17/03/2026
16 MAC 2026 | MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BULAN MAC 2026
Ramadan hampir melabuhkan tirai.
YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan bagi bulan Mac 2026 yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan bahawa kejayaan penganjuran Program Jaulah Ramadan wajar diangkat sebagai manifestasi aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang bukan sekadar pengisian berbuka puasa dan moreh, tetapi turut menjadi ruang mendekati warga pendidikan serta memperkukuh nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti.
Pada majlis yang sama, YB Menteri Pendidikan turut menyampaikan sumbangan kepada 170 murid asnaf daripada Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor yang disumbangkan oleh Yayasan Didik Negara sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan serta kesejahteraan murid yang memerlukan.
Turut hadir bersama, YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia serta barisan pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tahun Ini, Tahun Kita.