19/03/2026
Indah Langit Dihiasi Bintang,
Indah lagi Syawal menjelang.
Tangan Dihulur Maaf Dipinta,
Moga Silaturahim Kekal Selamanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Dari kami Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan.
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM.
12/03/2026
AUDIT PENGEKALAN PROGRAM BACELOR SAINS TAMAN DAN REKREASI DENGAN KEPUJIAN ✏️
Pada 10 Mac 2026 telah berlangsung Audit Pengekalan Program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi yang melibat semua ahli Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan. Audit ini adalah untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan masih memenuhi standard kualiti akademik yang ditetapkan oleh pihak universiti dan agensi jaminan kualiti MQA.
Segala maklum balas, teguran serta cadangan penambahbaikan daripada pihak auditor amat dihargai dan akan dijadikan panduan bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan program pada masa akan datang. Kerjasama dan komitmen semua ahli jabatan dalam menjayakan proses audit ini amatlah dihargai.
26/02/2026
🎙️PODCAST: Berilmu Berbakti
Topik: Rekreasi Inklusif & Program Adventure Without Barriers.
🗓 27 Feb 2026 (Jumaat) | 10.00 Pagi
📺 Tonton di YouTube Putra TV: https://www.youtube.com/universitiputramalaysia
Mari fahami bagaimana aktiviti rekreasi mampu menjadi inklusif untuk semua. Jangan ketinggalan! 🌳🙌
11/01/2026
Terima kasih METMalaysia. METMalaysia semestinya memainkan peranan yang signifikan dalam penyaluran maklumat dan bekalan data berkaitan cuaca dan informasi geofizik, yang merupakan faktor penting bagi memastikan keselamatan aktiviti dan kesejahteraan ruang rekreasi.
13/12/2025
Majlis Anugerah Akademik Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar 2024/2025 l 5 Disember 2025 🎓
Dengan penuh penghargaan, warga JRE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (Batch Yong Belar) di atas kejayaan menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.
Graduasi bukanlah penamat sebuah perjalanan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan untuk terus berusaha, berinovasi dan memimpin dengan hikmah, serta sentiasa menjunjung nilai integriti dan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi ✨
12/12/2025
Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,
Salam We Love UPM ❤️
With great
pleasure,we,students from
*FHR4301 Recreation Resource Valuation* course for the Bachelor of Science in Park and Recreation,Faculty of Forestry,UPM is pleased to invite everyone to a sharing session by Dr. Luke Brander. Dr. Brander is an environmental economist with over 25 years of experience in applied research. His main research interests include the valuation of natural resources and environmental impacts, as well as the design of economic instruments to address environmental problems.
Details of the sharing session:
🌿 Topic:
✨ “The Value of Outdoor Recreation in Nature Parks – Valuing recreation and tourism: How much do we value our national parks?” ✨
🗓 Date: 15 December 2025 (Monday)
⏰ Time: 4.30 p.m – 6.00 p.m
💻 Platform: Google Meet
🔗 Meet Link: https://meet.google.com/dqx-wavo-ojs
🔢 PIN: 513 758 443 #
🎙 Speaker: Dr. Luke M. Brander
📧 Email: [email protected]
Join this informative session to understand the importance of outdoor recreation and how economic valuation can help to manage national parks and natural areas.
We look forward to see you! Thank you.
10/12/2025
Tahniah Dr Mohd Aswad Ramlan atas perkongsian.
19/11/2025
🌿Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌿
Pihak Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya menjemput semua Alumni Fakulti Perhutanan untuk hadir ke majlis:
✨Hi-Tea Alumni Fakulti Perhutanan UPM ✨
🗓 Tarikh: 12 Disember 2025 (Jumaat)
🕒 Masa: 3.00 petang – 6.00 petang
📍 Tempat: Kompleks A, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia
👕 Tema Pakaian: Smart Casual
🌿 Tema Majlis: “Mengakar Di Bumi, Menyemai Budi, 50 Tahun Ikatan Yang Abadi”
Majlis ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 Fakulti Perhutanan dan menghimpunkan semula para alumni dalam suasana santai bagi mengeratkan silaturahim serta berkongsi kenangan bersama.
📱 Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk mendaftar penyertaan:
👉 https://forms.gle/ZNMUE9en7HiqQ6hK8
Jom bersama-sama kita meraikan detik bersejarah ini dan terus menyemai ikatan kekeluargaan warga perhutanan UPM! 🌳💚
“Berilmu • Berbakti • Bersama – Ikatan Alumni UPM Selamanya.”