangan risau - kami ada tawaran untuk anda! โœจ๐Ÿ“ Jumpa kami di Kota Kinaba...
08/04/2026

๐ŸŽ“ Lepasan SPM? 3 kredit? 5 kredit? Straight Aโ€™s?

Jangan risau - kami ada tawaran untuk anda! โœจ

๐Ÿ“ Jumpa kami di Kota Kinabalu
untuk sesi kaunseling PERCUMA

Kami akan bantu anda:
โœ” Pilih course yang sesuai
โœ” Rancang laluan pengajian
โœ” Mohon kemasukan ke universiti

๐Ÿ’ผ Rebut peluang untuk:
โœจ Dapatkan biasiswa
โœจ Sertai program yang anda minati

Berminat?
๐Ÿ“ฉ Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut! 01167856443

Setiap 2 April, dunia mengangkat suara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penghidap autisme. ๐Ÿง ๐ŸงฉAutisme Spe...
02/04/2026

Setiap 2 April, dunia mengangkat suara untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penghidap autisme. ๐Ÿง ๐Ÿงฉ

Autisme Spectrum Disorder (ASD) mempengaruhi cara kanak-kanak berkomunikasi, berinteraksi, dan bertingkah laku. Dari perspektif perubatan, tiada ubat yang dapat merawat autisme, namun terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja memainkan peranan penting dalam membantu mereka menguasai kemahiran harian.

Yayasan Pendidikan Malaysia terus komited menyokong pendekatan pendidikan yang responsif terhadap keperluan ini. Kesedaran dan tindakan kita bersama amat bermakna.

Tahniah dan Syabas buat semua calon SPM 2025! ๐ŸŽ“โœจHari ini adalah hari yang bersejarah. Segala penat lelah, sengkang mata,...
31/03/2026

Tahniah dan Syabas buat semua calon SPM 2025! ๐ŸŽ“โœจ

Hari ini adalah hari yang bersejarah. Segala penat lelah, sengkang mata, dan doa yang dipanjatkan akhirnya membuahkan hasil. Kepada yang mendapat keputusan cemerlang, teruskan momentum ini ke menara gading. Kepada yang keputusannya tidak seperti yang diharapkan, ingatlah bahawa SPM hanyalah satu persinggahan, bukan penamat perjuangan.

Jalan di hadapan masih luasโ€”sama ada melalui Matrikulasi, Asasi, Diploma, atau TVET, pilih laluan yang paling sesuai dengan minat anda.

Terima kasih juga buat para guru dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan ini. Selamat maju jaya dalam fasa seterusnya! ๐Ÿš€

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita mensyukuri nikmat, mengeratkan silaturahim dan me...
20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita mensyukuri nikmat, mengeratkan silaturahim dan menyemai nilai kasih sayang dalam kehidupan.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.

Ikhlas daripada,
Yayasan Pendidikan Malaysia

*TUITION ONLINE PERCUMA*Assalamualaikum & salam sejahtera,Dengan segala hormatnya, pihak *Yayasan Pendidikan Malaysia* i...
16/03/2026

*TUITION ONLINE PERCUMA*

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya, pihak *Yayasan Pendidikan Malaysia* ingin mempelawa murid dan pelajar di seluruh Malaysia untuk menyertai *Program Tuition Online secara PERCUMA* bagi pelajar *Darjah 1 hingga Tingkatan 5* yang akan berlangsung selama *1 bulan bermula 1 April hingga 30 April 2026*.

Program ini diwujudkan sebagai salah satu inisiatif bagi membantu lebih ramai pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik secara lebih sistematik.

Program ini dirancang khusus untuk membantu pelajar:
โœ… Mempertingkat pemahaman dalam mata pelajaran teras
โœ… Mengukuhkan asas pembelajaran serta kemahiran menjawab soalan
โœ… Meningkatkan keyakinan dan prestasi akademik

๐Ÿ“Œ *Butiran Program:*
๐Ÿ”น Tempoh: *1 Bulan* (April 2026)
๐Ÿ”น Mod: Pembelajaran *Online* melalui *Zoom*
๐Ÿ”น Kandungan: Kelas teratur, latihan berkala serta sesi soal jawab bersama *tutor berpengalaman*

Program ini *PERCUMA* sepenuhnya dan terbuka kepada semua murid dan pelajar * dari peringkat *Darjah 1 hingga Tingkatan 5*.

๐ŸŽฏ *Cara Pendaftaran:*
Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar *SEGERA*.
Tarikh pendaftaran akan ditutup pada *31 Mac 2026*.
โžก๏ธ

LANGKAH 2 โ€“ Anda akan menghantar whatsapp selepas isi form seterusnya menerima info penuh tentang kelas online di whatsapp (cara sertai kelas, jadual dan lain-lain)

Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Semoga kit...
06/03/2026

Nuzul al-Quran mengingatkan kita tentang turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Semoga kita terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam menuntut ilmu dan membina akhlak yang mulia.

Ikhlas daripada,
Yayasan Pendidikan Malaysia

๐Ÿ“–๐ŸŒ™

Address

30B, Jalan Diplomatik, Presint 15
Putrajaya
62050

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60388000330

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pendidikan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Pendidikan Malaysia:

Shortcuts

Share