Excel Lens Home Tuition Centre

Excel Lens Home Tuition Centre

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Excel Lens Home Tuition Centre, No. 8 Jalan P18H 1/3 Presint 18, Putrajaya.

Photos from Excel Lens Home Tuition Centre's post 16/07/2020

*Matematik & Matematik tambahan Home Tuition* di Taman Emas, Dengkil & Bangi, Putrajaya, Cyberjaya.

🔹one-to-one or group
🔹flexible time

Tingkatan 1-3

🔹RM65 sejam untuk one-to-one (min 2 jam)
🔹RM150 sejam untuk group 3 orang (min 2 jam)
🔹RM200 sejam untuk group 5 orang (min 2 jam)

Tingkatan 4 & 5
🔹RM75 sejam untuk one-to-one (min 2 jam)
🔹RM180 sejam untuk group 3 orang (min 2 jam)
🔹RM250 sejam untuk group 5 orang (min 2 jam)

✅ Guru Pakar Cemerlang Matematik dan Matematik Tambahan
✅ 20 tahun pengalaman
✅ Proven results 'Zero to Hero' pelajar Gagal ke Skor
✅ Teknik Shortcut 'Study Made Easy'

Book your slot today! Teacher Noreen -012-2608684

Photos from Excel Lens Home Tuition Centre's post 05/07/2020

Assalamualaikum dan Hi.
Good news. We have resumed our classes. Now is time to prepare your kids after a long MCO break. Our classes are 100% MCO compliant where we have only have 5 students per class and practise good hygiene.
We are also introducing our Gear Up classes to help your child to catch up with their studies. Do check us out ya. Thanks
Call us now.
012-2608684

17/10/2019

Adakah anda sedang mencari tempat transit untuk anak-anak perempuan anda di masa akan datang?

USAH BIMBANG LAGI!!!

Kami di Pusat Tuisyen EXCEL LENS ada menawarkan kemudahan transit untuk anak-anak perempuan berumur 7 tahun hingga 12 tahun bagi ibu bapa yang bekerja. kami sedia membantu dan membimbing anak-anak anda.

02/07/2019

Silibus Matematik Tahun 4 bagi tahun 2020 akan lebih mencabar dan tinggi arasnya.

Bengkel hari ini mendedahkan bilangan tajuk dikurangkan dari 18 tajuk menjadi 8 tajuk sahaja. Nampak makin sedikit kan?

Tapi sebenarnya kesemua 18 tajuk yang ada sebelum ini dipadatkan dalam 8 tajuk itu. Semua 18 tajuk yang ada itu akan tetap murid pelajari pada tahun depan.

Lebih menyeramkan, ada beberapa sub topik yang sebelum ini diajar pada tahun 5 dan 6, diselit dalam topik tahun 4.

Jadi murid tahun 4 tahun depan mesti bersedia awal-awal. Ibubapa tolong pastikan anak-anak bersedia. Cikgu kat sekolah rasa seram sejuk dah ni. Huhu.

Lebih seram sejuk, topik Panjang, J***m dan Isipadu Cecair akan terus diajar menyelesaikan masalah terus.

Tiada lagi pengenalan asas rumus seperti 1km=1000m, 1m=100cm, 1cm=10mm, 1kg=1000g, 1liter=1000ml.

Tiada lagi masa diperuntukkan untuk memahirkan murid menghafal semua rumus tu. Diulang. TIADA!

Semua tu sudah ada dalam silibus Matematik Tahun 3 yang anak-anak kita sedang belajar tahun ini.

Jadi ibubapa, tolong. Tolong pastikan anak-anak kita yang berada di tahun 3 menghafal rumus asas ini. Hat ni tak kuasai, jangan sembang nak anak cemerlang dalam Matematik lah.

Boleh dikatakan setiap topik ada penambahan. Topik pengurusan data Tahun 4 p**a memerlukan murid mahir membina piktograf dan carta palang. Ya, dah tahap kena bina sendiri dah ni.

Dulu belajar baca sahaja, sekarang kena baca, tafsir maklumat, selesaikan masalah serta pandai bina tau.

Tajuk 3 ialah topik Wang. Topik ni agak menyeramkan kerana beberapa sub topik baru diperkenalkan.

Seawal usia 10 tahun murid bukan sahaja perlu pandai tambah, tolak, darab dan bahagi wang sehingga RM100,000, tetapi mereka juga perlu tahu operasi bergabung tambah dan tolak, darab dan bahagi sekali gus.

Murid juga bakal belajar pengurusan kewangan. Hat ini aku sokong sangat. Murid diajar merancang bajet harian, merancang bajet mingguan dan bulanan bagi mencapai matlamat kewangan jangka pendek.

Ni bagus. Ajar murid merancang belanja dari awal. Nanti besar pandai kawal kewangan agar tak muflis. Hihi.

Kemudian mereka akan masuk pada sub topik 'Tanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan kewangan.'

Ni dah mula masuk sub topik berat dah. Dah macam topik kelas ekonomi tahun 90an punya dah ni. Kena jelaskan kesan keputusan kewangan, kena buat keputusan, kena analisis maklumat kewangan yang diperoleh dari pelbagai sumber. Hah tu diaaa.

Pastu masuk p**a mata wang asing. Hat ni pun berat juga. Sebelum ni kena kenal mata wang negara ASEAN sahaja, ni kena kenal mata wang utama dunia. Kenal saja okey lagi, kena nyatakan nilai RM1 berbanding nilai mata wang lain.

Aku pun tak hafal currency ni weh. Turun naik tukaran mata wang bergantung pada kekuatan ekonomi, peperangan, wabak penyakit, provokasi dan spekulasi, turun naik perdana menteri, kekuatan politik dan sebagainya.

Lepas tu mereka akan belajar instrumen pembayaran p**a. Bahkan belajar cara guna online banking, bayar guna QR code, paypall, kad debit, kad kredit, Touch n Go, dan sebagainya.

Ni aku seram.

Soalnya budak umur 10 tahun i/c pun tak ada lagi. Dah kena belajar guna paypall bagai ni dah kenapa?

Kad kredit lah, kad debit lah, paling seram online banking. Karang penuh parcel sampai kat rumah bila kau buka ada Beyblade, ada patung Barbie, ada mainan.

Rupanya anak yang umur 10 tahun guna online banking or kad kredit kau masa kau tidur. Mendapat.... Hahaha.

Ha, begitulah sedikit sebanyak tentang silibus baru untuk murid Tahun 4 bagi tahun 2020.

Aku mengharapkan kajian silibus baru akan membuka ruang untuk guru dan murid menarik nafas lega.

Rupanya selepas menghadiri bengkel, rata-rata guru makin murung dan merungut dengan silibus makin berat. 😭

Topik wang tahap tinggi tu sebenarnya bagus diperkenalkan. Tapi tak kena dalam silibus Matematik. Untuk Matematik, padan murid pandai tambah, tolak, darab dan bahagi wang cukuplah.

Itu sesuai dengan umur dan tahap mereka. Dan ilmu itu akan mereka gunakan seumur hidup mereka.

Ni siap tukaran wang asing bagai, buat subjek baru lah. Subjek Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Dunia. Haaa, masukkan dalam tu segala bagai. Belajar la topik tu saja sepanjang tahun.

Ni topik sedia ada dah cukup berat. Nak bagi murid faham penukaran unit pun berpeluh. Nak bagi mereka kuasai pecahan pun nak tercirit.

Dibebankan dengan topik sampingan seperti ini p**a memang menyeramkan lah.

Panjang lagi aku nak tulis ni. Tapi penat dah. Lapar nasi dah ni. Lain kali la p**a aku sambung ulasan bab silibus dan kesesuaian peringkat umur ni.

Sekian, terima kasih.



Copy paste daripada post Cikgu Mohd Fadhli Saleh

16/02/2019

Ibu :
Cikgu, anak saya mengadu yang dia masih tak faham subjek yang diajarkan di sekolah. Kasihan dia tertekan sebab risau peperiksaan penggal pertama hampir kunjung tiba. Bagaimana saya boleh bantu anak saya?

Kami :
Jangan risau puan, small matter aje tu...serahkan pada kami, in shaa Allah kami bantu. Kami menawarkan Kelas Super Ekspres di mana anak puan boleh habiskan topik SETAHUN hanya dalam SEBULAN.

Ibu :
Biar betul cikgu, boleh habiskan topik SETAHUN dan masa SEBULAN? Bagaimana caranya cikgu?

Kami :
Mudah sahaja puan kerana kami menggunakan MODUL KHAS BERIMPAK TINGGI di mana nota dan latihan direka khas untuk membantu pelajar memahami subjek dengan lebih mudah. Lebih cepat faham, lebih cepat dapat buat soalan Peperiksaan Tahun Tahun Lepas. Lebih banyak membuat latihan, lebih bertambah kecekapan menjawab soalan. Mudah bukan?

Ibu :
Baguslah kalau begitu, bila anak saya sudah faham nanti tentu lebih mudah untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah. Apabila cikgu mengajar ibarat sesi ulangkaji bersama guru.

Kami :
Betul tu puan. Itu yang kami mahukan. Selain itu, kami turut menyediakan sokongan tambahan. Jika pelajar mempunyai apa-apa soalan berkaitan subjek, mereka boleh wasap dan tanyakan kami tentang cara menjawab atau jalan kerja yg berkaitan. Jangan segan, jangan silu. In shaa Allah kami bantu.

Ibu :
Baik cikgu, berapa kelas yang diperlukan? Serta bagaimana untuk mendaftar? Subjek apa yang ditawarkan?

Kami :
Kelas adalah mengikut keperluan pelajar. Contohnya bagi subjek Fizik tingkatan 4, cuma ada 5 topik sahaja, jadi kami cuma perlukan 5 sesi sahaja di mana setiap sesi adalah 2 jam. Jadi total 10 jam pembelajaran untuk habiskan topik setahun Fizik tingkatan 4.
Subjek yang kami tawarkan adalah subjek :
(1) Matematik
(2) Matematik Tambahan
(3) Fizik
(4) Kimia
(5) Biologi
(6) Sains
(7) Bahasa Malaysia
(8) Bahasa Inggeris
(9) Prinsip Akaun
(10) Perniagaan
Jika puan berminat, boleh hubungi kami :

www.wasap.my/60103355363
www.wasap.my/60103355363
www.wasap.my/60103355363

Ibu :
Terima kasih cikgu. Baik saya akan daftarkan anak saya segera.

Kami :
Terima kasih kembali.

14/11/2018

Berita baik utk semua warga Putrajaya. Kelas Ulangkaji dan Persediaan 2019 sudah pun bermula. Tempat terhad jadi daftarkan anak anda segera. Sila hubungi 012-2608684 / 010-3355363 utk maklumat lanjut. Terima kasih.

19/12/2017

Jadual Waktu Kelas 2018

19/12/2017

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Berita baik untuk semua. Sesi pendaftaran 2018 telah pun dibuka. Memandangkan tempat adalah sangat terhad, kami sarankan anda untuk membuat pendaftaran awal. Sila hubungi 012-260 8684 untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 8 Jalan P18H 1/3 Presint 18
Putrajaya
62150