30/04/2026
๐ข HEBAHAN PROGRAM
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Simposium Pengurusan Alam Sekitar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐
14 โ 15 Julai 2026
๐ Bangi Avenue Convention Centre, Bangi
Simposium ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, pengukuhan jaringan profesional serta penerokaan solusi praktikal berkaitan pengurusan alam sekitar dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sehubungan itu, semua pihak yang berminat adalah dijemput untuk menyertai program ini. Pendaftaran kini dibuka dan tempat adalah terhad.
Sekian, terima kasih.
๐ฟ Kelestarian bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Industri hari ini berdepan cabaran yang semakin kompleks dalam pengurusan alam sekitar sama ada dari segi pematuhan perundangan hingga pelaksanaan amalan terbaik yang mampan.
Justeru, Simposium Pengurusan Alam Sekitar: โKelestarian Alam Sekitar: Tanggungjawab Kita Bersamaโ hadir sebagai platform eksklusif yang menghimpunkan pihak industri, juru perunding, akademia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta strategi terkini dalam menangani isu-isu alam sekitar secara lebih efektif.
๐ก Sertai kami untuk mendapatkan insight terkini, memperkukuh jaringan profesional dan meneroka solusi praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam operasi organisasi anda dan seterusnya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
๐ Tempat adalah terhad, daftar sekarang di pautan ( https://q.me-qr.com/6tqxyw6d ) dan jadilah sebahagian daripada perubahan.
08/04/2026
๐ข Jom Sertai Siaran Langsung Podcast!
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Podcast Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa (Siri 2) dengan tajuk:
โป๏ธ โE-Waste: Ancaman Senyap di Rumahโ
๐ Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 10:00 pagi
๐ Platform: Facebook & YouTube Jabatan Alam Sekitar
Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!
HEBAHAN SESI PODCAST BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PENGUAT KUASA JABATAN ALAM SEKITAR 2026
Satu Podcast bertajuk "E-Waste: Ancaman Senyap di Rumah" akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 Pagi
Tuan/ puan adalah dijemput untuk menyertai sesi podcast ini melalui siaran live media sosial Jabatan.
Sijil penyertaan akan diberikan.
09/12/2025
๐ฟ8 Disember 2025, Tawau, Sabah - AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (CAWANGAN TAWAU) SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TADIKA PASTI NURUL MAWARDAH TAWAU KE TAMAN BUKIT TAWAU, SABAH๐ด
05/12/2025
Anda ada peralatan elektrik atau elektronik yang sudah tidak digunakan? Telefon lama, komputer, atau barangan elektronik lain yang rosak? Jom hantar untuk dikitar semula dan dapatkan hadiah misteri!
๐ Pekarangan Dataran Putrajaya
๐
5 โ 7 Disember 2025
โฐ 9.00 pagi โ 10.00 malam
Datang ke reruai NRES untuk menikmati pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik untuk semua.
20/11/2025
Keputusan Pemenang Utama Aktiviti Pertandingan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Negeri Sabah 2025 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar (KePKAS)
Pertandingan Melukis bertemakan Perubahan Iklim
Pertandingan Infografik Alam Sekitar bertemakan Kelestarian Alam
Pertandingan Fotografi bertemakan Keindahan Alam
13/11/2025
HEBAHAN SESI PODCAST SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2025
Satu Podcast bertajuk โAduan Tepat, Tindakan Lebih Cepatโ akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 November 2025 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang
Tuan/ puan adalah dijemput untuk menyertai sesi podcast ini melalui siaran live media sosial Jabatan.
Sijil penyertaan akan diberikan.
05/09/2025
๐ Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
โป๏ธ PROGRAM TRASH TO TREASURE: SISA ELEKTRIK & ELEKTRONIK โป๏ธ
Kami dari Kelab Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, Legenda Bumimas Sdn. Bhd., Badan PEER Kaunselor (PEERs) UiTM Cawangan Sabah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah, Sekretariat Rakan Muda (SRM) UiTM Cawangan Sabah, serta rakan penaja ingin menjemput semua warga Kota Kinabalu serta orang awam untuk bersama-sama menyertai program pengumpulan e-waste seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: Rabu, 10 September 2025
โฐ Masa: 2.30 petang โ 5.00 petang
๐ Tempat: Taman Indah Permai, Kota Kinabalu, Sabah
โจ Kategori barangan E-Waste yang boleh dihantar:
๐ Peralatan Elektrik Rumah: TV, peti sejuk, kipas elektrik, seterika, periuk elektrik.
๐ป Peranti IT & Komunikasi: komputer meja, komputer riba, tablet, telefon bimbit, pencetak.
๐ถ Peralatan Hiburan & Audio: radio, speaker, kamera digital, konsol permainan video, DVD/VCD player.
๐ Aksesori: pengecas, kabel wayar elektrik.
๐ฏ Objektif Program:
๐ก Memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan e-waste yang betul.
๐ก Memupuk amalan kitar semula demi kelestarian alam sekitar.
๐ก Menyediakan pusat pengumpulan mudah capai untuk komuniti setempat.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
๐ฒ Kelvin: https://wa.me/+6011 55287998
๐ฒ Adiba: https://wa.me/+6018 5846864
๐ฒ Irfan: https://wa.me/+6011 33881206
05/09/2025
Hebahan Aktiviti untuk Rakan Alam Sekitar (Ahli RAS) !! Program Sew & Save ๐ธ๐๐งต๐ชก
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia akan mengadakan Program Sew & Save kepada Rakan Alam Sekitar JAS (Ahli RAS)
Aktiviti Sew & Save ini menekankan kepentingan kitar semula (upcycle), penukaran guna (repurpose), dan pengurangan (reduce) sisa tekstil sebagai langkah proaktif ke arah kelestarian
Info Program ๐ธ๐
1. Lokasi Program : di Pusat Latihan Kraftangan Epal, Karamunsing Capital Kota Kinabalu
2. Terbuka kepada Ahli Rakan Alam Sekitar - perlu kemukakan ekad/esijil dalam google form pendaftaran
3. . Keutamaan penyertaan kepada suri rumah atau ahli RAS yang berminat dengan Upcycling disamping boleh belajar bagi menjana pendapatan tambahan kelak
4. Tempoh program bermula 9,30 pagi - 1.30 petang (makanan ringan akan disediakan)
5. Ahli RAS yang berminat boleh memilih untuk menyertai Sesi 1 pada 12 Sept 2025, Jumaat) pada pautan https://forms.gle/6AHgcMpEtojJ9ts76 ATAU Sesi Kedua pada 20 Sept 2025, Sabtu di pautan https://forms.gle/mrsMQBCkSjAZTKuT8
6. Penyertaan akan DITOLAK jika tidak kemukakan bukti ahli Rakan Alam Sekitar
7. Sila hubungi Puan Adylina di talian 088-488166 atau emel [email protected]
Sekian dan jumpa anda di Pusat Latihan Kraftangan Epal, Karamunsing Capital Kota Kinabalu ๐งต๐ชก๐
18/04/2025
Sabah Negeri Bawah Bayu
๐ณ ๐ ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐ธ๐ผ๐ธ: ๐จ๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐
Hai kawan-kawan. Tahukah kamurang bahawa satu langkah penting dalam usaha mencegah bencana alam ialah penanaman pokok.
Setiap pokok yang kita tanam bukan sahaja memperindah persekitaran, tetapi ia juga merupakan benteng yang teguh dalam usaha tebatan banjir.
Akar pokok bertindak sebagai penghalang yang membantu menyerap air hujan, mengurangkan risiko banjir yang boleh memusnahkan harta benda dan merosakkan kehidupan seharian kita.
Lebih daripada itu, penanaman pokok juga memainkan peranan penting dalam mencegah hakisan sungai dan tanah runtuh.
Dengan menguatkan tanah di sekitar sungai, akar pokok membantu menstabilkan tanah, menghalang tanah daripada runtuh, dan melindungi kawasan sekeliling dari kerosakan yang parah.
Untuk itu pada 22 April ini, satu aktiviti penanaman lebih 60,000 anak pokok akan diadakan sempena sambutan Hari Bumi Tuaran 2025. Ia melibatkan para murid di seluruh Tuaran iaitu sekitar 29,000 orang murid.
Bah mari kita sama-sama tanam pokok. Mari kita bersama-sama bergerak ke arah bumi yang lebih hijau dan selamat! Tanam pokok hari ini untuk masa depan yang lebih baik! ๐๐
18/04/2025
SAbah Negeri Bawah Bayu
Sambutan Hari Bumi Tuaran 2025 akan diadakan dengan aktiviti penanaman lebih 60,000 anak pokok secara serentak di seluruh daerah Tuaran. Pelancarannya akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Datoโ Sri Huang Tiong Sii di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malangang Kiulu.
Sambutan Hari Bumi Tuaran 2025 akan diadakan dengan aktiviti penanaman lebih 60,000 anak pokok secara serentak di seluruh daerah Tuaran. Pelancarannya akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Datoโ Sri Huang Tiong Sii di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malangang Kiulu.
26/02/2025
PROGRAM APRESIASI ALAM SEKITAR DI GUA KELAM BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Program Apresiasi Alam Sekitar Bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) Negeri Perlis telah dianjurkan di Taman Rekreasi Gua Kelam dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Malaysia Negeri Perlis, serta pensyarah dari UniMAP.
Seramai 50 ahli RAS menyertai program ini bersama Pengarah Komunikasi Strategik, Puan Hajah Azuri Azizah Bt. Hj. Saedon; Pengarah JAS Perlis, Encik Jamal Affendy Bin Shahar; dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam, Prof. Madya Ts. Dr. Che Zulzikrani Azner Bin Abidin. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat RAS, Program Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS), taklimat biodiversiti hutan, serta penerokaan Gua Kelam 1.
Program ini diharap dapat diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.