12/09/2018
Dulu saya sibuk fokus membangunkan otak anak, hari-hari ajak dia main dan explore benda baru, expose dia dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda dan develop skill itu skill ini.
Sehinggalah saya lihat semakin banyak exposure, anak semakin aktif dan sukar duduk diam, dah pandai demand dan sukar untuk mendengar kata, sedangkan pemakanan sangat kami jaga waktu itu.
Rupanya silap saya terlampau fokus pada kecerdasan otak anak sehingga mengabaikan tarbiyah hatinya.
Bila saya follow seorang pakar psikologi, juga seorang pakar motivasi dan mudir sebuah madrasah tahfiz, kata Pak Riz ini,
"Kita sibuk bangunkan otak anak hingga kita lupa bangunkan hati anak untuk akhirat, sebab itulah generasi kini ramai yang bijak pandai tapi tiada adab dan akhlak".
Saya mula tersedar dan cuba ubah methode pendidikan, bila kita bangunkan hati anak, mindanya terbangun sendiri, tapi jika kita fokus otak anak, hatinya akan lalai dan cinta terhadap dunia (wahan).
Bila hati lalai dan cinta dunia menguasai, hati jadi keras, sukar mendengar kata, sukar dilentur, akan banyak kerosakan demi kerosakan bakal menyusul.
Sekarang methode pendidikan kami dirumah berteraskan Al-Quran dan Sunnah, buat sekadar mampu, buat sekadar tahu, disamping ibu-ayah sendiri usaha menggali ilmu.
Rupanya bukan senang nak didik seorang manusia nak dibentuk acuan sehingga benar-benar terbangunnya seorang IMAM, seorang KHALIFAH.
Hari-hari kena ada musyawarah antara suami-isteri, hari-hari kena fikir strategi baru, hari-hari kena motivasi diri sendiri, jika ibu-bapa sendiri lemah untuk "memandu", apatah lagi anak-anak yang "dipandu".
Team/ jemaah adalah formula perpaduan yang jitu dalam membangunkan jati diri anak-anak.
Jika kita sebagai ibu-bapa tak mampu "ber-team" atau "berjemaah", besar kebarangkaliannya kita tak mampu bangunkan jati diri anak yang soleh.
Benarlah, dengan mendidik anak sebenarnya Allah sedang mendidik diri kita untuk "p**ang" ke pangkal jalan...