Objektif Penubuhan Yayasan
1) Membantu meringankan kesusahan golongan miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), pelajar, anak yatim, dan keluarga yang ditimpa kesusahan yang memerlukan bantuan makanan, kewangan, keperluan kebajikan dan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
2) Meningkatkan tahap kemajuan dan pengembangan pendidikan warganegara Malaysia terutama pelajar peda
laman, mahasiswa dari keluarga berpendapatan rendah dan orang awam yang bertemakan keharmonian, ekonomi, keagamaan, alam sekitar, sosial, dan kemahiran teknikal.
3) Menganjurkan aktiviti keagamaan dan sambutan perayaan Islam dan kebudayaan kaum kepada golongan belia, miskin, dan penghuni rumah kebajikan selaras dengan semangat Islam sebagai agama persekutuan melalui aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan. Visi :
Menjadi organisasi kebajikan utama dalam negara yang memperjuangkan nasib golongan susah dan menyumbang melalui pelbagai aktiviti ke arah pembentukan masyarakat berpendidikan, saling tolong menolong dan proaktif meringankan beban kemanusiaan. Motto :
Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
Misi :
Menjadi satu Yayasan kebajikan dan pendidikan yang aktif serta terkenal dengan aktiviti membangun masyarakat di negara dan rantau Asia Tenggara.