16/05/2026
“Selamat Hari Guru” 🌷✨
Terima kasih kepada semua guru hebat yang mendidik dengan penuh kasih sayang, sabar dan keikhlasan.
Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberi dan setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab lahirnya generasi soleh, bijak dan berakhlak mulia.
Guru bukan sekadar mengajar membaca dan mengira, tetapi membentuk hati, adab dan masa depan anak-anak. 🤍
Semoga semua guru sentiasa diberi kesihatan, kekuatan dan ganjaran pahala yang berpanjangan atas segala jasa mendidik.
✨ “Guru Penyayang, Anak Cemerlang” ✨
Daripada warga
ULUL ALBAB KIDS 🌸
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Di hari yang penuh syahdu ini, kami mengirimkan Salam kemaafan zahir dan batin buat tuan & puan atas segala kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran sama ada dari segi tindakan, percakapan mahu pun perbuatan yang tidak di sengajakan.
Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan silaturahim antara kita bersama dan keluarga tersayang.
Moga Ramadhan yang berlalu pergi ini menjadikan kita insan yang bertaqwa di sisi-Nya.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima puasa serta segala amalan kebaikan dan kebajikan yang telah kita lakukan di sepanjang Ramadhan ini.
Bunga melur teratai putih,
Terbang merpati di pagi hari;
Salah dan silap mohon dimaaf,
Salam Aidilfitri dari hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال،
وغفر لنا ولكم، وأعاد الله علينا وعليكم الأعياد بالخير واليمن والبركات،
وكل عام وأنتم
Ikhlas dari:
ULUL ALBAB KIDS
07/03/2026
**Salam Nuzul al-Quran 1447H**
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Firman Allah dalam Surah Al Baqrah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Sempena memperingati peristiwa agung **Nuzul al-Quran**, marilah kita mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk **mendidik jiwa, membentuk akhlak, dan membina generasi yang beriman serta beradab**.
Dalam mendidik anak-anak, Al-Quran mengajar kita bahawa pendidikan yang sebenar bermula dengan **iman, adab dan kasih sayang**. Anak yang soleh tidak lahir hanya melalui nasihat, tetapi melalui **contoh teladan, didikan berterusan, dan suasana rumah yang hidup dengan al-Quran** — dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Semoga peristiwa Nuzul al-Quran ini mengingatkan kita sebagai ibu bapa dan pendidik bahawa **tanggungjawab membentuk anak yang soleh dan berakhlak mulia bermula dengan mendekatkan mereka kepada al-Quran**. Mudah-mudahan rumah kita dipenuhi dengan cahaya al-Quran dan anak-anak kita membesar sebagai generasi yang berilmu, beriman dan beradab.
Selamat menyambut **Nuzul al-Quran**.
Semoga al-Quran sentiasa menjadi pedoman dalam membina keluarga yang diberkati dan melahirkan generasi soleh yang menjadi penyejuk mata di dunia dan akhirat.
والله أعلم.
01/01/2026
SALAM TAHUN BARU 2026 – ULUL ALBAB KIDS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Tahun Baru 2026 🤍
Ibu/ayah : "Bayangkan anak kita tersenyum yakin, boleh membaca dengan lancar, berani bercakap, dan hatinya lembut dengan Al-Quran".
🌱 Itulah benih yang sedang kita tanam hari ini.
Tahun 2026 bukan sekadar pertukaran angka.
Ia adalah lembaran baharu untuk harapan, doa dan masa depan anak-anak kita.
Di Ulul Albab Kids, kami percaya bahawa:
✨ Setiap anak itu bijak.
✨ Setiap anak ada potensi luar biasa.
✨ Dan setiap anak berhak belajar dalam suasana penuh kasih sayang.
Terima kasih kerana memilih kami
sebagai rakan mendidik,
bukan sekadar tempat menghantar anak,
tetapi tempat membina jiwa, akhlak dan keyakinan diri.
🎯 Tahun 2026 ini,
niatkan bersama:
“Anak aku bukan sekadar pandai, tetapi berakhlak, berani dan berjiwa Al-Quran.”
Dengan izin Allah,
setiap langkah kecil hari ini akan menjadi kejayaan besar di masa depan.
💛 Terima kasih atas kepercayaan, doa dan sokongan ibu ayah semua.
💛 Terima kasih kerana membesarkan generasi bersama kami, dari hati.
Selamat Datang 2026.
Tahun untuk anak lebih yakin, ibu ayah lebih tenang, dan masa depan lebih bersinar.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pendidik
Ulul Albab Kids
20/12/2025
GAMBAR ANAK-ANAK ULUL ALBAB KIDS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN 2025
25/11/2025
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM KEPADA SEMUA CALON SPM 2025.
Kami warga pendidik Ulul Albab Kids mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan SPM kepada semua calon SPM 2025.
Moga kalian akan diberikan ketenangan opeh Allah & dipermudahkan segala urusan sewaktu menjawab SPM.
Jangan lupa amalkan setiap hari:
- Solat berjemaah di awal waktu
- mohon restu dari ayah & ibu
- mohon restu dari guru-guru
- buat amal kebajikan (sedekah/ bantu orang/ berkata yg baik-baik)
- amalkan solat dhuha
- perbanyakkan selawat
- baca al-quran
- baca surah al-waqiah
- baca surah al-Insyirah
Paling penting tawakkal kepada Allah sepenuhnya setelah selesai menjawab soalan peperiksaan sebelum pengawas mengambil kertas jawapan kita.
Doa Tawakal Kepada Allah SWT
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّه
"Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan Allah."
04/03/2025
TAZKIRAH RAMADHAN (HARI KE-3)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Apabila tiba malam pertama bulan
Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin
yang jahat dibelenggu, pintu-pintu
neraka ditutup, tidak ada satupun
pintunya yang terbuka. Pintu-pintu
syurga dibuka, tidak ada satupun
pintunya yang tertutup. Lalu seorang
penyeru menyeru: “Wahai yang
mengharapkan kebaikan, bersegeralah
(kepada ketaatan). Wahai yang
mengharapkan keburukan, berhentilah
(daripada melakukan keburukan). Allah
SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan
perkara tersebut berlaku pada setiap
malam (di bulan Ramadan).”
02/03/2025
Kami di UIul Albab Kids mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam.
Moga Allah Akan mengampunkan segala dosa kita, serta menerima Ibadah Kita, solat Kita, Puasa Kita, taubat Kita dan menjadikan Kita insan yang betakwa.
Ya Allah, sejahterakanlah kami sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagi kami dan terimalah segala ibadah dari kami bulan ini.
Rasulullah SAW pernah bersabda sepertimana yang telah diriwayatkan al-Tirmizi.
Daripada Talhah bin Ubaidillah, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
Maksudnya: “Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 3373]