Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera
(1)

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan mengucapkan Sala...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui sifat kasih sayang, amanah, ihsan serta kesungguhan dalam menuntut dan menyebarkan ilmu.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุงู“ู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Seluruh warga Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค...
24/08/2026

Seluruh warga Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐…๐š๐๐ก๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐’๐ข๐๐ž๐ค, ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง, atas pengurniaan ๐ƒ๐š๐ซ๐ฃ๐š๐ก ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š (๐ƒ๐†๐’๐Œ) ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฐ๐š ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ซ๐ข, sempena Hari Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"





24/08/2026

TAHNIAH ๐Ÿ† kepada semua pemenang





๐Ÿ† ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†๐Ÿ๐Ÿโ€“๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซKarnival Kokurikulum Matrikulasi (K...
23/08/2026

๐Ÿ† ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ†

๐Ÿ๐Ÿโ€“๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Œ๐š๐ญ๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ

Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) 2026 kini sedang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, menghimpunkan kontinjen kolej-kolej matrikulasi dari seluruh negara dalam medan persaingan yang penuh semangat, disiplin dan kesukanan.

๐Ÿ’ช Selamat berjuang kepada semua kontinjen KAKOM 2026!

Berikan yang terbaik, junjung tinggi semangat kesukanan dan nikmatilah setiap pengalaman sepanjang kejohanan. Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan.

๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐Š๐€๐Š๐Ž๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ž๐› ๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐Š๐€๐Š๐Ž๐Œ:
๐Ÿ”— https://datastudio.google.com/reporting/498ccda3-faf0-4c5b-9e72-13ae6975f258

๐Ÿ“ฒ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ & ๐๐”๐‹๐„๐“๐ˆ๐ ๐Š๐€๐Š๐Ž๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค
๐Ÿ”— https://www.facebook.com/share/1BxLf5JKTG/

๐“๐ข๐ค๐“๐จ๐ค
๐Ÿ”— https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-993dltKM9GW

๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ
๐Ÿ”— https://www.instagram.com/kolejmatrikulasiselangor?igsi=MWQ3NHZrOWIzNzc1OQ==

Teruskan memberi sokongan kepada para atlet dan kontinjen yang membawa nama kolej masing-masing.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya!

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐š๐ค๐ข ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐„๐ง๐ฌ๐ญ๐ž๐ค๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ!Tahniah dan syabas k...
20/08/2026

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐š๐ค๐ข ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐„๐ง๐ฌ๐ญ๐ž๐ค

๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ!

Tahniah dan syabas kepada warga Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan atas pencapaian membanggakan dalam ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐๐š ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐š๐ค๐ข (๐ˆ๐€๐) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan warga matrikulasi dalam membudayakan kreativiti dan inovasi serta menghasilkan penyelesaian yang memberi nilai tambah kepada pendidikan dan penyampaian perkhidmatan.

๐ŸŒŸ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐Š๐Œ๐‰)

๐Ÿ… Anugerah Laporan Terbaik โ€“ Kategori Penciptaan
Kump**an Comโ€™Ex
Projek: Microscope Slide Detector (MisD)
Subtema: Inovasi MADANI Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

๐Ÿ… Anugerah Laporan Terbaik โ€“ Kategori Penciptaan
Kump**an Sagacious
Projek: Sagacious Matrix AI Pocket Notes
Subtema: Reformasi Pendidikan Berteraskan Nilai dan Kecemerlangan

๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Kategori Penambahbaikan
Kump**an Uranus
Projek: CM Study Guide 2.0

๐ŸŒŸ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ (๐Š๐Œ๐Š๐‰)

๐Ÿ… Anugerah Laporan Terbaik โ€“ Kategori Penciptaan
Kump**an The EMF
Projek: SHM Kit
Subtema: Reformasi Perkhidmatan Awam Berteraskan Nilai dan Kecemerlangan

๐Ÿ… Anugerah Intan 1 โ€“ Kategori Penambahbaikan
Kump**an X-Clique
Projek: EX2GO 2.0
Subtema: Inovasi Kepimpinan Pendidikan MADANI Memacu Organisasi Berprestasi Tinggi

๐ŸŒŸ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ (๐Š๐Œ๐Œ)

๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Kategori Penciptaan
Kump**an KMM Alliance
Projek: MatrixCert

๐ŸŒŸ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Œ๐€๐“๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐€๐’๐ˆ ๐‹๐€๐๐”๐€๐ (๐Š๐Œ๐‹)

๐Ÿ… Anugerah Intan 2 โ€“ Kategori Khas Penciptaan
Kump**an FZTI
Projek: FinanceSims โ€“ Real-World Financial Decisions Simulator

Syabas kepada semua yang terlibat atas komitmen, kreativiti dan usaha berterusan!

Tahun Ini, Tahun Kita
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€






19/08/2026

Projek Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan telah disempurnakan secara rasmi pada 17 Ogos 2026 oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

18/08/2026

Di sini, sebuah padang hoki di dalam institusi pendidikan kita kini mendapat pengiktirafan International Hockey Federation (FIH). Trek sintetiknya p**a diiktiraf World Athletics Facilities Class 2.

Ini bukan kemudahan yang kita selalu jangka ada di sebuah kolej matrikulasi.

Kolej Matrikulasi Kelantan mula beroperasi pada tahun 2013. Dalam tempoh lebih sedekad, kolej ini berkembang bersama-sama ribuan anak muda yang datang membawa cita-cita.

Apabila jumlah dan keperluan pelajar berkembang, infrastrukturnya juga mesti berkembang bersama. Sebab itu Projek Pembangunan Fasa 2 Kolej Matrikulasi Kelantan bukan sekadar menambah bangunan.

Dua blok asrama baharu menyediakan lebih banyak ruang penginapan. Pusat sehenti pelajar, kafetaria, kuarters, dewan dan pelbagai kemudahan lain melengkapkan kehidupan sebuah kampus. Kemudahan sukan dan rekreasi p**a dinaik taraf sehingga mencapai piawaian antarabangsa.

Saya mahu anak-anak yang datang belajar di institusi pendidikan kita merasakan bahawa mereka diberikan ruang dan kemudahan terbaik untuk kembangkan potensi diri. Kerana pendidikan tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah.

Kita bukan sekadar membina bangunan untuk hari ini. Kita sedang menyediakan ruang untuk anak-anak kita membina masa hadapan mereka.

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šMajlis Penyerahan Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan...
18/08/2026

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah berlangsung dengan jayanya.

Projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah Rolling Plan 1 Tahun 2021 ini menampilkan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa, sekaligus menyediakan ruang yang lebih berkualiti bagi menyokong pembangunan bakat, kecergasan dan kecemerlangan sukan dalam kalangan para pelajar.

Selain itu, projek ini merangkumi pembinaan pelbagai kemudahan utama bagi memenuhi keperluan warga kolej, antaranya blok asrama, kafeteria, blok kuarters pensyarah, pusat sehenti pelajar, dewan serbaguna, bangunan serbaguna, garaj kenderaan, gelanggang sukan dan padang, astaka berserta trek balapan dan dewan serbaguna terbuka berbumbung.

Penyediaan kemudahan yang lebih lengkap dan kondusif ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem pembelajaran, malah menyokong kesejahteraan, pembangunan sahsiah serta aktiviti kokurikulum para pelajar.

Penyerahan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya dalam memastikan pembangunan infrastruktur pendidikan sentiasa seiring dengan keperluan semasa serta aspirasi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

Semoga kemudahan yang disediakan ini terus dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh warga KMKt dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Program Matrikulasi pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"





17/08/2026

Address

Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Putrajaya
62604

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388844083

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share