21/01/2024
PIBG SKPP 18-2
Ruang Dan Platform Bagi Sebarang Perkongsian Atau Hebahan Maklumat, Aktiviti Dan Informasi Berkaitan PIBG SKPP 18 (2)
21/01/2024
10/11/2023
السلام عليكم ورحمة الله وبراكاته ...
Dari Dia kita datang,
kepada Dia kita kembali...
انا لله وانا اليه راجعون...
Perkhabaran duka
Allahyarham Hj Shaifullah Bin Abd Ghafar
YDP PIBG, SKPP 18 (2)
telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. (Jumaat 10 November 2023)
Semoga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang² yang beriman dan di angkat segala amal kebaikan di dunia dan akhirat.
آمين يا رب العالمين....
Daripada : PIBG SKPP18(2)
15/01/2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Peluang yang dinanti-nantikan telah tiba. Jom sama-sama kita berinfaq menyumbang demi pendidikan anak-anak kita dengan program 1TV1Kelas ini.
InsyaAllah dengan adanya TV di setiap kelas ini, dapat para pendidik memberikan impak besar selaras dengan kemajuan teknologi zaman sekarang.
Kami dengan ini membuka peluang untuk para dermawan menyumbang dan menikmati pahala berterusan selagi peralatan-peralatan ini digunakan oleh anak-anak tahun ini dan tahun-tahun mendatang, InsyaAllah
13/09/2022
Acara tahunan yang ditunggu-tunggu telah tiba! Jom kita bergotong royong demi keceriaan sekolah kita.
25/08/2022
Assalamualaikum wbt..
🌹Kutipan untuk sumbangan PIBG bagi sesi tahun 2022/2023 adalah minima RM50 bagi satu keluarga berdasarkan surat kelulusan daripada JPWPP
🌹 Sumbangan pihak tuan puan boleh disampaikan melalui Bank in
Akaun PIBG : Maybank (566010614740)
'ref: sumbangan PIBG'
🌹berikut merupakan link google form bagi sumbangan ibu bapa yang belum memberikan sumbangan.
sila isi google form ini sebagai bukti pembayaran
https://forms.gle/aUNoMVoTZtwk9a2S6
🌹isi google form ini SEKALI SAHAJA BERSAMA DENGAN BUKTI SUMBANGAN
🌹Segala sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
🔷Terima kasih ☺️
25/06/2022
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga SKPP 18(2).
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt, dengan izin-Nya, usaha lebih lima tahun PIBG untuk padang sekolah dan bangunan tambahan untuk anak-anak kami akhirnya telah berhasil.
Pada hari yang bersejarah ini, 25-Jun-2022, kita bersyukur dan berterima kasih kepada YB Datuk Dr Mohd. Radzi Bin Md. Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah merasmikan upacara pecah tanah pembangunan bangunan tambahan & padang sekolah yang baru dan turut serta merasmikan Mesyuarat Agung Ke-10 PIBG SKPP 18(2).
Kami juga berterima kasih kepada semua agensi-agensi lain yang terlibat dalam menjayakan misi ini terutamanya dari pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya .
Tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 yang baru dilantik pada hari ini. Semoga hubungan baik antara ibubapa dan guru serta komuniti keseluruhannya dapat menjamin kesinambungan serta kecemerlangan pendidikan dalam kalangan murid.
Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita semua, InsyaAllah.
Dr Radzi Jidin Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Malaysia Jabatan Pendidikan WP Putrajaya Perbadanan Putrajaya
28/02/2021
Selamat Datang ke SKPP18(2) untuk semua murid tahun 1, 2 dan Pra-Sekolah sesi Tahun 2021 esok 1 Mac 2021 dan murid tahun 3,4,5&6 bermula 8 Mac 2021.
Mohon kerjasama semua ibubapa untuk tidak berhenti lebih dari 20 saat (di laluan kiri sekali) sebagai ikhtiar kita untuk memastikan aliran trafik lebih lancar dan selamat untuk semua.
*Tips tambahan: Boleh salam peluk cium di rumah dahulu dan pastikan semua anak sudah siap galas beg (juga pakai stokin, tie, tudung dsb) sebelum kenderaan sampai ke sekolah untuk menjadi warga negara yang lebih efisien dan memudahkan urusan orang lain dibelakang juga.
14/10/2020
15/05/2020
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik tidak kira dimana anda berada. Terima kasih tidak terhingga atas jasa & pengorbanan anda.
Jom penuhkan ruangan komen dengan gambar kenangan bersama guru.
23/04/2020
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1441H. Semoga ibadah kita diterimaNya
10/04/2020
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
No3, Jalan P18G, Presint 18
Putrajaya
62100