21/11/2023
MALAM KEMUNCAK PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) PIALA PERDANA MENTERI 2023
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani 🇲🇾
Pada 4 November 2023, Pentas Akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2023 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi.
Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia dengan dihadiri lebih 3,000 penonton.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang serta semua pihak yang telah melibatkan diri dalam menjayakan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2023!