JWES Academy

JWES Academy Kelas Al-Quran, Asas Arab dan Jawi (Online & Offline)

🔥 Anak selalu lupa FI‘IL Bahasa Arab?UPKK dah dekatJangan suruh hafal satu-satu sahaja! 😵‍💫💡 Cara mudah ingat FI‘IL:👉 Ke...
21/08/2026

🔥 Anak selalu lupa FI‘IL Bahasa Arab?

UPKK dah dekat

Jangan suruh hafal satu-satu sahaja! 😵‍💫

💡 Cara mudah ingat FI‘IL:
👉 Kenal kata kerja
👉 Kaitkan dengan gambar/aksi
👉 Ulang dalam ayat mudah
👉 Buat latihan secara berulang & ringkas

Contoh:
📌 ذَهَبَ = telah pergi
📌 جَلَسَ = telah duduk
📌 أَكَلَ = telah makan

🎯 Tips UPKK:Bila anak faham maksud + kenal bentuk perkataan + selalu guna dalam ayat, lebih mudah untuk ingat!


🌿 JUMUAH BAROKAH BUAT SEMUA IBU AYAH 🌿Assalamualaikum w.b.t.Semoga Jumaat hari ini membawa ketenangan, keberkatan dan ra...
14/08/2026

🌿 JUMUAH BAROKAH BUAT SEMUA IBU AYAH 🌿

Assalamualaikum w.b.t.
Semoga Jumaat hari ini membawa ketenangan, keberkatan dan rahmat buat seluruh keluarga 🤲🏻✨

Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada anak pandai membaca Al-Quran sampai terlupa satu perkara yang lebih besar…

❤️ Bagaimana Al-Quran menjadi sahabat hati anak dan kita sebagai ibubapa

Antara cara kecil untuk mengeratkan hubungan anak dengan Al-Quran:

1. Baca bersama walaupun sekejap
Tak perlu lama. 5–10 minit bersama ibu ayah pun sudah cukup untuk membina memori indah.

2. Jangan jadikan Al-Quran hanya ketika belajar
Sesekali baca bersama selepas solat, sebelum tidur atau pada waktu santai.

3. Puji usaha, bukan hanya pencapaian
“Bagusnya adik cuba baca hari ini.”
Kata-kata kecil daripada ibu ayah boleh membuatkan anak rasa Al-Quran itu sesuatu yang menggembirakan.

4. Hidupkan Al-Quran dalam kehidupan
Bukan sekadar membaca, tetapi perlahan-lahan ajarkan anak bahawa ayat Al-Quran memberi panduan dalam kehidupan mereka.

Semoga kita dapat membesarkan anak-anak yang bukan sahaja pandai membaca Al-Quran, tetapi hatinya sentiasa dekat dengan Al-Quran.❤️

🌸 Jumuah Barokah buat semua🙂🤲🏻

💬 Saya nak tanya ibu ayah…

Apakah waktu yang paling mudah untuk ibu ayah luangkan 5–10 minit bersama anak dengan Al-Quran??

🌅 Pagi
🕌 Selepas solat Maghrib
🌙 Sebelum tidur
📖 Hujung minggu

14/08/2026
Belajar tajwid sambil berimaginasi…Elak otak anak hanya belajar dan menghafal…Jadikan belajar tajwid perkara yang sangat...
14/08/2026

Belajar tajwid sambil berimaginasi…
Elak otak anak hanya belajar dan menghafal…
Jadikan belajar tajwid perkara yang sangat seronok..

Tajwid hak kepada al quran
Jom terus cari solusi anak seronok belajar tajwid🥰🤲🏻
Salam jumuah barokah

🎉✨ Jom Sertai Bengkel Sifir Jari Bersama BURUJKIDS! ✨🎉Anak masih keliru dengan sifir? Kini belajar matematik jadi lebih ...
03/08/2026

🎉✨ Jom Sertai Bengkel Sifir Jari Bersama BURUJKIDS! ✨🎉
Anak masih keliru dengan sifir? Kini belajar matematik jadi lebih mudah, menyeronokkan dan berkesan! 🧮🙌
🌟 Bengkel Sifir Jari BURUJKIDS direka khas untuk kanak-kanak berumur 8 hingga 17 tahun, membantu mereka menguasai sifir menggunakan teknik jari yang kreatif dan mudah difahami.
📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
💰 Yuran: Hanya RM100
🎁 Bonus Istimewa!
Daftar sekarang dan nikmati Bengkel Solar Car PERCUMA pada jam 2.00 petang – 4.00 petang! 🚗☀️
🍽️ Jamuan turut disediakan untuk semua peserta.
📍 Lokasi:
Ibu Pejabat BURUJKIDS SDN BHD,
Wisma Al Baghdadi, Bandar Baru Selayang
💡 Berikan anak anda peluang untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan, membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran matematik mereka.

Tempat adalah terhad!
Tuan/puan boleh mendaftar di⬇️

https://burujkids.onpay.my/order/form/bengkelsifirjari

Belajar Sifir Lebih Mudah, Lebih Pantas, Lebih Yakin bersama BURUJKIDS! 🌈📚✨

📖 TIPS MUDAH ANAK CEPAT KUASAI IQRA'Ramai ibu bapa sangka belajar Iqra' hanya perlu baca setiap hari. Hakikatnya, ada be...
20/07/2026

📖 TIPS MUDAH ANAK CEPAT KUASAI IQRA'

Ramai ibu bapa sangka belajar Iqra' hanya perlu baca setiap hari. Hakikatnya, ada beberapa langkah yang menjadikan pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan.

😃5 Step Belajar Iqra' Dengan Mudah

✅ 1. Kenal huruf dahulu
Jangan tergesa-gesa membaca. Pastikan anak benar-benar mengenal bentuk dan nama huruf hijaiyah.

✅ 2. Sebut mengikut makhraj yang betul
Biasakan anak mendengar dan meniru sebutan guru supaya bacaan sejak awal lebih tepat.

✅ 3. Belajar sedikit tetapi konsisten
10-15 minit setiap hari lebih berkesan daripada belajar lama tetapi tidak konsisten.

✅ 4. Ulang bacaan yang sama
Pengulangan membantu anak lebih yakin dan tidak mudah lupa.

✅ 5. Berikan pujian dan galakan
Setiap kemajuan walaupun kecil patut diraikan. Anak akan lebih bersemangat untuk belajar.

🌱 Ingat!
Belajar Iqra' bukan perlumbaan untuk cepat habis, tetapi membina asas bacaan Al-Quran yang betul dan berkualiti.

Di JWES Academy ,kami menggunakan pendekatan visual, interaktif dan bimbingan secara personal supaya anak lebih mudah memahami setiap pelajaran.

💬 Berminat untuk anak belajar secara online bersama guru yang membimbing langkah demi langkah???
Boleh wassap kami🙂🤲🏻

http://www.wassap.my/0178776359ngaji

Terus berusaha bagi pelajar seronok belajar ilmu tajwid🥰🤲🏻Trial percuma ada beberapa slot lagi…Belajar ilmu tajwid-talaq...
06/07/2026

Terus berusaha bagi pelajar seronok belajar ilmu tajwid🥰🤲🏻
Trial percuma ada beberapa slot lagi…
Belajar ilmu tajwid-talaqi mengaji-kuiz@soalan menguji kefahaman pelajar…,
Semoga bermanfaat apa yang diajar…

Address

Jalan P11E/5, PRESINT 11
Putrajaya
62300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JWES Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JWES Academy:

Shortcuts

Share

Category