Politeknik.kolejkomuniti
Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi
Laman Facebook Rasmi ini berperanan sebagai satu wadah komunikasi antara warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta semua pengunjung yang melawati laman Facebook ini. #welovepolycc
[VIDEO] Kemasukan Pelajar ke Politeknik Melebihi Sasaran, Cecah 125%
23/06/2026
Ikuti temu bual dalam slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1 bersama-sama YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Presiden FIRA Malaysia Chapter, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan YBrs. Ts. Haji Husaini Aza bin Mohd Adam, JK Teknikal FIRA Malaysia Chapter, Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya.
Mereka akan membawakan topik ‘POLYCC ke Pentas Dunia Robotik’ sempena penyertaan POLYCC dalam 31st FIRA Roboworld Cup and Summit 2026 pada ketetapan berikut:
🗓️ 24 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 9.05 pagi
Siaran ini juga boleh ditonton melalui saluran Facebook Rasmi Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) di pautan https://www.facebook.com/selamatpagimalaysiartm/
23/06/2026
Projek Keusahawanan Sosial: Penternakan Belut Komersial yang dilaksanakan oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima suntikan dana RM100,000 menerusi Geran SejaTi MADANI 2026 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Projek berimpak tinggi itu merupakan hasil kerjasama strategik antara DagangPro Ventures, inkubator keusahawanan pelajar PTSS dan Persatuan Komuniti Kuarters PTSS bagi memperkasa pembangunan ekonomi komuniti serta melahirkan usahawan muda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berdaya saing.
23/06/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai berikut atas pelantikan sebagai:
1. YBrs. Encik Mazrul Hisyam bin Ab Malik,
Pengarah Kolej Komuniti Kuala Pilah
2. YBrs. Ts. Dr. Zairul Azrul bin Zakaria,
Pengarah Kolej Komuniti Bentong
3. YBrs. Encik Esstree bin Ishak,
Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading
4. YBrs. Puan Kasmawati binti Senawing,
Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu
5. YBrs. Encik Mohd Ariff bin Alias,
Pengarah Kolej Komuniti Semporna
6. YBrs. Encik Welzan Saimon,
Pengarah Kolej Komuniti Penampang
Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 23 Jun 2026 (Selasa).
Penyerahan surat pelantikan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) di ibu pejabat pagi tadi.
Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem pendidikan TVET di POLYCC. Selamat menjalankan tugas.
23/06/2026
Ikuti sorotan suasana sesi pendaftaran pelajar baharu kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Sesi I 2026/2027 di seluruh negara.
Selamat datang dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar POLYCC
[Berita RTM] Bidang TVET di Politeknik dan Kolej Komuniti terus dipercayai
Minat terhadap TVET terus meningkat, semakin ramai pilih Politeknik - KSU KPT
22/06/2026
LEBIH 1,000 PELAJAR BAHARU MENDAFTAR DI PTSS
Arau, 22 Jun 2026 - Suasana meriah dan penuh keterujaan menyelubungi kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) apabila lebih 1,000 pelajar baharu hadir mendaftar bagi mengikuti pengajian Sesi I 2026/2027.
Sesi pendaftaran hari ini juga telah diserikan dengan kehadiran oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kehadiran beliau bersama-sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), KPT itu bagi meninjau kelancaran proses pendaftaran pelajar baharu, kemudahan dan fasiliti kampus serta lain-lain yang terkait dengan kebajikan pelajar.
Semasa lawatan tersebut, Delegasi KPT turut meninjau kemudahan asrama yang menjadi antara keperluan utama dan diberi perhatian sewajarnya.
Untuk rekod, PTSS kini mempunyai seramai 3,592 pelajar aktif yang terdiri daripada 3,483 pelajar diploma dan sijil serta 109 pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (Asasi TVET). Dalam usaha menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti dan holistik, PTSS dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk asrama pelajar, makmal dan bengkel pengajaran berteknologi tinggi, perpustakaan, dewan kuliah, kompleks sukan, kafeteria dan lain-lain.
Hadir sama ialah YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan YBrs. Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Pengarah PTSS.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Aras 4-7, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Jalan P4W, Presint 4
Putrajaya
62100