SSPN-i & SSPN-i Plus

SSPN-i & SSPN-i Plus

Share

SSPN merupakan pelan simpanan yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensi

14/02/2023

Banyak untung wooo! ​

Tunggu apa lagi, jom menyimpan di akaun Simpan SSPN minimum RM50* sekarang sebelum terlambat!​

Kempen akan berakhir pada 28 Februari 2023.​

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan simpanan, sila hubungi saya di talian Whatsapp
1) Talian Utama
https://www.wassap.my/60127894113/AsmahSSPN



03/09/2021

SSPN-i Plus kini berwajah baharu.

SSPN-i Plus merupakan produk simpanan yang menawarkan enam (6) pakej simpanan berserta perlindungan takaful. Setelah ia dilancarkan pada tahun 2015, SSPN-i Plus telah berjaya menjadi produk simpanan pilihan utama rakyat Malaysia.

Kini, SSPN-i Plus dikenali sebagai Simpan SSPN Plus. Produk simpanan yang sangat kompetitif dan unik ini merupakan simpanan pendidikan yang digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang sememangnya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran. Dengan mengekalkan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) sebagai Syarikat Pengendali Takaful, Simpan SSPN Plus tampil dengan penambahan 2 lagi Syarikat Pengendali Takaful iaitu Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB). Yang pastinya, Simpan SSPN Plus masih mengekalkan pakej simpanan serendah RM1 sehari yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan manfaat perlindungan takaful yang lebih menarik sehingga RM1.2 juta!

Tunggu apa lagi? Ingin maklumat lanjut? Sila layari www.lovesspn.com


03/09/2021

SSPN-i kini berwajah baharu.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak di samping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.


Photos from SSPN-i & SSPN-i Plus's post 03/09/2021

[HEBAHAN KEMPEN] Kempen kini kembali dengan produk SSPN berwajah baharu.

Kempen ini dilancarkan sebagai menghargai pendeposit Simpan SSPN Plus yang sedia ada mahupun yang baharu untuk membuka akaun atau menambah deposit sepanjang kempen ini dijalankan.

Wow! Apa yang lagi menarik tahun ini ialah kami berikan hadiah lumayan sehingga RM320,000 kepada 221 orang pemenang.

Jadi tunggu apa lagi? Jom buka akaun atau tambah deposit ke dalam akaun Simpan SSPN Plus sekarang!

Tempoh promosi bermula pada 1 September 2021 hingga 31 Disember 2021

Maklumat lanjut boleh layari di pautan
https://lovesspn.com/cabutanwowsimpansspnplus/

*Tertakluk pada terma dan syarat

!SimpanSSPNPlus2021

30/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 buat seluruh rakyat Malaysia!

Semoga negara kita yang tercinta ini terus aman makmur dan kita semua terus bersatu teguh melawan COVID-19.


Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Putrajaya
62200