Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya

Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya telah beroperasi dengan pengambilan kohort pertama tahun 2019

Pendaftaran Pelajar Baharu Kohort 6 Tingkatan 6 SMKA Putrajaya pada 1 Julai 2024 di Dewan Saidina Umar Al-Khattab
02/07/2024

Pendaftaran Pelajar Baharu Kohort 6 Tingkatan 6 SMKA Putrajaya pada 1 Julai 2024 di Dewan Saidina Umar Al-Khattab

24/05/2024
24/05/2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memohon Tingkatan Enam Tahfiz ambilan Julai 2024.

Permohonan itu akan dibuka secara dalam talian mulai 27 Mei hingga 2 Jun menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my

Sebanyak sembilan Pusat Tingkatan Enam menawarkan Tingkatan Enam Tahfiz iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya (SMAPUTRA) Wilayah Persekutuan Putrajaya; SMKA Kedah, Alor Setar, Kedah; SMKA Kerian, Perak; SMKA Maahad Muar, Muar, Johor dan SMKA Tok Bachok, Kelantan.

Selain itu, SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan; SMKA Kota Kinabalu, Sabah; SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Sarawak dan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu turut menyediakan Tingkatan Enam Tahfiz.

Untuk maklumat anda, pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz mengabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa tiga semester.

Pengajian tahfiz ini bertujuan melahirkan pelajar yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu berkaitan al-Quran dan cemerlang akhlak.

Kandungan mata pelajaran tahfiz al-Quran yang diperkenalkan di Tingkatan Enam Tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah serta mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil.

Kem Jati Diri Kecemerlangan STPM  3.60 telah diadakan pada 15 - 18 Disember 2023 di Kem Wawasan Negata Alor Gajah, Melak...
19/12/2023

Kem Jati Diri Kecemerlangan STPM 3.60 telah diadakan pada 15 - 18 Disember 2023 di Kem Wawasan Negata Alor Gajah, Melaka melibatkan 75 pelajar Pra Universiti SMKA Putrajaya.

Karnival Sukan Tingkatan 6  memulakan acara Bowling pada hari ini . Semua pelajar Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya...
18/09/2023

Karnival Sukan Tingkatan 6
memulakan acara Bowling pada hari ini . Semua pelajar Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya dan sebahagian SMK Putrajaya Presint 5(1) telah bertanding. Sebahagian Guru Ting6 tidak ketinggalan bersama menunjukkan kehebatan masing-masing.. Terbaik

Cerita semalam; 13 September 2023Lawatan Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya
14/09/2023

Cerita semalam; 13 September 2023
Lawatan Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya

هذا من فضل ربنا…Tahniah Batch Zun Nurain Kohort ke3 Pelajar STPM SMKA Putrajaya yg telah menghadiahkan kejayaan paling c...
14/09/2023

هذا من فضل ربنا…
Tahniah Batch Zun Nurain Kohort ke3 Pelajar STPM SMKA Putrajaya yg telah menghadiahkan kejayaan paling cemerlang..
1) Anugerah Platinum Pencapaian Terbaik STPM 2022 (SMKA) PNGK 3.60
2) Anugerah Platinum Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran Syariah STPM 2022 (SMKA) NGMP 3.79
3) Anugerah Platinum Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran Tahfiz STPM 2022 (SMKA) NGMP 3.68
4) Anugerah Platinum Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Arab STPM 2022 (SMKA) NGMP 3.61
5) Anugerah Emas Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran Pengajian Am STPM 2022 (SMKA) NGMP 3.28

Address

Smka
Putrajaya
62300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat PraUniversiti KPM SMKA Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share