polycc.edu

polycc.edu

Share

Facebook Rasmi Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti

30/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga petugas POLYCC atas kejayaan menjayakan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 bagi 10 Zon di seluruh Malaysia.

Dedikasi anda semua bukan sekadar melaksanakan tugas, tetapi menjadi pemangkin kepada inspirasi dan harapan ribuan pelajar yang hadir mencari hala tuju masa depan. Setiap interaksi, setiap perkongsian ilmu dan setiap usaha yang dicurahkan telah membuka peluang baharu kepada generasi TVET negara.

Komitmen, semangat berpasukan dan profesionalisme yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan sebenar POLYCC sebagai peneraju pendidikan kemahiran.

Teruskan melakar kecemerlangan,
kerana bersama, kita membina masa depan yang lebih gemilang.

Bersama Membina Masa Depan TVET! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Politeknik Tawau Sabah Kolej Komuniti Hulu Langat Politeknik Besut Terengganu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) KK Pasir Gudang Kolej Komuniti Penampang Kolej Komuniti Sarikei Politeknik Kuching Sarawak Politeknik Sultan Azlan Shah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS

23/04/2026

๐ŸŽ“โœจ Jom meriahkan JMU 2026 โ€“ Zon Tengah II bersama POLYCC!

๐Ÿ—“ 25 โ€“ 26 April 2026
๐Ÿ“ Dewan Tuanku Canselor, UPSI, Tanjong Malim, Perak

๐ŸŒŸ Singgah reruai POLYCC dan terokai:
โœ… Program Politeknik & Kolej Komuniti
โœ… Syarat kemasukan & panduan permohonan
โœ… Laluan sambung belajar dalam bidang TVET
โœ… Tanya je โ€” team POLYCC sedia bantu!

Yang penting,
๐ŸŽ Scan dan Menang Cabutan Bertuah tauuuuu

๐ŸŽฏ Terbuka kepada lepasan SPM/STPM/STAM, ibu bapa & orang awam

๐Ÿ’ก Pilih laluan tepat untuk masa depan anda โ€” pilih TVET, pilih POLYCC!

๐Ÿ“Œ Masuk PERCUMA!

๐Ÿ‘‰ Jumpa anda di reruai POLYCC!

23/04/2026

Daftar Segera! Kuasai kemahiran praktikal dalam tempoh sesingkat 2 minggu bagi setiap pakej modul. Tingkatkan kompetensi mengikut keperluan industri dan persiapkan diri anda untuk terus melangkah ke alam pekerjaan!

*Micro-Credentials (Micro-C)* Kolej Komuniti adalah jawapannya! Kini semua orang boleh belajar tanpa batasan.

"Anda layak memohon jika anda:
โœ… Warganegara Malaysia (16 tahun ke atas).
โœ… Boleh membaca, menulis, dan mengira.
โœ… Bersemangat tinggi dalam bidang kemahiran.
โœ… Tekad untuk berjaya sebagai pekerja mahir atau usahawan yang berkemahiran!"

Mengapa Anda Perlu Pilih Micro-C?
โœจ *Yuran Mesra Poket:* Hanya RM200 bagi satu pakej modul kompetensi. Pelaburan kecil untuk masa depan besar!
โœจ *Tanpa SPM Bukan Masalah:* Semua rakyat Malaysia layak memohon tanpa kelayakan akademik.
โœจ *Laluan Alternatif (APEL)* : tanpa SPM anda layak memohon kemasukan ke peringkat Sijil Kolej Komuniti.
โœจ *Pembelajaran Fleksibel* : Sesuai dengan slogan "Anyone, Anytime, Anywhere".

Kuasai Bidang Kemahiran Yang Ditawarkan:
โœˆ๏ธ Pelancongan: Pakar Pengembaraan
๐ŸŒณ Landskap: Seni Alam Bina
๐Ÿ’ป IT: Teknologi Maklumat Digital
๐Ÿฅ Pastri: Seni Bakeri Kreatif
โšก Elektrik: Teknologi Tenaga
๐Ÿ—๏ธ Pembinaan: Teknologi Bangunan
๐Ÿ’‡ Dandanan: Seni Gaya Rambut
๐Ÿ‘— Fesyen: Rekaan & Pakaian

"Daftar segera! Kuasai kemahiran praktikal dalam tempoh sesingkat 2 minggu sahaja bagi setiap pakej modul. Belajar apa yang industri perlukan dan terus bersedia untuk alam pekerjaan!"

๐Ÿ“… *SESI KEMASUKAN JULAI 2026 KINI DIBUKA!*
Daftar segera melalui portal rasmi:
๐Ÿ”— https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

* *

Photos from polycc.edu's post 22/04/2026

๐ŸŽ“ SEMAKAN SESI SARINGAN PROGRAM BERTEMUDUGA SESI I 2026/2027! JOM CHECK SEKARANG!

Adakah anda salah seorang calon yang memohon program bertemuduga di Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC)?
Inilah masanya untuk anda melangkah ke fasa seterusnya! ๐Ÿš€

๐Ÿ“ข Semakan panggilan temu duga kini boleh dibuat mulai:
๐Ÿ—“ 20 April 2026 (Isnin)
โฐ Selepas jam 5.00 petang

๐ŸŒ Layari sekarang:
https://ambilan.mypolycc.edu.my

โœจ Antara program bertemuduga yang ditawarkan:
๐ŸŽจ Reka Bentuk Grafik, Industri & Fesyen
๐ŸŽฌ Animasi 2D & 3D
๐Ÿ“ข Multimedia Kreatif Pengiklanan
๐Ÿ— Architectural Technology
๐ŸŽฎ Games Art Technology
๐Ÿณ Seni Kulinari
๐Ÿ’‡โ€โ™€๏ธ Dandanan Rambut
๐Ÿšข Kejuruteraan Perkapalan
๐Ÿš† Rail Signalling & Communication Technology
โ€ฆdan banyak lagi!

๐Ÿ’ก Tips penting untuk calon:
โœ” Semak panggilan temu duga anda seawal mungkin
โœ” Pastikan dokumen & portfolio (jika berkaitan) telah disediakan
โœ” Bersedia dari segi penampilan dan keyakinan diri
โœ” Tunjukkan minat dan potensi sebenar anda semasa sesi temuduga

๐Ÿ”ฅ Ini peluang anda untuk buktikan kemampuan dan minat dalam bidang pilihan!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga POLYCC yang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

22/04/2026

KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI 2026 ZON TENGAH II

Jom hadir ke JMU 2026 Zon Tengah II di ketetapan berikut!

๐Ÿ“Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
๐Ÿ—“ 25 April- 26 April 2026
๐Ÿ• 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Dapatkan konsultasi secara terus berkaitan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, MARA BPT dan IPTS di setiap lokasi! ๐Ÿ”ฅ
๐ŸŒŸ Apa yang menanti anda di JMU 2026?
๐Ÿ”นKonsultasi UPUOnlineยฎ๏ธ
๐Ÿ”นKonsultasi daripada institusi
๐Ÿ”นKonsultasi penajaan, biasiswa, pinjaman & bantuan kewangan
๐Ÿ”นEdufluencer UPUOnlineยฎ๏ธ
๐Ÿ”นZon Interaktif
๐Ÿ”นCampus Tour
๐Ÿ”นFood Festival
๐Ÿ”นPopcorn yang sedap! dari Gallitos ๐Ÿฟ
๐Ÿ”นNikmati susu segar dari Farm Fresh ๐Ÿ„
๐Ÿ”น Cabutan bertuah menarik ๐ŸŽ

๐Ÿ“ฃ JOM MASUK UNIVERSITI! Masuk adalah PERCUMA. Jumpa anda di sana! Moh Kome!

09/04/2026

48 JAM TERAKHIR TANPA HENTIโ‰๏ธ

Ya, ini betul-betul bukan cubaanโ€ฆ

POLYCC akan bersiaran secara langsung (Live) selama 48 Jam TANPA HENTI di aplikasi Tiktok sebagai pecutan terakhir sebelum tarikh tutup permohonan UPUOnline pada 12 April 2026, jam 5 petang.

Kepada semua calon lepasan SPM 2025 dan ibu bapa, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami Live di lebih 100 akaun Tiktok politeknik dan kolej komuniti bagi mendapatkan pelbagai maklumat lanjut tentang program pengajian yang ditawarkan di institusi TVET terbesar di ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tanya je apa-apa berkaitan POLYCC, kami sedia membantu anda๐Ÿ˜Ž

Jumpa kami pada 10 April 2026, jam 5 petang dan berterusan sehingga 12 April, jam 5 petang!

Klik Reset, Jom Pilih POLYCC

Jumpa anda di Tiktok!





06/04/2026

Tarikh permohonan melalui eBorang MYPOLYCC Sesi I 2026/2027 kini dilanjutkan sehingga 17 April 2026!

Layari https://ambilan.mypolycc.edu.my sekarang untuk memohon!

02/04/2026

๐Ÿ”ฅ **LIVE STREAMING KHAS UNTUK LEPASAN SPM!** ๐Ÿ”ฅ

Masih blur nak sambung belajar ke mana lepas SPM?

Diploma? Politeknik?

Course mana sesuai?

Jangan risau, jom kita sembang terus dengan orang yang pakar! ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽฅ **LIVE: YouTube โ€“ BERSAMA POLYCC**
๐Ÿ“… **Tarikh:** 2 April 2026 (Khamis)
โฐ **Masa:** 8.45 malam

๐Ÿ’ฌ Dalam sesi ni kita akan kupas:
โœ”๏ธ Laluan sambung belajar lepas SPM
โœ”๏ธ Peluang di Politeknik & Kolej Komuniti
โœ”๏ธ Course mana sesuai dengan minat & result
โœ”๏ธ Realiti sebenar belajar & peluang kerja

๐ŸŽฏ Siapa WAJIB join?
โ€“ Pelajar SPM (yang masih blur)
โ€“ Mak ayah yang nak tahu tentang Politeknik dan Kolej Komuniti
โ€“ Guru yang nak bantu murid buat pilihan

๐Ÿ‘‰ Jangan tunggu last minute baru nak fikir masa isi UPU nanti.

๐Ÿ“Œ Tonton di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=CXKndaPOBG4

02/04/2026

๐Ÿ“ฃ HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN LALUAN ASIMILASI SIJIL KE DIPLOMA BAGI AMBILAN PELAJAR SESI I: 2026/2027

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dengan sukacitanya mempelawa semua pelajar semester akhir Program Sijil Kolej Komuniti bagi Sesi II 2025/2026 untuk melanjutkan pengajian ke Program Diploma di Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Ambilan Sesi I 2026/2027 melalui laluan Asimilasi.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 02 April 2026 hingga 30 April 2026 melalui pautan https://ambilan.mypolycc.edu.my. Tiada nombor PIN diperlukan untuk mengakses borang permohonan tersebut.

๐Ÿ’ป BORANG PERMOHONAN KINI TELAH DIBUKA

20/03/2026
12/11/2025

๐ŸŽ“ Tawaran Permohonan Calon Asimilasi ke Program Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Kemasukan Sesi II 2025/2026

๐Ÿ”ฅ TERBUKA kepada pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti yang sedang menjalani latihan industri pada Sesi I 2025/2026

๐Ÿ“… Tarikh Permohonan:
12 November 2025 sehingga 12 Disember 2025 mulai jam 5.00 petang

๐Ÿ’ป Permohonan boleh dibuat melalui BORANG LALUAN ASIMILASI di portal ambilan pelajar di https://ambilan.mypolycc.edu.my

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 6, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100