Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita. Aamiin Allahuma Aamiin.
Pusat Tuisyen Excel Lens
STUDY MADE EASY Kami menyediakan perkhidmatan tuisyen kepada pelajar-pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5 (UPSR/PT3/SPM). Terima kasih
Pusat Tuisyen Excel Lens (PTEL) yang telah beroperasi sejak 2008 terletak di 24A Jalan Diplomatik, presint 15, PUTRAJAYA ( bersebelahan RodaLink/Secret Recipe/Farmasi V Care) telah berpindah Presint 18, Putrajaya. Kami turut menyediakan kelas bagi Cambridge Checkpoint dan IGCSE. Sila hubungi 012-2608684 untuk maklumat lanjut.
28/06/2023
Terus terang saya mengatakan, silibus Matematik Malaysia sangat tak berkualiti, dan adanya KPM pihak jabatan yang mabuk ketum, makin merudumlah pencapaian pelajar kita. Dari dulu kaji, selidik, pinda, kaji, selidik, pinda. Berapa kali silibus ditukar? Yang tahu, mesyuarat mesti ada jamuan, minit mesyuarat, gelak ketawa, tanpa rasa keseriusan masalah silibus kini. Maaflah jika ada orang jabatan disini yang terasa pedas, tapi kami disini lebih rasa 'panas' dengan tanggungjawab kamu semua. Kalau rasa susah sangat buat, saya lebih rela hati gubal silibus Matematik tanpa satu sen bayaran dan jamuan mesyuarat.
1) Silibus.
Kembalikanlah silibus Matematik berlandaskan 'Pure Math' seperti zaman dahulu. Pernah tengok silibus mak ayah kita dahulu? Jauh lebih susah dari sekarang. Tapi susah sebab kita dah abai proses Matematik itu sendiri. Matematik tulen mengajar pelajar dari proses pengiraan dan konsep. Bukannya bacaan dan menghafal. Apa 'significant' nya topik tingkatan 3 bab Simpanan, pelaburan, kredit dan hutang? Apa 'relevant' nya diletakkan topik Pengurusan Kewangan dalam Matematik Tingkatan 4 sedangkan nak menguruskan masa belajar pon masih terkial-kial? Bila orang yang tak pernah buat kajian, syok sendiri, beginilah jadinya. Sebagai pengkaji silibus luar negara, tak pernah lagi saya lihat topik pengurusan kewangan dalam silibus mereka. Sebagai pelatih Olimpiad juga, tak pernah lagi saya jumpa soalan berkaitan pinjaman rumah, pelaburan dan kad kredit dalam soalan. Lebih karut bila ada juga topik matawang asing dalam silibus sekolah rendah. Bukankah lebih penting hasil operasi duit dari mengenal matawang asing? Badut mana yang masukkan? Saya tak kata topik ni tidak penting, tapi bukan masa yang sesuai untuk mereka belajar topik begini di sekolah menengah. Kita mahu memupuk proses asas matematik di bangku sekolah, bukan pengurusan dan mengenal matawang.
2) Kalkulator.
Dari dulu saya tegaskan, jangan jadikan penggunaan kalkulator sebagai rutin. Kalau merokok tu membunuh, kalkulator juga perosak proses matematik. Dengan kalkulator mereka semakin lemah sifir dan semakin malas mencongak. Apatah lagi kalau pemfaktoran kuadratik dan pengamiran. Dah tingkatan 5 masih menggunakan kalkulator untuk operasi tambah 1 angka. Pelajar darjah tiga senyap-senyap guna aplikasi kalkulator di 'Apple watch' untuk kira pecahan. Rasa kelakar? Tidak, malah lebih kasihan pada mereka. Lepas tu tanya saya, 'macam mana sir/sensei boleh kira laju?', 'macam mana boleh faktor kuadratik laju?' Sebabnya ada dua. Saya tak pernah guna kalkulator, dan soalan tu saya buat sendiri tanpa ikut buku teks. Ya, soalan dari buku teks sendiri memaksa pelajar untuk gunakan kalkulator. Kenapa tak buat soalan yang memberi jawapan nombor bulat atau pecahan (rational)? Atau kalau boleh biarkan jawapan dalam 'exact value' dalam bentuk Ο, atau surd. Ini tidak, semuanya 'berikan jawapan dalam 3 tempat perpuluhan, angka bererti. Memanglah terpaksa guna kalkulator. Walhal proses nak dapatkan jawapan tu lebih jauh pentingnya. Sebabnya? Malas nak buat soalan yang jenis macam tu, asalkan dapat jawapan. Buat soalan juga kena fikir, bukan main belasah sahaja. Paling kelakar, boleh p**a dalam ruangan 'tips' dalam buku rujukan cara untuk gunakan kalkulator dari A-Z. Tips supaya pelajar jadi malas. Sampah. Pergi tengok buku matematik silibus Jepun. Macam langit dan bumi.
2) Guru.
Maaflah kalau isu ni sensitif sikit. Tapi tak nak salahkan guru 100 peratus. Asalnya pon dari sistem pendidikan juga. Guru yang tidak kompeten. Guru yang asalnya major subjek lain terpaksa mengajar Matematik. Adakah pilihan dia untuk mengajar subjek tu? Tidak. Tapi kalau dah tiada pilihan bagaimana? Buatlah latihan intensif untuk guru. Bukan beri latihan pada pelajar sahaja. Ini tak, asal guru cuti bersalin, disuruhnya guru lain yang tidak kompeten mengajar kelas tersebut. Dah jadi pening semua pelajar. Dulu cikgu ajar lain, sekarang lain. Dah jadi c**a merba. Kemudian pelajar MRSM atau SBP tidak dibenarkan ambil tusyen luar. Sebab mereka dah ada program sendiri untuk pelajar mereka. Ewah ewah, s**a hati merekalah. Kalau mereka tak boleh nak fokus pada kelas dengan pengendalian ramai pelajar, dengan tusyen sahajalah dapat bantu mereka sebenarnya. Jangan anggap program di sekolah sahaja dapat bantu mereka.
3) Peperiksaan.
Sekejap PBD, lepas tu UASA, kemudian UPSA, tahun depan NASA p**a π
. Ada p**a IGCSE bajet nak buat kelainan. Dah macam kartun. Lebih kartun lagi sekejap buat DLP sekejap 100% bahasa Melayu. Kelas pon bahagi dua, cikgu tak cukup. Ada p**a kelas DLP, buku teks dalam English, tapi guru mengajar dalam bahasa Melayu. Kelakar betul. Buat semula UPSR, PMR, dan selaraskan aliran. Ramai yang s**a sebenarnya, lebih-lebih lagi ibu bapa. Bila ada peperiksaan sebegini, kurangnya jurang prestasi pelajar lemah dan pandai. Sebab pelajar seboleh-bolehnya cuba kejar pencapaian dalam peperiksaan besar. Kalau SPM sahaja, mereka beranggapan "oh gagal darjah 6 pon boleh naik tingkatan 1", dan akhirnya mereka akan jauh ketinggalan. Topik paling 'basic' pon masih terkial-kial. Sebagai bukti, berapa ramai pelajar yang masih lemah pecahan yang sepatutnya mereka perlu mahir semasa sekolah rendah, tetapi di tingkatan 2 dalam topik Algebra kebanyakannya gagal. Sifir pon tak hafal walaupun tingkatan 5. Macam mana nak mengajar topik yang lebih kompleks kalau sifir pon tak mahir.
4) KBAT.
Tolonglah mansuhkan KBAT. Kami dibesarkan tanpa soalan KBAT. Ini bukan peringkat Universiti bila semua asas telah kukuh, faham konsep Matematik, baru boleh nak berfikir aras tinggi. Banyak kali saya tegaskan, peringkat sekolah adalah peringkat untuk mengukuhkan konsep. Peringkat untuk timbulkan minat. Bila masukkan soalan sebegini, dapatkah mereka buat bila asas pon lemah? Soalan aplikasi sudah cukup KBAT. Soalan berkaitan luas, isipadu, sudut, Geometri, pelajar Malaysia sangat-sangat lemah. Tak boleh berfikir langsung walhal soalan 'direct'. Luas segitiga pon tak tahu, apatah lagi isipadu piramid dan kon. Macam mana mereka nak minat bila tengok soalan susah, memaksa mereka berfikir, ambil masa yang lama, kemudian cepat bosan. Kami dari tahun 90-an tak tahu apa itu KBAT, tapi masih ingat formula isipadu sfera sampai sekarang walaupun tak guna masa kerja. Soalan semua nak suruh pelajar berfikir aras tinggi, tapi bila peperiksaan, aras markah Matematik direndahkan supaya nampak ramai pelajar dapat A dan lulus. Kelogikan apakah ini? KPM patutnya kena berfikir aras tinggi lagi.
5) Buku latihan
Satu je nak cakap. Kalau tak pandai buat soalan, jangan buat soalan, jangan publish, jangan cari duit dengan cara macam ni. Jangan buat kaedah-kaedah mengarut, acah-acah cara pantas, cara efisyen yang mana tak efisyen mana pon pada pelajar. Mereka jadi pening sebab lain dengan apa yang mereka belajar di sekolah. Kalau operasi aritmetik sekolah rendah, tak perlu nak tunjuk cara alternatif, cara bodoh. Tunjuk sahaja bentuk lazim. Senang. Ini, beri soalan yang sangat tidak berkualiti, soalan yang tak masuk akal bajet KBAT. Paling tak s**a adalah kiraan anggaran sekolah rendah. Satu bekas penuh bersamaan 1 liter. Kalau tak penuh, kirakan anggaran isipadu. Apa jawapannya? 800 ml? 734 ml? Tengok jawapan, eh dia tulis 750 ml. Kepala hotak dia. Ini bukan soalan mencabar minda, tapi mencabar kesabaran dan mencabar maruah ibu bapa beri jawapan salah kepada anak-anak.
Lol
27/04/2022
Keep on trying for success is waiting β€οΈ
06/04/2022
Pusat Tuisyen Excel Lens ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Aamiin Allahuma Aamiin π€²
Alhamdullilah ada orang nak sponsor kelas Add Maths bernilai RM150 sebulan sempena Ramadan. Cepat komen nak π
26/01/2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom ikuti kelas Addmaths Online Percuma.
Tarikh/ Hari : 30/1/2022 (Ahad)
Masa : 2-3 petang
Tempat : Google Meet
Jumpa nanti ya π
Semoga bermanfaat.
Anak anda masih lemah sifir? Jom kami bantu. Terbuka kepada pelajar yang masih belum menguasai sifir. Ikuti Bengkel Super Sifir kami yang
β
π―% mudah
β
π―% berkesan
β
π―% menyeronokkan
Tempat terhad. Jom daftar βΊοΈ
www.wasap.my/60146602994
Jumpa nanti ya π
25/09/2021
Jangan lupa date kita untuk Kelas Online Addmaths Percuma esok ya. Masih ada masa untuk mendaftar. Whatsapp kami segera.
www.wasap.my/60146602994
23/09/2021
Masih struggle dengan Addmaths? Nak kami bantu? Jom sertai Kelas Online Addmaths Percuma kami. 100% percuma dengan 100% pengisian ilmu yang padat dan mudah difahami. Tips dan teknik 'shortcut' akan turut kami kongsikan. Best ke best? π Jom daftar. Whatsapp www.wasap.my/60146602994. Jumpa nanti π
22/08/2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pusat Tuisyen Excel Lens akan mengadakan Bengkel Super Sifir secara percuma. Mari isikan masa anak anda dengan mengikuti tips mudah dan berkesan untuk menguasai Sifir Asas.
Tarikh : 31 Ogos 2021 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Google Meet
Tempat terhad. Daftar segera.
Sila whatsapp kami , www.wasap.my/60103355363 untuk pendaftaran.
Terima kasih.
21/08/2021
Hi. Good news.
Google Meet dah ada 5 fungsi baharu π
(1) Noise Cancellation
(2) Break Rooms
(3) Polls
(4) Q & A
(5) Attendance tracking.
Wow! Semua fungsi yang menarik. Jom kita lihat.
Kredit : Cikgu Ricky Kong
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
NO 8, Jalan P18H 1/3, PRESINT 18
Putrajaya
62150
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |