Kelab Sukan Dan Kebajikan CGSO

Kelab Sukan Dan Kebajikan CGSO Aktiviti serta Program Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan

08/11/2022
EKSPEDISI SEMARAK MERDEKA KESKEB 2022 : CABARAN MENDAKI GUNUNG DATUKREMBAU, 27 OGOS 2022 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KE...
27/08/2022

EKSPEDISI SEMARAK MERDEKA KESKEB 2022 : CABARAN MENDAKI GUNUNG DATUK

REMBAU, 27 OGOS 2022 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dengan kerjasama Pejabat CGSO Negeri Sembilan telah menganjurkan Ekspedisi Semarak Merdeka KESKEB CGSO 2022 : Cabaran Mendaki Gunung Datuk sempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang bertemakan "Keluarga Malaysia Teguh Bersama".

Ekspedisi ini diketuai oleh En Syarifuddin bin Palawa, Naib Pengerusi KESKEB CGSO dan dibantu oleh En Zainor bin Zailan, Pengarah CGSO Negeri Sembilan.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran, kesemua 19 orang peserta yang menyertai ekspedisi ini telah berjaya menakluk puncak Gunung Datuk setinggi 855 meter dengan jayanya.

Tujuan ekspedisi ini diadakan adalah untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan negara, meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta memupuk semangat kerjasama dan teguh menghadapi cabaran sebagai sebuah keluarga CGSO demi menjaga keamanan dan keselamatan yang kita kecapi kini.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65!








CGSO CGSO N9

Terima kasih dan selamat bersara Tn Hj Mazlan bin Abdul Wahab
17/08/2022

Terima kasih dan selamat bersara Tn Hj Mazlan bin Abdul Wahab

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Biro Sukan dan Rekreasi KESKEB CGSO serta wakil-wakil rumah sukan selaku...
06/08/2022

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Biro Sukan dan Rekreasi KESKEB CGSO serta wakil-wakil rumah sukan selaku penyelaras permainan di atas kejayaan penganjuran Karnival Sukan Indoor CGSO 2022 pada 6 Ogos 2022.

Rumah Michael Ong (Hijau) muncul sebagai juara keseluruhan dengan kutipan sebanyak 13 mata dalam enam jenis permainan iaitu Badminton, Carom, Dam Aji, Congkak, Ping Pong dan Dart mengatasi tiga rumah sukan yang lain. Syabas dan tahniah diucapkan!


KEMPEN DERMA DARAH KESKEB CGSOPUTRAJAYA, 21 JULAI 2022 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) Pejabat Ketua Pegawai Kesela...
21/07/2022

KEMPEN DERMA DARAH KESKEB CGSO

PUTRAJAYA, 21 JULAI 2022 - Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah KESKEB CGSO bertempat di Lobi Aras 1, Setia Perdana 7, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Seramai 34 orang penderma sukarela terdiri daripada warga Kompleks Setia Perdana telah mendaftarkan diri dan seramai 23 orang penderma telah memenuhi kriteria saringan yang ditetapkan.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk bersama-sama berganding bahu dengan Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan pesakit yang memerlukan selain memupuk kesedaran tentang kepentingan menderma darah.







CGSO Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Address

PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Dan Kebajikan CGSO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category