Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz - SMIT Putrajaya

Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz - SMIT Putrajaya Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Putrajaya (SMITP) adalah sebuah sekolah harian swasta.

12/05/2026

✨ Selamat Menduduki Peperiksaan ✨

Semoga semua murid diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Percaya pada usaha sendiri, jawab dengan yakin dan lakukan yang terbaik! 💪📚

🌟 Fokus
🌟 Yakin
🌟 Usaha
🌟 Doa

Pihak sekolah mendoakan semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat.
Good luck semua! 🤍

06/05/2026

Tahniah kepada semua pemenang Merentas Desa 29 April 2026! 🏃‍♂️🔥
Walaupun pertama kali dianjurkan, semangat yang ditunjukkan memang luar biasa! 💪
Terima kasih kepada semua yang terlibat—peserta, guru dan penyokong.

InsyaAllah, tahun depan kita buat lagi dengan lebih meriah! 🎉

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh...
21/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita semua dikurniakan hati yang bersih serta iman yang lebih kukuh.

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ibu bapa dan para murid yang dikasihi.

Kami juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang mendidik dan membimbing anak-anak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan antara kita semua.

Istiqamah bukan tentang buat yang besar, tapi konsisten dalam kebaikan 💚Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan.J...
19/03/2026

Istiqamah bukan tentang buat yang besar, tapi konsisten dalam kebaikan 💚

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan.

Jom jadi insan yang sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik ✨

Jangan biarkan ibadah kita tamat bersama Ramadhan…Teruskan melangkah, teruskan istiqamah.💚 Kita bukan hamba Ramadhan, ki...
18/03/2026

Jangan biarkan ibadah kita tamat bersama Ramadhan…
Teruskan melangkah, teruskan istiqamah.

💚 Kita bukan hamba Ramadhan, kita hamba Allah.

Jom Masuk Syurga!Jika kita benar-benar menginginkan syurga, kita pasti sanggup berkorban untuk meraihnya. Kuncinya adala...
16/03/2026

Jom Masuk Syurga!

Jika kita benar-benar menginginkan syurga, kita pasti sanggup berkorban untuk meraihnya. Kuncinya adalah dengan mentaati Rasulullah SAW dan menjauhi maksiat.

Semoga Ramadan ini menjadikan kita insan yang lebih dekat dengan Allah dan berusaha menuju syurga-Nya. 🤲



Ramai simpan harta…Tapi lupa cara membersihkannya.Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, dia a...
14/03/2026

Ramai simpan harta…
Tapi lupa cara membersihkannya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, dia akan selamat daripada keburukan harta tersebut.”

🌙 Ramadan ini…
Jom bayar zakat. Bersihkan harta, tenangkan jiwa.




MAJLIS BERBUKA PUASA SMIT| 27 FEBRUARI 2026, JUMAAT |Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Sekolah Menengah Integrasi Tahf...
28/02/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA SMIT

| 27 FEBRUARI 2026, JUMAAT |

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz (SMIT) Putrajaya telah dilaksanakan dengan lancar di Dewan Serbaguna Perbadanan Putrajaya, Presint 9.

Kehadiran terdiri daripada pelajar SMIT Putrajaya dan keluarga hampir 120 keluarga, serta Ahli Lembaga Pemgarah SMIT Putrajaya.

Tazkirah ramadhan turut disampaikan oleh Pengetua SMIT Putrajaya iaitu Ustaz Anas bin Hj. Zainon. Manakala, solat terawikh telah di imamkan oleh pelajar SMIT Putrajaya.

SMIT Putrajaya mengucapkan Syukran jazilan atas kehadiran dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis iftar kali ini.

Semoga tautan ukhuwah yang terjalin berkekalan dan menjadi asbab bertemu semula di syurga.

Jom sama-sama kita tingkatkan amalan dan banyak berdoa bagi kejayaan dunia dan akhirat...amin

SMIT Putrajaya

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga SMIT – para guru, kakitangan, ibu bapa dan murid-murid yang di...
19/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga SMIT – para guru, kakitangan, ibu bapa dan murid-murid yang dihormati.

Semoga Ramadan pada tahun ini menjadi medan terbaik untuk meningkatkan keimanan, memperkukuh hafazan, memperindah akhlak serta mempererat hubungan silaturrahim sesama kita.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, qiyamullail, sedekah dan amal soleh, agar setiap detik yang berlalu menjadi saham akhirat yang berharga.

Jangan lupa tanda Ramadan Tracker masing - masing ya 😉


🌟 Selamat Kembali ke Sekolah! 🌟Alhamdulillah, sesi persekolahan 2026 di Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Putrajaya berm...
11/01/2026

🌟 Selamat Kembali ke Sekolah! 🌟

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2026 di Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Putrajaya bermula dengan penuh semangat, azam baharu dan wajah-wajah pendidik yang komited membimbing generasi huffaz berilmu.

Moga tahun ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang, pembelajaran yang bermakna, serta pembentukan sahsiah yang unggul.

Ahlan wasahlan kepada semua murid dan ibu bapa!

Address

A1, Jalan P9g/7, Presint 9
Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz - SMIT Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category