Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya PENDAFTARAN KEMASUKAN 2026 DIBUKA

Ekosistem pendidikan Islam bersepadu. Tadika, Integrasi & KAFA. Fokus hafazan, adab, tarbiah imani dan akademik KSSR.

Membangun anak berakhlak, beriman & berprestasi. Membina insan, mencorak masa depan.

☎️0126945880

Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2026, telah berlangsung Kempen Membaca Buku Bersama Ana Muslim serta Jualan Buku yang disert...
21/08/2026

Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2026, telah berlangsung Kempen Membaca Buku Bersama Ana Muslim serta Jualan Buku yang disertai oleh para pelajar dan guru guru dengan penuh semangat.

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca, menyemai minat terhadap buku serta menanam kecintaan kepada ilmu sejak usia muda.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan cintakan pembacaan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.🌷

🌟 OPEN DAY Sri Tahfiz Nadi Al Baghdadi 🌟Masih mencari sekolah yang terbaik untuk anak anda? Inilah peluang untuk mengena...
20/08/2026

🌟 OPEN DAY Sri Tahfiz Nadi Al Baghdadi 🌟

Masih mencari sekolah yang terbaik untuk anak anda? Inilah peluang untuk mengenali kami dengan lebih dekat!

πŸ“š Temui suasana pembelajaran yang kondusif
🀝 Berkenalan dengan guru-guru kami
🏫 Lawati fasiliti sekolah
πŸ“ Dapatkan maklumat lengkap kemasukan murid baharu 2027

πŸ“… Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Sri Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya

✨ Ayuh bawa keluarga dan sertai kami. Kami menantikan kehadiran anda!

Assalamualaikum ibu ayah.. Setuju tak, ramai ibu bapa yang memilih sekolah swasta untuk hantar anak berdasarkan yuran? T...
29/07/2026

Assalamualaikum ibu ayah..

Setuju tak, ramai ibu bapa yang memilih sekolah swasta untuk hantar anak berdasarkan yuran?

Tapi tak kurang juga yang memilih atas faktor KUALITI.

1. Kualiti pendidikan
2. Kualiti para guru
3. Keselamatan & kemudahan
4. Sahsiah & karakter pelajar sedia ada
5. Khidmat tambahan (additional @ extra services)

Walau apa pun faktor pemilihan ibu bapa, jangan kesampingkan faktor-faktor ini:

1. Prestasi sekolah
2. Pengurusan sekolah
3. Persekitaran sekolah
4. Dan semestinya VALUE FOR MONEY.

Akhir sekali jangan lupa memastikan sekolah tersebut mempunya lesen atau permit untuk beroperasi dari pihak autoriti seperti KPM atau Jabatan Agama Islam Negeri/JAKIM.

PENDAFTARAN 2027 TELAH DIBUKA.
PENDAFTARAN 2027 TELAH DIBUKA.
PENDAFTARAN 2027 TELAH DIBUKA.

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Like & follow facebook Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya
2. Hubungi 012-694 5880 untuk pertanyaan lanjut & tetapkan janji temu untuk sesi penerangan dan ujian penempatan.
3. Buat pendaftaran di laman web www.mafist.edu.my
4. Hadir ke sekolah berjumpa dengan pegawai atau guru yang berkenaan.


Ceramah sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Naim Bin Aziz. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penurunan Al-Quran serta menggalakkan mereka untuk lebih mencintai dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

29/07/2026

COMEL, VIRAL, TAPI SATU VERSI SUDAH DITARIK BALIK DI UK

Mainan β€œsquishy dumpling” ini memang sangat comel dan sedang trending.

Namun Office for Product Safety and Standards, United Kingdom telah mengarahkan penarikan balik satu produk bernama β€œSqueezy Dumplings” yang diedarkan oleh Samsons Cash and Carry Ltd.

Ujian mendapati lapisan luar mainan tersebut mengandungi benzene pada kepekatan 20 mg/kg. Risiko kimianya diklasifikasikan sebagai serius. Produk berkenaan juga tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas pada pembungkusannya.

APA FUNGSI BENZENE DALAM MAINAN INI?

Jawapan tepatnya masih tidak diketahui.

Benzene ialah bahan kimia industri yang digunakan sebagai pelarut serta bahan asas dalam penghasilan pelbagai bahan lain, termasuk plastik, foam dan pewarna.

Namun, laporan penarikan balik tersebut tidak menjelaskan mengapa benzene berada pada lapisan luar mainan berkenaan.

Kemungkinan ia merupakan sisa bahan kimia atau pencemaran daripada bahan mentah dan proses pembuatan. Ini hanyalah kemungkinan kerana punca sebenar belum dinyatakan oleh pihak berkuasa UK.

Benzene bukanlah bahan yang sepatutnya diperlukan untuk menjadikan mainan itu β€œsquishy”.

KENAPA BENZENE BERBAHAYA?

Benzene mudah tersejat ke udara dan pendedahan paling lazim berlaku melalui pernafasan.

Pendedahan jangka pendek boleh menyebabkan iritasi mata, hidung, tekak dan kulit. Pada pendedahan lebih tinggi, seseorang boleh mengalami sakit kepala, pening, mengantuk, loya atau masalah pernafasan.

Pendedahan berulang atau berpanjangan p**a boleh merosakkan sumsum tulang, mengurangkan penghasilan sel darah dan meningkatkan risiko leukemia.

Namun, memegang mainan ini sekali tidak bermaksud seseorang akan terus mendapat kanser. Risiko bergantung kepada jumlah benzene, cara pendedahan, kekerapan dan tempoh seseorang terdedah.

ADAKAH PRODUK DI MALAYSIA SAMA?

Belum dapat dipastikan.

Rupa yang sama juga tidak semestinya bermaksud kandungannya sama. Masalahnya, produk yang ditarik balik itu sendiri tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas, menyebabkan perbandingan menjadi sukar.

JIKA ANDA SUDAH MEMBELINYA

Jangan sengaja menghidu, memicit berhampiran muka, menebuk, menggunting atau memanaskan mainan tersebut.

Laporkan juga produk yang meragukan kepada platform jualan dan pihak berkuasa pengguna.

Jika mainan pecah atau cecairnya terkena kulit, basuh menggunakan sabun dan air. Jika terkena mata, bilas dengan air bersih selama 10 hingga 15 minit.

Dapatkan rawatan sekiranya berlaku pening, muntah, iritasi berterusan atau kesukaran bernafas. Jika tertelan, jangan paksa muntah dan segera dapatkan pemeriksaan perubatan.

Jangan panik, tetapi jangan abaikan.

Mainan kanak-kanak bukan sekadar perlu comel. Ia juga perlu mempunyai pengeluar yang jelas, label keselamatan dan jaminan bahawa bahan yang digunakan benar-benar selamat.

Assalamualaikum wbt.. Kepada semua ibu bapa yang sedang mencari sebuah sekolah yang mempunyai kurikulum akademik, agama,...
25/07/2026

Assalamualaikum wbt..
Kepada semua ibu bapa yang sedang mencari sebuah sekolah yang mempunyai kurikulum akademik, agama, tahfiz al-Quran & ko-kurikulum di bawah satu bumbung, SRI Tahfiz Nadi Al-Baghdadi Putrajaya adalah pilihannya.

Pendaftaran sesi persekolahan 2027 telah dibuka dengan sasaran kemasukan pelajar baru tahun 1 sebanyak 50 orang pelajar. Dengan kemudahan 12 buah kelas, seramai 250 hingga 300 orang pelajar boleh ditempatkan setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-694 5880 (Unit Promosi & Pemasaran).

Layari laman web www.mafist.edu.my untuk pendaftaran. Terima kasih...

Ceramah sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Naim Bin Aziz. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penurunan Al-Quran serta menggalakkan mereka untuk lebih mencintai dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Lindung 24 Jam (PERKESO) yang dijalankan pada 15/7/2026 kepada seluruh warga s...
17/07/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Lindung 24 Jam (PERKESO) yang dijalankan pada 15/7/2026 kepada seluruh warga sekolah SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai perlindungan keselamatan sosial yang disediakan oleh PERKESO, termasuk manfaat, kelayakan, serta kepentingan perlindungan kepada pekerja sekiranya berlaku kemalangan atau musibah ketika menjalankan tugas mahupun di luar waktu bekerja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran semua staf tentang hak serta kepentingan perlindungan keselamatan sosial demi kebajikan bersama.

27/06/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. 🀲✨
Dengan izin dan rahmat-Nya, Program Projek Imarah Masjid 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak masjid, para guru, ibu bapa, para penyumbang serta semua murid yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga setiap langkah, setiap keringat dan setiap amal kebajikan yang dicurahkan menjadi saham akhirat serta diterima sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Moga program ini bukan sekadar memberi pengalaman kepada murid, malah menyemai rasa cinta terhadap rumah Allah, membentuk jiwa yang bersyukur, prihatin dan sentiasa bersedia untuk berbakti kepada agama serta masyarakat.

"Memakmurkan Masjid, Menyemai Syukur, Menabur Bakti." πŸ’šπŸ•Œ






AL QURAN MERUPAKAN INTERVENSI AWAL ANAK-ANAK🌟 JOM KENALI SR TAHFIZ NADI AL BAGHDADI & TADIKA AL BAGHDADI PRESINT 15 DI E...
19/06/2026

AL QURAN MERUPAKAN INTERVENSI AWAL ANAK-ANAK

🌟 JOM KENALI SR TAHFIZ NADI AL BAGHDADI & TADIKA AL BAGHDADI PRESINT 15 DI EIX 2026! 🌟

Sedang mencari sekolah atau pusat pendidikan terbaik untuk anak-anak anda?

πŸ“’ Kami menjemput semua ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan anak untuk mengunjungi booth SR Tahfiz Nadi Al Baghdadi dan Tadika Al Baghdadi Presint 15, Putrajaya di Early Intervention Expo (EIX) 2026!

BOOTH NOMBOR 72!!!!!

πŸ“ Lokasi: IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Level 3 East, IOI City Mall Putrajaya
πŸ“… Tarikh: 19 - 21 Jun 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi - 10.00 malam
🎟️ Masuk Percuma

✨ Mengapa perlu singgah ke booth kami?

βœ… Dapatkan maklumat lengkap mengenai program pendidikan dan pembangunan anak-anak.
βœ… Kenali pendekatan pendidikan Islam yang menitikberatkan pembentukan akhlak, sahsiah dan kecemerlangan akademik.
βœ… Ketahui kelebihan sistem pembelajaran Al Baghdadi yang terbukti membantu anak mencintai Al-Quran sejak usia muda.
βœ… Berinteraksi secara langsung dengan wakil sekolah dan guru-guru kami.
βœ… Peluang bertanya mengenai kemasukan sesi persekolahan serta program-program yang ditawarkan.
βœ… Pendaftaran sesi 2027
βœ… Dapat baucer diskaun dan hadiah dengan setiap setiap pendaftaran sesi 2027.
βœ… Mendapat hadiah & ballpen limited edition dengan pengisian google form maklumat kunjungan booth.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi yang luar biasa. Dengan bimbingan yang betul, mereka bukan sahaja mampu cemerlang dalam akademik, malah membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak dan dekat dengan Al-Quran.

πŸ’™ Jika anda sedang mencari:
πŸ“– Tadika Islamik yang seimbang dunia dan akhirat ATAU
πŸ“š Sekolah rendah yang menggabungkan akademik, tahfiz dan pembangunan sahsiah DAN
🌱 Persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berteraskan nilai Islam

➑️ Singgahlah ke booth kami sepanjang EIX 2026!

πŸ“Έ Jangan lupa ambil gambar di booth kami dan kongsikan pengalaman anda.

"Mendidik Anak Hari Ini, Membina Ummah Masa Hadapan."

Address

No. 10, Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15
Putrajaya
62050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60388618798

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya:

Shortcuts

Share