21/12/2018
Dalam beberapa hari lagi sesi persekolahan tahun 2019 akan bermula. Bagaimana persiapan ibu ayah semua? Dah prepare ke barang persekolahan anak-anak? Pening kepala sebab tak tau nak mula dari mana? Apa kata ibu ayah buat senarai dulu sebelum membeli.
(Boleh lihat contoh senarai yang ada dibawah):
Mungkin ada pakaian, alat tulis, beg atau kasut sekolah yang masih boleh pakai lagi. Jadi, tak perlulah beli baru untuk semua barang setiap kali naik sekolah kan?
Lepas dah semak senarai apa yang perlu dibeli, barulah ibu ayah survey p**a kedai-kedai yang tawarkan harga yang berpatutan di samping kualiti barang yang baik. Kalau boleh biar tahan lasak dan anak boleh pakai sampai hujung tahun. Alah membeli menang memakai. Tapi, membeli biarlah ikut budget yang telah anda tetapkan ya! Jika anda peruntukkan untuk seorang anak adalah sebanyak RM 300, kalau 4 orang anak yang bersekolah bersamaan lebih kurang RM1,200 yang perlu anda sediakan. Ini belum termasuk yuran sekolah agama + kebangsaan, yuran kelas iqra', kos buku tulis + buku aktiviti, kos transit dan tambang van sekolah lagi. Oleh itu, rancang dan berbelanjalah ikut keperluan dan kemampuan ekonomi keluarga masing-masing.
Ini contoh perbelanjaan untuk 1 orang anak (darjah 1):
1. PERBELANJAAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Bayaran Tahunan
Yuran Minggu Orientasi : RM 45
Yuran PIBG : RM 69
Buku Tulis, lencana dll : RM 170
Jumlah : RM 284/tahun
Bayaran Bulanan
Tambang Van Sekolah (Jika ada) : RM 70
Jumlah : RM 70/bulan
2. PERBELANJAAN SEKOLAH AGAMA ( KAFA - UNDER JAIS )
Bayaran Tahunan
Yuran Pendaftaran : RM 170
Buku Tulis + Buku Aktiviti : RM 22
Lencana Sekolah : RM 5
Jumlah : RM 197/tahun
Bayaran Bulanan
Yuran Sekolah : RM 30
Yuran Kelas Iqra' : RM 20
Tambang Van Sekolah (Jika ada) : RM 40
Jumlah : RM 90/bulan
Kesimp**annya, anda perlu peruntukkan sekurangnya RM 500 untuk sekolah agama + kebangsaan untuk kos yuran dan buku tulis. Kos bulanan p**a, anda boleh peruntukkan sebanyak RM 150 bagi yuran dan tambang van sekolah.
3. PERBELANJAAN KELENGKAPAN SEKOLAH
Baju Sekolah KAFA
Baju Melayu - 2 pasang : RM 54
Kain Samping - 2 helai : RM 20
Songkok - 2 : RM 20
Subtotal = RM 94
Baju Sekolah Kebangsaan
Baju Kemeja Putih - 3 helai : RM 51
Seluar Biru - 3 helai : RM 45
Seluar Sukan PJ - 2 helai : RM 36
T-shirt Putih PJ - 2 helai : RM 14
Tali Pinggang - 1 : RM 5
Tali Leher ( beli @ sekolah) : RM 10
Subtotal = RM 161
Lain-lain
Kasut Sekolah - 3 pasang : RM 30
Stokin - 3 pek x3 : RM 23
Singlet - 3 helai : RM 13
Beg Sekolah - 2 buah : RM 100
Dompet - 1 buah : RM 10
Alat Tulis - beli borong: RM 20
Baju Hujan - 1 : RM 6
Sticker Nama Anak : RM 28
Botol Air : -
Bento Box : -
Jam Tangan : -
Subtotal = RM 230
Maka, jumlah yang perlu dibelanjakan adalah sebanyak RM 485 untuk kelengkapan sekolah anak yang baru nak naik darjah 1. Tak sangka banyak jugak kan? Ini hanyalah sebagai rujukan saja, terp**ang pada ibu ayah nak ikut pun boleh atau jika ada idea tempat/kedai yang lebih menjimatkan boleh kongsikan di sini.
Untuk baju sekolah dan baju sukan, saya beli di Pusat Pakaian Hari-hari. Di sini banyak pilihan saiz dan jenis kain. Kualiti pakaiannya amat baik sebab anak saya lelaki dan sangat aktif, tapi bajunya masih elok lagi sampai sekarang.
Kasut dan stokin, anda boleh beli di MrDIY saja. Kualitinya ok dan berbaloi dengan harganya yang murah. RM 9.90 saja sepasang.
Lain-lain barang seperti alat tulis dan beg sekolah anda boleh beli di Mydin. Alat tulis kena standby buat stok sebab asyik-asyik hilang pensil, pemadam, dan pembaris masa di minggu awal persekolahan. Kat Mydin banyak pilihan dan harga juga murah.
Sticker atau pelekat nama anak bolehlah ditempah awal atau kalau nak yang ada nama kelas, tunggu hingga dah dapat tahu anak masuk kelas apa. Harga untuk pelekat nama adalah dalam lingkungan RM 28.
Nota : Kalau anda ada anak yang masuk ke sekolah menengah atau universiti, lain p**a perbelanjaannya. Yang saya kongsikan di sini hanya untuk ibu ayah yang anaknya sekolah rendah agama + sekolah kebangsaan.
Selamat menjalani alam persekolahan! π