20/08/2026
Terima kasih PASTI Wilayah Persekutuan!
Moga dengan usaha yang dilakukan ini mampu memantapkan lagi kurikulum anak anak PASTI seluruh Wilayah Persekutuanπ€²π»
π£ππ‘ππππ₯ππππ‘ πππππππ ππππππ ππ π£ππ¦π§π πͺππππ¬ππ π£ππ₯π¦πππ¨π§π¨ππ‘
Pihak Bahagian Pembangunan Akademik PASTI Wilayah Persekutuan mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pengerusi PASTI Kawasan, para pengurus PASTI Cawangan dan seluruh warga pendidik, para guru PASTI yang telah bersama-sama menjayakan Jelajah Akademik ini.
Sebanyak 8 siri jelajah yang melibatkan 10 PASTI Kawasan telah berjaya dicapai.
Jelajah Akademik ini diadakan bagi mewujudkan proses semak dan baiki secara terus melalui pendekatan "top to bottom" seterusnya bersama-sama dalam sesi "post mortem" Analisis Data pada penggal yang lepas untuk menghasilkan Resolusi Akademik.
Natijahnya adalah meningkatkan kualiti dan prestasi kemenjadian murid melalui intervensi untuk mencapai sasaran yang telah diletakkan.
Tahniah dan terima kasih juga kepada MGP Wilayah Persekutuan yang berkerjasama menjayakan Jaulah Mahabbah ke kawasan-kawasan.
Semoga kita dapat bersama-sama membina anak-anak PASTI dengan cemerlang.
π΄πΌπ―π¨π΄π΄π¨π« π―π¨ππ°ππΌπ«π«π°π΅ π΄πΌπ―π¨π΄π¬π« π΅πΆπΆπΉ
Ketua Bahagian Pembangunan Akademik
PASTI Wilayah Persekutuan
#2026