11/05/2026
๐๐จ๐ฅ๐ฆ๐จ๐ฆ ๐๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐จ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐จ๐ง ๐ญ๐ข๐ก ๐ฃ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ญ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก)
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ PLANMalaysia menerusi inisiatif PLAN-Ai telah melaksanakan Kursus Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan Mengikut Zon PLANMalaysia 2026 bagi Zon Selatan yang berlangsung di Pejabat Projek Zon Selatan, Ayer Keroh.
Program ini merupakan sebahagian daripada siri latihan mengikut zon yang dirangka bagi memperluas pemahaman serta penggunaan teknologi AI dalam kalangan pegawai PLANMalaysia secara lebih menyeluruh dan praktikal.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai aplikasi Generative AI yang boleh dimanfaatkan dalam tugasan harian termasuk penyediaan dokumen, pembangunan bahan pembentangan, penjanaan imej dan video, serta asas pembangunan dashboard, chatbot dan pengenalan kepada konsep Agentic AI. Pendekatan hands-on turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka sendiri potensi teknologi AI dalam meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerja.
Kursus ini dikendalikan oleh TPr Dr. Muhammad Hakimi Mohd Hussain, Chief AI Navigator PLAN-Ai bersama Cik Tuminah binti Paiman selaku AI Navigator PLAN-Ai.
Penganjuran program seperti ini selaras dengan usaha memperkukuh budaya kerja digital dan memperkasakan kompetensi warga PLANMalaysia dalam mendepani perkembangan teknologi AI yang semakin pesat.