Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.
(52)
Address
Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283, Persiaran Seri Perdana, Presint 10
Putrajaya
62250
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |
Telephone
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Kebangsaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Shortcuts
Category
Our Story
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau nama singkatannya PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Pada peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA telah melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Dipertua kepada persatuan ini. Di samping pembentukan perlembagaan, PUSPANITA telah berjaya menambahkan keahlian dari tahun ke tahun dan kini mempunyai lebih daripada 100,000 orang ahli. Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. PUSPANITA juga sedang dalam rangka untuk menambah beberapa manfaat bagi semua ahli.
Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan Penaung, dan Penasihat dan Yang Dipertuanya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta ahli PUSPANITA secaranya umumnya.