PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia

PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia

Share

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) - Malaysian Town Planners Association Objektif PERSADA ialah untuk :

1.

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia atau ringkasnya PERSADA telah ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur [Sijil Bil: 1229/91 (Wilayah Persekutuan)]. Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli;
2. Menyatu dan menyalurkan tenaga ahli;
3. Meluaskan pengetahuan dan pemahaman;
4. Memupuk perasaan berpersatuan di kalangan ahli dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli melalui penga

03/06/2026

[EPISOD BARU PODCAST RUANG: JOURNEY TO BE A TOWN PLANNER] πŸŽ™οΈβœ¨

β€œDari cita-cita nak jadi abang bomba, akhirnya terjebak jadi Town Planner!” πŸš’ ➑️ πŸ™οΈ

Episod Ruang Naratif Kota dan Desa kali ini cukup bersejarah buat kami di PERSADA sebab kita bawakan official guest pertama, bukan calang-calang orang tau! Penuh eksklusif dari utara tanah airβ€”Dr. Sabri Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Negeri Perlis!

Dalam sembang santai kali ini, Dr. Sabri berkongsi corat-coret perjalanan peribadi beliau dalam dunia perancangan bandar selama lebih 32 tahun:

*Zaman Belajar:* Kisah mencabar kena koyak lukisan eco line dengan pensyarah hinggalah tak cukup syarat nak jadi lecturer tetap sebab pointer ... tapi itu semua tak mematahkan semangat beliau!

*Luar Kotak Perancangan:* Dari kerja fotostat hinggalah terlibat dalam merancang benda di atas air (Marine Spatial Planning) dan isu sekuriti makanan negara (KAGUM).

*Misi Khalifah Bumi:* Kenapa Town Planner ni sebenarnya satu tugas besar dalam memakmurkan bumi dan mendepani isu climate change.

Kepada adik-adik yang baru habis SPM/STPM atau sesiapa yang selalu tertukar Town Planner dengan arkitek, korang wajib dengar perkongsian penuh inspirasi ni!

Saksikan bual bicara penuh emosi, perjuangan, dan inspirasi ini sekarang!

πŸ‘‡πŸ”—
https://vt.tiktok.com/ZSxTe4YQM/

PodcastMalaysia InspirasiKerjaya

26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™

Semoga Aidiladha ini menjadi ruang untuk kita terus menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah dalam setiap langkah dan perjuangan.

Semoga segala amal diterima serta dipermudahkan segala urusan buat semua warga PERSADA dan keluarga tercinta.

Ikhlas daripada
Presiden dan AJK PERSADA
Sesi 2025/2027

10/05/2026

β€œKasih ibu membawa ke syurga, cinta ibu sepanjang masa.”

Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan inspirasi dalam keluarga serta masyarakat.
Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai dan sentiasa menjadi cahaya dalam setiap langkah kehidupan anak-anak.

Terima kasih atas segala doa, didikan dan kasih yang tidak pernah berpenghujung. ❀️

Ikhlas daripada
PRESIDEN DAN AJK PERSADA
Sesi 2025/2027

17/04/2026

Sekalung Tahniah YBhg. Dato’! 🌟

Kami dengan penuh rasa bangga mengucapkan syabas kepada YBhg. Dato’ TPr Gs. Rozita Bt. Hamit atas tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia.

Kepakaran dan pengalaman luas YBhg. Dato’ pastinya menjadi aset berharga buat jabatan dalam mendepani cabaran pembangunan bandar masa kini.

Ikhlas daripada:

Presiden dan AJK PERSADA (Sesi 2025/2027)

Photos from PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia's post 09/04/2026

[RECAP: Forum Bandar Inklusif & Jamuan Sarong Raya PERSADA 2026]

Satu hari, dua pengisian bermakna! 🌟

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya dua acara besar anjuran PERSADA yang menggabungkan perkongsian ilmu dan ukhuwah silaturahim sempena Syawal.

Sesi pagi dimulakan dengan Forum Bandar Inklusif: Antara Garisan Pelan & Realiti Kehidupan Bekeperluan Khas. Satu diskusi yang sangat membuka mata tentang bagaimana perancangan bandar mampu mengubah landskap kehidupan komuniti OKU. Terima kasih kepada barisan panelis dan moderator hebat atas input yang sangat bernilai! πŸ§ πŸ™οΈ

Selesai bicara ilmu, kami teruskan p**a dengan kemeriahan Sarong Raya PERSADA! Memang meriah melihat rakan-rakan ahli yang hadir sambil menikmati juadah raya di The Avenoir, Putrajaya. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana. 🍒✨

Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan ilmu yang dikongsi memberi manfaat buat semua. Sampai jumpa di acara seterusnya!

untuk akses gambar penuh boleh ke pautan di bawah

https://planmalaysia.quickconnect.to/d/s/17kxSCDdwAmFmQyc9P5Mrvn9htHOOqz2/e0lg6ENXQzinHnd1J2xD5Z_HY_-ugweN-08ngUp3hGg0

31/03/2026

Dedikasi, Usaha, dan Impian Kini Menjadi Realiti! πŸŽ“βœ¨
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan cemerlang SPM! Segala sengkang mata, ulangkaji saat akhir, dan doa yang tidak putus-putus akhirnya membuahkan hasil yang manis.
Kecemerlangan ini bukan sekadar pada gred di atas kertas, tetapi pada semangat kental yang korang tunjukkan sepanjang perjalanan ini. Jadikan kejayaan ini batu loncatan untuk terbang lebih tinggi demi masa depan yang lebih gemilang.
Syabas daripada kami di PERSADA! Langkah pertama menuju menara gading bermula sekarang. πŸš€

30/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸŒ†βœ¨

Dengan penuh hormat dan takzim, kepada YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Dr/TPr/Tuan/Puan,

Kami menjemput semua untuk menyertai *Forum Bandar Inklusif: Antara Garisan Pelan & Realiti Kehidupan Berkeperluan Khas* anjuran bersama Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) dan PLANMalaysia.

Forum ini diadakan sebagai platform perbincangan ilmiah bagi mengetengahkan isu, cabaran serta pendekatan terbaik dalam merealisasikan bandar yang lebih inklusif, selamat dan mesra kepada golongan berkeperluan khas.

πŸŒ† Antara pengisian utama forum:
β€’ Perkongsian realiti kehidupan golongan OKU dalam persekitaran bandar
β€’ Perbincangan jurang antara perancangan dan pelaksanaan
β€’ Kupasan peranan agensi, PBT dan komuniti
β€’ Cadangan solusi ke arah bandar inklusif yang mampan

🎀 Forum ini turut menampilkan barisan panel berpengalaman serta moderator yang akan mengupas isu secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

πŸ“² Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr/TPr/Tuan/Puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan mengimbas kod QR pada poster yang disediakan atau di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8N3Gzzrrn8DwnqRCUNX9pPAY9eiQJ3id74ggfTK4hWtvHTw/viewform

✨Tiada bayaran dikenakan kepada ahli PERSADA bagi forum ini
✨ Kehadiran dan sokongan semua amatlah dihargai dalam usaha kita bersama membentuk bandar yang lebih inklusif dan berdaya huni untuk semua lapisan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

30/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸŒ™βœ¨

Ramadhan pergi Syawal menjelma,
Hati tenang rasa bahagia;
Aidilfitri hari istimewa,
Maaf dipohon atas segalanya. 🌸

Dengan penuh hormat dan takzim, kepada semua ahli Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) dan Ahli Persara PERSADA, kami menjemput YBhg.Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Dr/TPr/Tuan/Puan untuk hadir memeriahkan Majlis SΓ€rong Raya PERSADA 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“ The Avenoir, Putrajaya
πŸ“… 8 April 2026 (Rabu)
⏰ 12.00 tengah hari – 2.00 petang

Kehadiran semua amatlah dihargai bagi bersama-sama mengeratkan silaturahim dalam suasana Aidilfitri yang penuh bermakna 🌸

Mohon jasa baik untuk membuat pengesahan kehadiran melalui kod QR pada poster atau pautan disediakan sebelum atau pada 6 April 2026.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8N3Gzzrrn8DwnqRCUNX9pPAY9eiQJ3id74ggfTK4hWtvHTw/viewform

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,

Presiden PERSADA & Barisan AJK PERSADA

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Hari-hari kita rancang bandar, susun masa depan,
bila raya… kita rancang makan rumah mana dulu πŸ˜„

Lupakan sekejap pelan, zon & garis panduan,
fokus pada keluarga, sahabat dan kenangan indah ❀️

Kalau ada tersalah kira dalam perhubungan,
harap dapat diperbetulkan dengan kemaafan πŸ™

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA)

11/03/2026

🎧 Ada cerita? Ada idea? Ada isu nak sembang?

Inilah masanya suara anda didengari!

PERSADA Podcast – RUANG Naratif Kota & Desa membuka peluang kepada:
βœ… Ahli PERSADA
βœ… Profesional industri
βœ… Pensyarah & pelajar
βœ… Orang awam yang berminat

Tak perlu pakar rakaman.
Tak perlu pengalaman podcast.
Yang penting πŸ‘‰ berani & ada vibe!

Kita santai.
Kita sembang.
Kita kongsi pengalaman dan idea.

Tak payah skrip panjang.
Tak payah suara DJ radio.
Yang penting real & authentic!

Nak sembang pasal bandar?
Nak cerita kisah komuniti?
Nak kupas isu semasa?

Jom masuk RUANG!

🎀 Jangan biar mic dalam studio sunyi β€” kami nak dengar suara anda!

πŸ“© Nak join? Drop nama, contact & cadangan tajuk.
tekan link di sini untuk register
https://forms.gle/kUtXaynkSNYCH7fB6
🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA.

Jom jadi sebahagian daripada naratif kota dan desa bersama kami!

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Putrajaya
62675