PIBKS WP Putrajaya

PIBKS WP Putrajaya Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta (PIBKS) merupakan Inisiatif #62 di bawah Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

26 Mac, 2025Alhamdulillah, hari nie full day dengan aktiviti PIBKS. Pagi dengan taklimat yang penuh ilmu, lesson learnt ...
06/08/2025

26 Mac, 2025

Alhamdulillah, hari nie full day dengan aktiviti PIBKS. Pagi dengan taklimat yang penuh ilmu, lesson learnt dari Pengerusi PIBKS N9. Banyak nasihat dan selok-belok pengurusan PIBKS telah dikongsi, yang saya kira boleh dijadikan panduan untuk kita di Putrajaya.

Tengahari p**a perbincangan bersama dengan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPWPP. Perbincangan berkenaan tahap prestasi penguasaan dan khatam Al-Quran di kalangan murid Tahun 6 SK untuk KAFA. Juga potensi untuk kolaborasi dengan Rakan Strategik ILuvQuran. Disini saya rasa perlu perhatian dan sokongan dari kalangan YDP di SK.

Malam p**a berpeluang berbuka puasa dengan YB Senator Datuk Yeop Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya bersama JPWPP, Pengetua2 dan Guru2 Besar sekolah. Selain dari sembang santai berkenaan bola sepak ๐Ÿ˜„, kami juga bincang peluang berkolaborasi dalam menjayakan program2 untuk meningkatkan pendidikan di Putrajaya. Di samping menilai potensi untuk menjalinkan hubungan bersama Rakan Strategik Korporat.

Semoga usaha2 kita di bulan mulia ini diberkati dan membuahkan hasil demi kejayaan anak2 syurga Putrajaya.

11 Mac 202510 Ramadhan 1446Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya, Tn. Haji Ezaiddin bin Hussain bersama-sa...
06/08/2025

11 Mac 2025
10 Ramadhan 1446

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya, Tn. Haji Ezaiddin bin Hussain bersama-sama Timbalan Pengarah Pendidikan telah menyampaikan Surat Pelantikan Focal Person yang baharu kepada Tn. Haji Mohd Shaffik b Mohd Kamil bertempat di Bilik Mesyuarat Teratai, JPWPP. Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas perlantikan tersebut. Dalam majlis tersebut Pengurusan Tertinggi JPWPP berpeluang berbincang mengenai Pengurusan Kump**an Pengerak Ibu Bapa dan Komuniti Negeri (KPIBKN) dan perancangan aktiviti bagi sesi 2025.

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan En...
06/12/2024

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan Encik Ahmad Najib bin Habeb, CEO Israk Solutions Sdn. Bhd. (rakan strategik PIBKS WP Putrajaya) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Disember 2024 (Jumaat) jam 5.15 petang di Hospital Cyberjaya.

Mohon jasa baik semua mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham agar dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga diberikan kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarham.

Salam takziah daripada PIBKS Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Al-Fatihah (dibaca).

Alhamdulillah jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri atas kesudian melapang...
22/11/2024

Alhamdulillah jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri atas kesudian melapangkan masa bertemu rakyat di Medan Selera Presint 9 dan Surau al-Husna.

Alhamdulillah YBhg. Dato' Haji Mohammad Sahar Mat Din, Focal Person PIBKS Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diberikan ruang dan peluang berkongsikan pandangan sewaktu makan tengah hari.

YAB Perdana Menteri cakna dan prihatin segala pandangan yang dikemukakan. Alhamdulillah ramai kanak-kanak dapat disantuni dengan mesra oleh YAB Perdana Menteri walaupun masa begitu singkat.

Jom bersama

Address

Aras 7, Lobi 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Parcel E
Putrajaya
62604

Telephone

+60136249029

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBKS WP Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBKS WP Putrajaya:

Share

Category