13/08/2026
PSGFM MEMPERKASA ILMU SENI SILAT DI SELATAN THAILAND 🇲🇾🇹🇭
Alhamdulillah, satu lagi lembaran bermakna telah tercatat dalam usaha memperkukuh kelestarian, pengembangan dan pengantarabangsaan Seni Gayung Fatani di rantau Nusantara.
Dalam sebuah kejohanan yang berlangsung di Wilayah Patani, Thailand, Tuan Pengerusi PSGFM telah diraikan bersama oleh Puan Yang Terutama Gabenor Wilayah Patani, dengan bendera PSGFM berkibar di bumi Patani sebagai simbol kehadiran dan representasi kontinjen Malaysia.
Turut hadir ialah Pengerusi PSGFM Cawangan Kedah, Pengerusi PSGFM Cawangan Pulau Pinang, serta barisan atlet daripada Gelanggang Gayung Fatani Putrajaya dan Selangor.
Kejohanan ini menghimpunkan pesilat daripada empat wilayah utama di Selatan Thailand, iaitu:
🇹🇭 Songkhla ~ Gelanggang Gayung Fatani di Madrasah Chana
🇹🇭 Yala ~ Gelanggang Gayung Fatani Yala Rajabhat University
🇹🇭 Narathiwat ~ Gelanggang Gayung Fatani Narathiwat
🇹🇭 Patani ~ melibatkan beberapa gelanggang silat tempatan dari institusi pengajian tinggi dan sekolah²
Penyertaan ini bukan sekadar medan persaingan sukan, bahkan menjadi platform pertukaran ilmu, pemerkasaan warisan budaya serta pengukuhan hubungan silaturahim antara penggiat seni silat Malaysia dan Selatan Thailand.
Lebih membanggakan, kontinjen Gayung Fatani telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan dengan membawa p**ang:
🥇 3 Pingat Emas🥈 2 Pingat Perak🥉 1 Pingat Gangsa
serta berjaya dinobatkan sebagai Johan II Keseluruhan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pesilat, jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sumbangan terhadap kejayaan ini. Sesungguhnya setiap pingat yang diraih bukan sekadar ukuran prestasi pertandingan, tetapi merupakan manifestasi disiplin, ketekunan, adab, jati diri dan kesinambungan tradisi ilmu persilatan.
Memperkasa Silat Sebagai Warisan Ilmu dan Diplomasi Budaya
Lebih signifikan, Alhamdulillah dengan izin dan rahmat الله سبحانه تعالى , PSGFM turut diberi kepercayaan menjadi organisasi untuk berkolaborasi utama dalam Festival Sungai Patani, sebuah acara tahunan yang menjadi antara platform penting dalam mengangkat identiti, kebudayaan dan warisan masyarakat di Wilayah Patani.
Dalam perkembangan yang sama, Tuan Pengerusi PSGFM turut menerima jemputan untuk mengadakan seminar, kursus dan bengkel di beberapa institusi pengajian tinggi serta sekolah-sekolah di empat wilayah Selatan Thailand.
Jemputan ini membuka ruang yang lebih luas untuk memperkenalkan dan mendalami falsafah, sejarah, kaedah, nilai, etika serta keilmuan Seni Gayung Fatani dalam konteks pendidikan dan pembangunan generasi muda.
Sesungguhnya, perkembangan ini memperlihatkan bahawa silat tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai seni mempertahankan diri atau pertandingan sukan. Sebaliknya, silat merupakan khazanah ilmu, warisan intelektual, medium pendidikan karakter dan instrumen diplomasi budaya yang mampu merapatkan hubungan masyarakat serantau.
Dalam konteks ini, Seni Gayung Fatani mempunyai kedudukan yang amat signifikan sebagai salah satu manifestasi warisan persilatan Melayu yang perlu terus didokumentasikan, dikaji, diajarkan dan diwariskan secara sistematik kepada generasi akan datang.
Semoga jaringan kerjasama antara PSGFM dan institusi-institusi silat serta pendidikan di Selatan Thailand ini terus berkembang sebagai sebuah ekosistem pertukaran ilmu dan budaya yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Daripada gelanggang kepada institusi pendidikan, daripada warisan kepada ilmu, dan daripada ilmu kepada generasi masa hadapan.
🇲🇾 Gayung Fatani ~ Warisan Ilmu, Adab dan Jati Diri.
🇹🇭 Memperkukuh Silaturahim Serumpun Melalui Seni Silat.
Alhamdulillah. Tahniah kepada seluruh keluarga besar PSGFM.
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم أَسْتَغْفِرُ الله
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾🇹🇭 FATANI NUSA BAKTI
https://vt.tiktok.com/ZS4KSrvjT/