PIBG SK Putrajaya Presint 16-2
Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (2)
Kod Sekolah: WBA 2007
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, boleh dikemukakan melalui emel, [email protected]
13/03/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TAHNIAH🌷
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat barisan AJK PIBG SKPP16(2) yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 pada 12 Mac 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada:
- Guru Besar (Penasihat): En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin
- YDP PIBG: En. Afihan bin Abdul Rahman Cikgu Han
- NYDP PIBG: En. Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib Syazmir May
- Barisan Pentadbir
- Barisan AJK Ibu Bapa & Guru (Sesi 2025/2026)
Terima kasih atas komitmen luar biasa dan kerjasama erat tuan/ puan dalam memastikan kelancaran segala urusan sekolah serta persatuan sepanjang sesi ini.
✨ TAHNIAH & SYABAS
Ucapan tahniah juga atas pelantikan semula barisan AJK PIBG bagi Sesi 2026/2027.
Semoga ukhwah dan kerjasama ini terus mekar demi membawa kecemerlangan buat anak-anak dan sekolah yang kita cintai. 🤝✨
Sekian, terima kasih.
(2)
12/01/2026
Kantin sekolah berwajah baharu!
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
Ada macam-macam! Kuih-muih, nasi ayam gunting, nasi lemak, mi goreng, keropok lekor, air coklat, dan yang penting ada buah potong juga!
Harap-harap takdelah anak-anak minta tukar sekolah sebab makanan di kantin tak sedap 🤣🤣🤣.
Happy tummy, happy me!
12/01/2026
Selamat datang dan kembali ke sekolah anak-anak SKPP16(2). Semoga tahun 2026 terus ceria!
Aunty PIBG sempat snap beberapa gambar anak-anak pagi ni. Happy schooling kids!
SELAMAT TAHUN BARU 2026.
Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Putrajaya